ANDA BOLEH IKLAN APAN SAHAJA BIZ, JAWATAN KOSONG, DAN APA SAJA KAT SINI

KOC3301 - KOMUNIKASI KORPORAT ( TUGASAN 1)

|

Strategi Komunikasi Untuk Pembentukan Imej, Identiti dan
Reputasi Syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM).


Pengenalan

Komunikasi merupakan bidang yang sangat penting untuk semua bidang yang lain, sehinggakan perbuatan dan tingkahlaku manusia tidak akan sempurna tanpa ada komunikasi ( Narimah 2004 ). Pada peringkat awal kewujudan manusia, komunikasi hanyalah untuk kepentingan antara perseorangan sahaja. Dengan perkembangan yang pesat dan setelah berlaku revolusi peradaban manusia telah wujub komunikasi yang lebih komplek. Pada era kebangkitan media adalah bermulanya kepada cetusan komunikasi yang lebih besar, keadaan ini berlaku apabila pada masa itu perkembangan organisasi telah menjadikan komunikasi adalah bidang utama dalam pemasaran produk dan juga tenaga manusia. Banyak syarikat mula menyedari bahawa komunikasi adalah pemangkin utama dalam dunia perniagaan terutamanya bagi mencetuskan imej korporat sesebuah syarikat. Sebagaimana menurut Saodah, narimah dan Mohd Yusof (2004) pengetahuan tentang komunikasi menjadikan seseorang atau organisasi itu akan lebih berjaya dan berdaya saing.

Pembentukan syarikat yang mantap sangat berkait rapat dengan komunikasi korporat yang wujud dalam sesebuah organisasi. Dalam era pemodenan ini, organisasi dan syarikat telah sedar bahawa komunikasi korporat sangat penting dalam pembentukan imej korporat, sebagaimana menurut Ind (1990) Komunikasi Korporat merupakan satu proses untuk menterjemahkan atau mengubah sesuatu identiti korporat menjadi imej korporat.

Kewujudan perbadanan pada masa ini adalah berorientasikan kecekapan dan juga motivasi pekerja. Dengan bermotifkan keuntungan disamping mengimbangi matlamat keuntungan dan tanggungjawab terhadap masyarakat. Setiap organisasi perlu mempunyai strategi komunikasinya yang tersendiri bagi mewujudkan organisasi atau perbadanan yang berdaya saing serta layak sebagai pemilikan indentiti korporat. Sebagai contohnya Syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM) adalah sebuah syarikat yang sangat jelas identiti korporatnya. Semua pihak yang terlibat dalam pengurusan syarikat ini silih berganti mewujudkan strategi yang mantap bagi membentuk imej, identiti dan reputasi di persada antarabangsa.

Strategi Identiti Kepada Imej Korporat TM

Telekom Malaysia Berhad ™ sangat mementingkan imej korporat, jika dilihat kepada syarikat gergasi di dunia seperti Dell, Pepsi dan Francais terkemuka seperti McDonald dan KFC, mereka memberi fokus utama terhadap imej korporat mereka. Telekom Malaysia Berhad ™ telah banyak merangka dan melaksanakan imej korporatnya tersendiri. Telekom Malaysia Berhad (TM), percaya bahawa Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) adalah tentang melakukan perubahan. Sebagai syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia dan peneraju yang kian meningkat naik dalam komunikasi Asia, Kumpulan telah mengubah kehidupan segenap lapisan masyarakat sejak sekian lama, sebelum CSR menjadi perkataan yang sering disebut-sebut. Kini dengan kehadiran dan operasi di 13 buah negara, Kumpulan turut memperluaskan usaha CSRnya merentasi sempadan negara melalui anak-anak syarikatnya di seberang laut.
Menguatkan lagi komitmen tersebut, TM telah mencipta satu tema iaitu Reaching Out bagi memberi satu imej dan pandangan yang menyeluruh terhadap inisiatif-inisiatif warga korporat TM. Dengan memberi satu "wajah" bagi semua usaha CSR yang dilaksanakan oleh Kumpulan, ia menjadi lebih mudah untuk orang ramai mengenali dan mengaitkan usaha-usaha CSR yang diterajui oleh Kumpulan. Reaching Out telah dilancarkan oleh YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia hari ini dalam satu majlis yang diadakan di Menara TM, ibu pejabat Kumpulan TM. Dalam lawatan sulung beliau ke Menara TM
Baru-baru ini TM telah mengubah identiti korporatnya dalam membentuk imej korporat seperti Penjenama semula Kedai Telekom kepada TM Point, pemantapan logo syarikat, warna organisasi, imej pekerja, pengiklanan yang berupaya memberi bomm dan imej portal web yang lebih interaktif.

