ANDA BOLEH IKLAN APAN SAHAJA BIZ, JAWATAN KOSONG, DAN APA SAJA KAT SINI

PROJEK SCHOOLNET

|

NOTA PERLAKSANAAN

Panduan pengendalian perlaksanaan Pusat Akses di sekolah.

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Kementerian Pelajaran Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak
Pusat Kegiatan Guru Seri Ampang


Pusat Akses Dan Talian SchoolNet

PROJEK SCHOOLNET

PENGENALAN PROJEK SCHOOLNET

• Projek SchoolNet melibatkan penyediaan capaian Internet jalur lebar untuk 10,000 buah sekolah di seluruh negara.

• Prasarana SchoolNet menyediakan kemudahan belajar tanpa sempadan yang melangkaui bilik darjah biasa.

MENGAPA SCHOOLNET DIWUJUDKAN?
• Menyediakan infrastruktur komunikasi bagi melaksanakan program sekolah bestari di semua sekolah-sekolah di Malaysia.

• Merapatkan jurang digital di antara pelajar-pelajar sekolah di bandar dan luar bandar.

• Memoden dan mempertingkat keberkesanan sistem pendidikan negara.

• Mewujudkan suasana pendidikan interaktif

WAWASAN SCHOOLNET

• Mewujudkan masyarakat berilmu bagi merealisasikan k-ekonomi.

• Mewujudkan masyarakat yang celik IT.

• Membentuk tenaga kerja mahir sejajar dengan matlamat Wawasan 2020.


TANGGUNGJAWAB MENJALANKAN PROJEK SCHOOLNET

• Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.
• Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).


BAGAIMANA PROJEK SCHOOLNET DIBANGUNKAN?
• Bagi mempastikan kesemua 10,000 buah sekolah di Malaysia menikmati Projek SchoolNet dengan kelajuan 1Mbps “downlink” dan 128Kbps “uplink”, tiga (3) jenis teknologi digunakan:-

• Talian Langganan Digital Asimetrik (ADSL) iaitu teknologi memancarkan maklumat digital dengan menggunakan talian telefon (copper) untuk kawasan Bandar.

• Wayarles iaitu teknologi memancarkan isyarat digital melalui gelombang udara untuk kawasan terpencil.

• Terminal Bukaan Amat Kecil (VSAT) iaitu teknologi pemancaran dan penerimaan isyarat digital melalui satelit dan stesen bumi untuk kawasan luar Bandar.

TROUBLE SHOOTING PROJEK SCHOOLNET

• Sebarang laporan kerosakan oleh pihak sekolah mengenai Projek SchoolNet hendaklah dirujuk kepada Pusat Panggilan berikut :-

• Telefon : 1-300-88-2888
• emel : schoolnet@moe.gov.my
• Help Desk : En. Saiful Rizal - 0135309730


PUSAT AKSES SEKOLAH

PENGENALAN
• Selaras dengan arus perkembangan teknologi maklumat di negara ini, kerajaan berhasrat membestarikan semua sekolah di seluruh negara melalui Program Pembestarian Sekolah.
• Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif Kementerian
• Pelajaran Malaysia dalam menyediakan infrastruktur ICT yang mencukupi bagi menjayakan pembestarian sekolah.

PROSES PEMILIHAN


KRITERIA PEMILIHAN

KRITERIA PEMILIHAN
Lokasi Tahap
Bandar 30% Sekolah Rendah 70%
Luar Bandar 70% Sekolah Menengah 30%



RASIONAL

• Pusat Akses Sekolah merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif Kementerian Pelajaran dalam menyediakan Infrastruktur ICT yang mencukupi bagi menjayakan pembestarian sekolah. Pusat Akses Sekolah berfungsi sebagai pemangkin pembudayaan ICT di sekolah.
• Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan pelajar menjalankan pembelajaran secara kendiri dan mempelbagai gaya pembelajaran mereka.
• Penggunaan Pusat Akses Sekolah diharap dapat meningkatkan kemahiran ICT pelajar untuk tujuan pembelajaran.

MATLAMAT

• Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
• Mengurangkan nisbah komputer dengan pelajar
• Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid


OBJEKTIF

• Meningkatkan kemahiran pelajar dalam mencapai maklumat
• Membolehkan pelajar melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan
• Meningkatkan penggunaan dan penguasaan ICT pelajar untuk pembelajaran.


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

• Pihak pentadbiran sekolah sebagai pelaksana hendaklah mewujudkan Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah.
• Merancang, merangka dan melaksanakan dasar penubuhan Pusat Akses Sekolah.
• Memantau pelaksanaan program dan aktiviti yang berkaitan dengan Pusat Akses Sekolah.
• Memastikan semua aspek keselamatan Pusat Akses Sekolah diutamakan.
• Membuat perancangan peruntukan kewangan berikut untuk dikemukakan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi dimasukkan dalam Anggaran Belanja Mengurus (ABM):
 Kos bahan habis guna
 Kos penyenggaraan peralatan
 Kos bekalan elektrik
 Kos penggantian alat

• Memastikan setiap laporan yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran Pusat Akses Sekolah dikemukakan kepada pihak yang berkenaan

• Cadangan carta organisasi Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah:

