ANDA BOLEH IKLAN APAN SAHAJA BIZ, JAWATAN KOSONG, DAN APA SAJA KAT SINI

PROPOSAL - MALAM SERIBU BINTANG ( Adik Shah )

|

CADANGAN KERTAS KERJA
“MALAM SERIBU BINTANG”
SEMPENA ULANGTAHUN KE-10
KOLEJ KEDIAMAN INDAH PERMAI
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PENDAHULUAN

“Malam Seribu Bintang” merupakan satu projek mega yang akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) KKIP sesi 2006/2007. “Malam Seribu Bintang” ini bertujuan untuk mengadakan sebuah pesta mini kepada para penghuni Taman Indah Permai yang tinggal berhampiran KKIP sempena menyambut ulang tahun KKIP yang ke-10.

“Malam Seribu Bintang” juga merupakan suatu usaha Kelab Kebudayaan Kolej Kediaman Indah Permai untuk mengumpul dan mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan untuk mewakili Universiti Malaysia Sabah ke peringkat universiti-universiti IPTA.

Sempena menyambut ulang tahun ke-10, beberapa cadangan aktiviti telah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa pelaksana bagi memeriahkan lagi program yang bakal dijalankan. Justeru penglibatan dan kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan bagi menjayakan projek mega ini.


OBJEKTIF
1. Mewar-warkan kejayaan dan pencapaian kolej Kediaman Indah Permai selaku kolej yang tertua di Universiti Malaysia Sabah sempena ulang tahun KKIP yang ke-10.
2. Memberi pendedahan kepada kehidupan di dalam Kolej Kediaman Indah Permai kepada masyarakat setempat terutamanya di kawasan sekitar Taman Indah Permai.
3. Memberi kemahiran penganjuran aktiviti kepada semua mahasiswa untuk menjadi lebih aktif.


PENYERTAAN
Seluruh warga Kolej Kediaman Indah Permai (KKIP) serta orang ramai yang tinggal sekitar KKIP.

TARIKH
4 OGOS 2007 (SABTU)

TEMPAT
Sekitar kawasan Kolej Kediaman Indah Permai, Universiti Malaysia Sabah.

JAWATANKUASA PELAKSANA
Lampiran 1

TENTATIF MAJLIS
Lampiran 2

ANGGARAN JUMLAH PERBELANJAAN
Lampiran 3



PENUTUP

Melalui program yang dijalankan dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan serta menjalinkan hubungan yang lebih utuh terutamanya di kalangan mahasiswa/I di Indah Permai. Di harapkan dengan penganjuran aktiviti ini akan memberi pengalaman dan keyakinan kepada mahasiswa/I dalam penganjuran aktiviti mahasiswa.

“INDAH CEMERLANG, PERMAI GEMILANG”

Disediakan oleh, Disokong oleh,

……………………………………… …………………………………..
(MOHAMAD FAUZI BIN KASINA) (MOHD ZARIN BIN RAMLAN)
Pengerusi, Yang Dipertua JAKMAS,
Malam Seribu Bintang, Kolej Kediaman Indah Permai.
Kolej Kediaman Indah Permai,
Sesi 2006/2007

Di semak oleh, Disahkan oleh,

………………………………. ……………………………………..
(EN.ZALKEPLE BIN REJAB) (EN.BONAVENTURE BONIFACE)
Felo Penasihat, Pengetua Kolej
Malam Penghargaan, Kediaman Indah Permai.
Kolej Kediaman Indah permai.


…………………………………………..
(Prof. Madya Dr. AMRAN BIN AHMED)
Timb. Naib Canselor, HEP & Alumni,
Universiti Malaysia Sabah.



STRUKTUR ORGANISASI INDUK
“MALAM SERIBU BINTANG”
KOLEJ KEDIAMAN INDAH PERMAI
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Penaung : Ybhg. Prof. Madya Dr. Amran Ahmed
Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni) UMS
Penasihat : En. Bonaventure Boniface
Pengetua Kolej Kediaman Indah Permai
Felo Penyelaras : En. Zalkeple Bin Rejab
Felo Kolej Kediaman Indah Permai
Pengerusi : Mohamad Fauzi Bin Kasina
Exco Kebudayaan dan Kesenian JAKMAS KKIP
Pengarah : Nasrol Bin Mansor
Timbalan pengarah : Norfazliana Bte. Jafri
Setiausaha : Siti Aishah Bte Abdullah
Bendahari : Nor Shuhada Bte Karim


