ANDA BOLEH IKLAN APAN SAHAJA BIZ, JAWATAN KOSONG, DAN APA SAJA KAT SINI

SKP2203 - TITAS ( Ulasan Akhbar)

|

ULASAN KERATAN AKHBAR
oleh : MUHAMMAD BIN ABDULLAH (NO MATRIK :J33744)

UTUSAN MALAYSIA
14 JANUARI 2004 (RABU)

SINOPSIS KRISIS WABAK SELSEMA BURUNG


Pengenalan

Lebih seabad, selsema burung hanya beredar di kalangan unggas sahaja, terutamanya ayam ternakan. Bagaimanapun, penyakit ini mula dikenali Avian Influenza apabila beberapa jenis virusnya menjangkitinya manusia. Virusnya pula semakin bertambah kuat dan tegar, malah bermutasi (berlaku perubahan genetik sesuatu organisma seperti tumbuhan, haiwan, dan sebagainya yang mengakibatkan perubahan ciri tertentu organisma tersebut) pula. Ia kini berjangkit dari unggas kepada manusia.

Pada 1997, terbukti selsema burung memang membawa maut apabila ada penduduk Hong Kong mati kerananya. Ketika para saintis sedang bergelut mengenal pasti jenis-jenis virus berbahaya dan mencari pencegah wabak membawa maut ini, wabak selsema burung ini terus berjangkit merentas dunia dari sebuah negara ke sebuah negara lain.

Wabak Avian Influenza (AI) atau lebih dikenali dengan selesema burung yang melanda Asia terus mencetuskan kebimbangan apabila wabak tersebut juga telah mencatatkan kes jangkitan terhadap manusia sehingga membawa maut. Bermula Januari 2004, lapan negara dilaporkan menghadapi wabak AI iaitu Korea Selatan, Jepun, Vietnam, Thailand, Kemboja, Laos, Indonesia dan China. Manakala pada tahun ini, bermula 28 Januari hingga 22 September , 114 orang disahkan dijangkiti virus berkenaan dengan 59 kematian di Thailand, Vietnam, Kemboja dan Indonesia. Laporan terbaru, jangkitan virus H5N1 di kalangan manusia dilaporkan di Indonesia dan Vietnam. Walau bagaimanapun, Malaysia diisytihar bebas daripada wabak itu pada 3 Januari lalu.


Virus Influenza

Virus Influenza yang menyerang ternakan ayam adalah sama dengan virus influenza yang menyebabkan demam selesema pada manusia. Ia adalah virus RNA keluarga Orthomyxoviridae, genus influenza. Saiznya berukuran 80 ke 120 nm diameter.
Pada masa ini virus influenza sub-tip H5N1 dan H7N7 adalah dikenal pasti sebagai “Highly Pathogenic Avian Influenza” (HPAI). Virus H5N1 adalah yang menyebabkan wabak di Hong Kong, Korea, China, Taiwan, Vietnam, Thailand dan Indonesia. Manakala virus H7N7 telah menyebabkan wabak di Holland.

Tanda-tanda jangkitan HPAI

Ayam yang dijangkiti virus HPAI akan menunjukkan tanda klinikal setelah 2 hingga 3 minggu dijangkiti. Tanda utama sebelum ayam tersebut mati ialah : Berair pada hidung dan mata, Berak cair,Balung dan kaki menjadi amat merah kemudian menjadi pucat dan kebiruan,Kematian yang tinggi mencapai 70 hingga 100 peratus dan Bagi ayam penelur, pengeluaran merosot dan terus berhenti.

INTIPATI UTAMA DARIPADA AKHBAR

Berdasarkan penulisan Najibah Hassan, beliau jelas ingin mengambarkan bahawa Penyakit Selsema Burung adalah wabak baru yang sangat merbahaya, ini jelas apabila penulis telah memberi statistik kematian akibat wabak ini. Isi pertama menunjukan bahawa isu ini sebenarnya sudah menunjukan tanda penularannya apabila para saintis sudah meramalkan wabak ini akan menular dalam lingkungan 30 hingga 35 tahun selepas wabak Spanish flu telah membununh lebih 50 juta manusia seluruh dunia pada tahun 1918 hingga 1919 sahaja.