.CARTA ORGANISASI

Penasihat
Pengetua / Guru Besar

Pengerusi
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Setiausaha
Guru Perpustakaan dan Media

Penolong Setiausaha
Guru Penyelaras ICT

Anggota Jawatan Kuasa
Ketua-Ketua Bidang / Panitia

Pengawas PSS / Pengawas Pusat Akses / Briget ICT
( Mengikut Keperluan Sekolah )

Murid / Warga Sekolah / Warga Setempat


SUSUN ATUR DAN PERALATAN

• Ditempatkan di satu lokasi sahaja dan bersesuaian dengan ruang yang terdapat di sekolah.
• Perisian yang dibekalkan bersama dalam setiap komputer ini termasuk Sistem Pengoperasian Windows, Microsoft Office dan anti-virus.
• Switch hub dan router SchoolNet hendaklah sentiada dalam keadaan baik bagi memastikan capaian Internet tidak terganggu.

Peralatan Bilangan Perisian
Komputer Meja 10 - Windows XP Pro
- Microsoft Office 2003 pro
- Anti-virus
Printer 1 - All in One
Switch Hub 1 - 16 port
Meja Komputer 10
Meja Printer 1

Susun atur Model ’1 Bay’


Susun atur Model Bilik Darjah


Susun atur Model ’Island’



WAKTU OPERASI

• Pusat Akses Sekolah beroperasi pada masa seperti berikut:
- semasa waktu persekolahan
- selepas waktu persekolahan

PENGGUNA

• Keutamaan penggunaan diberikan kepada murid.
• Warga sekolah seperti pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan juga boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah


CONTOH REKOD PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH

Bil Tarikh Nama No. PC Tujuan Penggunaan Masa Penggunaan T.tangan Catatan
Masuk Keluar


CADANGAN AKTIVITI

• Mencari maklumat daripada Internet untuk pembelajaran
• Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan(e-Learning).
• Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran.
• Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel
• Berkolaborasi dengan murid lain.

KESELAMATAN

• Pihak sekolah perlu mengambil berat aspek-aspek keselamatan seperti kemudahan infrastruktur, kemudahan fizikal, perkakasan, rangkaian, perisian dan aplikasi.
• Pengguna Pusat Akses Sekolah mesti mematuhi peraturan bagi menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer.
• Keselamatan Mengakses Internet
i) Mesti mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 – UPTM 159/526/9 Jld.3 (9) – Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet Dan Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan (boleh dimuat turun daripada http://www.mampu.gov.my/mampu/bm/Circulars/BM/Main.htm )
• Keselamatan Penyimpanan Bahan
i) Pengguna TIDAK DIBENARKAN menyimpan bahan di cakera keras komputer di Pusat Akses Sekolah.
• Sentiasa menyelenggara ruang cakera keras komputer (housekeeping) untuk menjamin pengoperasian komputer sentiasa ditahap optimum dan stabil.
• Pengguna Pusat Akses Sekolah mesti mematuhi peraturan bagi menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer. Antara peraturan yang perlu dipatuhi ialah:
i) Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam Pusat Akses Sekolah.
ii) Dilarang membawa masuk sebarang cakera perisian milik persendirian kecuali dengan kebenaran guru bertugas.
iii) Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian komputer daripada Pusat Akses Sekolah.
iv) Dilarang sama sekali mengusik sebarang pendawaian atau sambungan kabel yang terdapat di belakang komputer.
v) Dilarang memasukkan sebarang perisian luar dan mengubah konfigurasi komputer.
vi) Dilarang menyimpan semua hasil kerja dalam cakera keras komputer.
vii) Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam buku log. Beberapa peraturan lain yang berkaitan terserah kepada budi bicara Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah.


PENGURUSAN PENYENGGARAAN

• Merekod dan melaporkan sebarang masalah kerosakan yang dihadapi
terus kepada pembekal peralatan berkenaan.
• Dalam Tempoh Jaminan
a) Pihak sekolah perlu mengambil maklum bahawa jangka masa jaminan, terma dan syarat jaminan terdapat di dalam perjanjian.
b) Merekod dan melaporkan sebarang masalah kerosakan yang dihadapi terus kepada pembekal peralatan ICT yang berkenaan

• Tamat Tempoh Jaminan (tertakluk kepada pindaan atau arahan semasa)
a) Penyelenggaraan akan diuruskan di bawah kontrak berpusat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).Penyelenggaraan kontrak berpusat ini merangkumi tiga (3) aspek, iaitu:
• Tagging
• Penyenggaraan Pencegahan
• Penyenggaraan Pemulihan
b) Sebarang kerosakan hendaklah direkod dan dilaporkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).


• Satu salinan laporan masalah samaada dalam tempuh jaminan atau tamat tempoh jaminan hendaklah dihantar kepada:

Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Pesiaran Bukit Kiara
50604 Kuala Lumpur
Tel: 03-20987788
Faks: 03-20923763
e-mel: pcb@moe.edu.my



Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

0 Komen:

Catat Ulasan

Testimoni Biodisc

BOIKOT YAHUDI

BOIKOT YAHUDI

E-Jariah Mudah dan hebat

contact me

My Social : http://matskai.ning.com

 

©2009  Financial Freedom | Template Blue by TNB