Selaras dengan visinya untuk menjadi syarikat komunikasi pilihan, Telekom Malaysia Berhad meneruskan usahanya ke arah memberikan khidmat pelanggan yang berkualiti kepada para pelanggannya yang dihargai. Apabila Syarikat melakukan penjenamaan semula pada tahun 2005, ia turut melaksanakan pelbagai program Pengurusan Perhubungan Pelanggan (Customer Relationship Management – CRM) dan salah satu inisiatif yang telah dikenal pasti ialah Transformasi Pusat Panggilan.
Transformasi tersebut, yang merupakan satu proses berterusan, diharapkan dapat mencapai yang berikut:
• mencipta nama yang lebih baik di kalangan pelanggan justeru menghasilkan kepuasan pelanggan yang lebih tinggi berhubung perkhidmatan dan jualan
• kepuasan yang lebih tinggi di kalangan anggota dalam persekitaran baru
• pusat hubungan tunggal bagi pelanggan
• memberikan imej baru Syarikat yang mengutamakan pelanggan
Di bawah transformasi ini, TM telah mengambil langkah untuk merasionalkan pusat-pusat panggilannya bagi memberi layanan yang lebih baik kepada pelanggan dan mengoptimumkan sumber yang ada. Ini termasuklah menempatkan semula 12 pusat panggilannya ke hanya 4 lokasi strategik.

Identiti Korporat seperti penjenamaan semua dan imej-imej syarikat seperti logo dan warna adalah satu pembaharuan yang sangat berkesan terhadap TM. Pada masa ini semua jenis publisiti dengan tujuan promosi produknya adalah sangat mantap dengan kecekapan penyebaran maklumat yang tepat. TM juga telah membentuk imej produk dan pekerjanya yang cekap, antara contohnya jika pelanggan ingin melayari internet disemua tempat di dunia tidak akan menghadapi masalah, ini kerana produk seperti teknologi broadband, wifi, wireless dan hotspot telah menjadi agenda utama TM.

Jika dilihat pada masa kini, antara imej korporat yang sangat berjaya dibentuk oleh TM ialah pembekal rangkaian Broadband terkemuka Negara adalah sangat sinonim dengan TM. Walaupun rangkaian telefon mendapat persaingan yang hebat daripada Syarikat seperti Maxis dan Digi, namun demikian TM telah berjaya mengalih arah dengan membentuk imej pembekal rangkaian jalur lebar melalui TM Net.

Strategi Pemasaran Mesra Pelanggan.