Wabak selsema burung adalah merupakan wabak global apabila ia melibat hampir keseluruhan dunia berisiko tinggi menghadapi wabak ini. Wabak ini sangat digeruni berbanding dengan SARS kerana ianya dapat menular dengan begitu cepat serta dapat memberi kesan sehingga kepada tahap kematian dalam masa yang singkat. Wabak ini telah memalingkan fokus WHO daripada isu kemanusia lain kepadanya dan wabak ini telah diistiharkan sebagai ancaman kesihatan terbesar pada abab ke-21.

Pada asalnya wabak ini hanya menyerang spesies ungas sahaja tetapi perubahan genetik telah berlaku dan ianya telah menyerang manusia dengan perubahan pada identitinya. Keadaan ini jelas apabila Negara Vietnam terlibatkan korban Selsema burung apabila tiga rakyatnya disahkan meninggal akibat wabak ini. Cara penularan virus ini ialah dengan penukaran virus Flu daripada ungas kepada H5N1 iaitu sejenis virus yang mampu membunuh sistem badan manusia secara singkat.

Senario yang amat menakutkan ini boleh merubag menjadi pembunuh paling berbahaya. Virus Flu H5N1 ini akan berganda dan akan membunuh sistem pertahanan badan menyebabkan sistem lumpuh dan sangat terdedah kepada kematian. Jika dilihat kepada penularannya banyak berpusat pada Negara yang mengeluarkan hasil ternakan ungas yang tinggi di dunia seperti China, Hong Kong, Vietnam dan Korea Selatan.

KESAN KEPADA PERADABAN MANUSIA

Wabak selsema burung telah banyak mengalih perhatian seluruh Negara di dunia apabila timbul ancaman nyawa. Apabila saintis dibeberapa Negara terlibat seperti Hong Kong dan Korea Selatan telah mengemukan amaran berdasarkan kajian mereka pada Disember 2002 oleh Pakar Mikrobiologi Universiti Hong Kong yang diketuai oleh Dr J.S.M Peiris menyatakan bahawa virus ini bertindakbalas dan mampu membunuh sistem pertahanan badan. Kenyataan ini sudah tentu meletakkan wabak ini akan dapat mengurang jumlah penduduk secara mendadak jika tidak ditangani dengan segera.

Pada ramalan saya, jika wabak ini tidak dibendung dengan terhasilnya vaksin berkesan sudah tentu ketegangan ekonomi akan memuncak kepada Negara yang sangat bergantung kepada sektor perternakan ayam, burung dan itik. Sesebuah Negara sukar untuk menukarkan sumber pendapatan secara mendadak. Salah satu pendekatan untuk mengurangkan penularan wabak ini ialah dengan memusnahkan semua ternakan disesebuah Negara yang terlibat. Pemusnahan secara besar-besaran sudah tentu akan memberi impak yang besar terhadap pasaran dan sumber pendapat serta ekonomi sesebuah Negara. Kekuatan sesebuah Negara ialah ekonomi, jika ekonomi Negara musnah sudah tentu sesuatu Negara akan menghadapi kesukaran untuk bangun sebagai Negara maju.

Ancaman wabak ini jika berterus akan menyebabkan dunia tertutup. Keadaan ini bermaksud penduduk dari Negara yang tidak terlibat mengambil keputusan untuk tidak melawat Negara yang terlibat dalam wabak ini. Keadaan ini akan menutup ruang dan peluang dalam sector pelancongan serta pelaburan terhadap sesebuah Negara yang terlibat. Pada abab ini setiap Negara amat memerlukan kunjungan daripada Negara lain untuk menjana ekonomi dalam sector pelancongan. Sektor-sektor lain seperti pengangkutan juga akan terjejas terus jika senario ini berlaku.Sebagai contoh Negara Hong Kong dianggarkan mengalami kerugian sebanyak DHK1000 setelah sector pelancongannya terjejas akibat selsema burung.
Sumber makanan Negara antara yang paling terjejas, dianggarkan kira-kira 1.4 juta ayam telah dimusnahkan di Hong Kong berikutan amaran saintis virus jenis H9N1 mula menunjukan penularan pada manusia. Bagi Negara terlibat akan mengalami kekurangan sumber makanan utama iaitu ayam. Walau bagaimanapun Negara yang tidak terlibat juga menerima tempias apabila kebanyakan penduduk mengambil keputusan untuk tidak memakan ayam. Keadaan ini telah menyebabkan lambakan ternakan ayam yang memaksa pihak pengeluar untuk menurunkan harga pada tahap yang paling rendah.