AHLI JAWATANKUASA SUB KOORDINATOR
Exco Hadiah/Cenderamata : Hidayah Bt. Tokiman
Exco Protokol : Siti Khalida Bte Mohamad Banod
Exco PengangkutanTugas-tugas Khas: Tuan Mohd Nizam Bin Tuan Mustafa
Exco Publisiti : Noradima Bte Kassim
Exco Makanan : Nurul Fajrina Bt Yaakub
Exco Pengurus Pentas : Hafizuddin Bin Hussin
Exco Teknikal : Mohd Arif Lokman Bin Azman
Exco Tajaan : Izi Khairani Bte Abd Wahid
Exco Keselamatan : Zulhelmy Bin Yahya
Exco Hiasan Pentas : Noor Fazlianan Bt Jafri
Exco Pendaftaran :Erna Bt Pudding

TENTATIF ATURCARA
“MALAM SERIBU BINTANG”
SEMPENA ULANG TAHUN KE-10
KOLEJ KEDIAMAN INDAH PERMAI
SESI 2006/2007


7.00PM : Ketibaan Mahasiswa/i
7.15PM : Ketibaan Tetamu Jemputan
7.40PM : Ketibaan Naib Canselor, Universiti Malaysia Sabah
YBhg. Prof. Datuk Dr Mohd. Noh Dalimin
7.55PM : Nyanyian lagu bertekad cemerlang dan KKIP
8.00PM : Majlis bermula
- Bacaan Doa
- Ucapan oleh:
-Yang Dipertua JAKMAS KKIP
Saudara Mohd Zarin Ramlan
-Pengetua Kolej Kediaman Indah Permai
En. Bonaventure Boniface
-Majlis perasmian oleh Naib Canselor, Universiti Malayisa
Sabah.
YBhg. Prof. Datuk Dr. Noh Dalimin
- Persembahan pembukaan daripada Kelab kebudayaan KKIP
- Persembahan tarian etnik di Malaysia dan Sabah
- Persembahan khas daripada peserta pertandingan Battle Of The Band dan Karaoke
- Persembahan Pentomen
- Persembahan artis Jemputan

11.00PM : Majlis dijangka bersurai




ANGGARAN PERBELANJAAN
“MALAM SERIBU BINTANG”
SEMPENA ULANG TAHUN KE-10
KOLEJ KEDIAMAN INDAH PERMAI
SESI 2006/2007


PENDAPATAN

Peruntukan Daripada HEP RM 11,000.00
Peruntukan Daripada JAKMAS RM 6,500.00
Tajaan Luar RM 2,700.00
Jumlah RM 20,000.00

PERBELANJAAN

1.0 MAKANAN
1.1 VIP (20 X RM 15) RM 300.00
1.2 Peserta Persembahan (70 X RM 7) RM 490.00
1.3 Makanan AJK (35 X RM 7) RM 245.00
Jumlah RM 1035.00

2.0 PENGANGKUTAN
2.1 Persediaan Program RM 250.00
Jumlah RM 250.00

3.0 PERSEMBAHAN
3.1 Kelab Tari, KKIP/UMS RM 8,000.00
3.2 Artis Jemputan RM 4,000.00
3.3 Tarian RM 1,600.00
3.4 Band Kugiran RM 1,500.00
Jumlah RM 7,900.00

4.0 Perhiasan
4.1 Perhiasan Pentas RM 250.00
4.2 Sewa Pentas RM 2,500.00
4.3 P.A Sistem RM 3,000.00
Jumlah RM 5,750.00




5.0 CENDERAMATA/SIJIL
5.1 Cenderamata Universiti Malaysia Sabah
Ybhg. Profesesor Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin RM 200.00
5.2 Cenderamata Tim. Naib Canselor (HEP & Alumni) RM 100.00
5.3 Hadiah Pemenang Pertandingan Karaoke RM 450.00
5.4 Hadiah Pemenang Battle Of The Band RM 1,000.00
5.5 Sijil Peserta dan Sijil AJK RM 50.00
5.6 Plag Perasmian RM 2,500.00
Jumlah RM 4,300.00
Jumlah Perbelanjaan RM 19,235.00

Perbelanjaan jangkaan
5% Daripada Perbelanjaan RM 961.75
Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan RM 20,196.00

0 Komen:

Catat Ulasan

Testimoni Biodisc

BOIKOT YAHUDI

BOIKOT YAHUDI

E-Jariah Mudah dan hebat

contact me

My Social : http://matskai.ning.com

 

©2009  Financial Freedom | Template Blue by TNB