Pemasaran adalah elemen utama dalam pembentukkan dan pengaliran produk syarikat. TM telah melaksanakan teknik pemasaran dengan pemantapan dan pengaplikasian komunikasi sebagai elemen yang sangat penting untuk penyebaran produk. Dengan menekankan kedua-dua jenis media massa seperti media cetak dan elektronik telah banyak membantu menaikan imej dan reputasi TM di mata masyarakat.
Semua TM Point disusun dalam keadaan mesra pelanggan serta semua jenis maklumat berbentuk cetakan seperti risalah, buku, manual dan boring diletakkan pada bahagian hadapan kaunter supaya pelanggan bebas untuk mengambil sebagai rujukan atau pendaftaran produk.
TM juga telah memantapkan portal web mereka dengan mengoptimunkan kemudahan kepada pelanggan seperti pendaftaran di atas talian, serta pembahagian bonus kepada pelanggan yang dapat mendaftarkan rakan mereka melalui Program Member Get Member. Melalui kaedah sebegini telah melonjakkan imej TM yang dapat membantu membentuk Komunikasi Korporat.
Portal TM juga telah memberi ruang kepada Laman Mikro seperti Bluehyppo. Bluehyppo merupakan laman mikro yang serba lengkap bagi memenuhi semua kehendak pelanggan seperti e-browser – untuk akhbar secara atas talian. Antara produk yang telah berjaya melonjakkan imej korporat TM ialah gamezone.bluehyppo, broadband. Bluehyppo, event. Bluehyppo, ebrowser. Bluehyppo, chat. Bluehyppo dan booty. Bluehyppo.
Melalui portal utama TM iaitu http://www.tm.net.my telah disediakan sistem e-pay yang diiktiraf oleh Bank Negara. Kemudahan ini meliputi pembayaran bil, akhbar, perisian, pengajian, pembelajaran dan juga pembayaran saham syarikat secara atas talian. TM telah mengorak langkah yang sama dengan syarikat terkemuka dunia yang mendaftar syarikat di portal perniagaan menerusi internet yang terkemuka seperti E-Bay dan Amazon.com.
TM juga telah mengunakan televisyen sebagai saluran maklumat kepada pelangganya. Sebagai contoh iklan yang menonjolkan pekerja TM Point mesra dan cepat telah banyak mengubah persepsi masyarakat terhadap TM. Apabila apa yang ditayang di televisyen adalah benar, ini telah melonjakkan TM sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kecekapan.

Kesimpulan

Komunikasi korporat dicetuskan dengan kemantapan dan terjemahan identiti korporat kepada imej korporat. Untuk membentuk komunikasi korporat yang mantap perlulah merangka strategi korporat yang berkesan. Keadaan ini dibentuk berdasarkan sesuatu perspektif yang kukuh, iaitu kejayaan dalam perspektif moden atau kontemporari perlu wujud pemerhatian emprikal yang berdasarkan pandangan bahawa tidak ada satu pun strategi korporat yang tepat atau lengkap. Walaubagaimanapun Montgomery (1998) berpendapat bahawa strategi korporat pelu melalui lima elemen utama iautu sumber, operasi perniagaan, skruktur, sistem dan proses.
Dalam membentuk kemantapan dan strategi komunikasi perlulah menjalani penilaian peringkat pengurusan yang berlandaskan ADOTPS. Analisis ini sangat perlu kepada setiap peringkat seperti kebaikan, keburukan, peluang, factor masa, masalah dan pemengang taruh atau kepentingan adalah element utama dalam mementukan sesuatu strategi tersebut boleh diguna pakai atau tidak.

Berdasarkan penjelasan di atas, dapat disimpulankan bahawa setiap organisasi, perbadanan dansyarikat perlua membentuk stratego komunikasi supaya maklumat dan produk syarikat mendapat tempat dalam masyarakat. Pengurusan korporat adalah tonggak utama dalam merangka dan melaksanakan semua strategi komunikasi bagi membentuk imej korporat sesebuah syarikat.

Bibliografi

Giffin, E.M (2000). A First Look at Communication Theory (4th ed.) USA McGraw-Hall.

Muhammad Rosli Selamat 2007, Modul KOC3301 – Pengenalan Komunikasi Korporat Universiti Putra Malaysia.

Paul The Tuck School Of Business Dartmouth College(2003) Corporate Communication Third Edition The McGraw-Hill Companies.

Saodah Wok, Narimah Ismail dan Mohd Yusof (2004). Teori-Teori Komunikasi. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn Bhd.

Laman Web
Telekom Malaysia Berhad ™ Corporate Profile.
http://www.tm.net.my/tmnet2006/contents/corporate/newsroom.cfm

0 Komen:

Catat Ulasan

Testimoni Biodisc

BOIKOT YAHUDI

BOIKOT YAHUDI

E-Jariah Mudah dan hebat

contact me

My Social : http://matskai.ning.com

 

©2009  Financial Freedom | Template Blue by TNB