Bagi Negara yang miskin, beban kewangan untuk merawat mangsa yang terlibat dalam wabak ini sudah tentu memberi kesan kepada keupayaan Negara menjana ekonomi Negara. Jika dilihat perbandingan Negara Vietnam dengan Hong Kong. Peratus kematian adalah lebih tinggi bagi Negara Vietnam, ini kerana kemampuan kewangan Vietanam lebih rendah berbanding Hong Kong untuk menangani wabak ini.

Kesan daripada kemusnahan ungas secara besar-besaran sudah tentu akan menyebabkan ekosistem akan terganggu sehinggakan menyebabkan kemusnahan hidupan lain yang sangat bergantung kepada ungas sebagai sumber makanan mereka. Mengikut laporan WHO setiap unggas yang musnahkan akan menyebabkan sekurang kurang satu spesies lain akan musnah.



Sebagai konklusinya, kita patut sedar bahawa selsema burung adalah ancaman kesihatan alaf baru kerana ia boleh menjadi pembunuh besar-besaran terhadap manusia. Sebagai masyarakat kita hendaklah mengetahui bagaimana cara untuk mengenalpasti selok belok wabak ini. Apakah yang perlu dilakukan jika mengesyaki ayam-ayam di ladang dijangkiti HPAI?Apabila anda mengesyaki ayam-ayam di ladang ada dijangkiti HPAI (kematian lebih 3 peratus dengan tanda-tanda klinikal dinyatakan) anda perlu mengambil TINDAKAN SEGERA:

• Henti pergerakan serta-merta – tutup ladang, pastikan tiada ayam dibawa keluar dari ladang, tiada kenderaan keluar masuk, kawal pekerja keluar masuk ladang, pekerja yang perlu sahaja dibenarkan bertugas dan pastikan mereka memakai pakaian keselamatan.


• Tingkatkan biosekuriti di pintu masuk ladang.
• Hubungi Bilik Gerakan HPAI Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan.
• Kemaskini maklumat ladang.

Kerjasama pelbagai pihak bagi membantu mengawal rebakan jangkitan HPAI
Rebakan jangkitan HPAI ini akan dapat dikawal dengan mengambil TINDAKAN SEGERA :

• PENTERNAK memberitahu Jabatan apabila mengesyaki berlaku wabak diladang.

• JABATAN menjalankan penyiasatan dan membuat pengesahan.

• PENTERNAK, JABATAN DAN PIHAK INDUSTRI memberikan kerjasama bagi menajalankan proses pemusnahan.

• PERSATUAN PENTERNAK memastikan ahli-ahlinya mematuhi arahan yang di keluarkan Jabatan bagi mengawal dan membasmi penyakit.

Wabak selsema burung dapat ditangani jika semua penduduk dunia bersatu teguh dalam menangani masalah.

Rujukan

Keratan akhbar, Utusan Malaysia 14 Januari 2004 ( Rabu )

Keratan Akhbar, Utusan Malaysia 22 Mac 2006 ( Rabu )

Majalah & Buletin, Penawat Racun, Buletin Umum Racun Negara
Bilangan 57, Mac 2006

Rujukan Internet

Laman Kemeterian Penerangan Malaysia, 2007 http://pmr.penerangan.gov.my/article.cfm?id=250

Laman Wikipedia Bahasa Melayu, 2007
http://ms.wikipedia.org/wiki/Selsema_burung

Kenyataan Akhbar, Menteri Besar Perak
http://www.jphpk.gov.my/kenyataan%20akhbar.pdf

0 Komen:

Catat Ulasan

Testimoni Biodisc

BOIKOT YAHUDI

BOIKOT YAHUDI

E-Jariah Mudah dan hebat

contact me

My Social : http://matskai.ning.com

 

©2009  Financial Freedom | Template Blue by TNB