Title: Perapan BBQ Sumber : Kawan Anis Hidangan : cukup untuk 8 ketul "lamb shoulder" ataupun 12 ketul dada ayam Bahan-bahan 1 labu bawang besar 10 ulas bawang merah 7 ulas bawang putih 1 inci halia 1/2 inci lengkuas 2 batang serai 1 botol sos BBQ (saya guna jenama Knorr, perisa Traditional BBQ sebab setakat ni, cuma jenama ini saja yang saya jumpa logo halal. ada jual di pasaraya besar) 3 sudu besar gula perang (boleh diganti dengan satu ketul gula kabung) 3 sudu besar madu 1 sudu besar serbuk cili (boleh tambah kalau suka lebih pedas) 3 sudu besar mentega/margerin/minyak sapi 1/2 cawan kicap pekat manis (saya guna jenama ABC, boleh didapati di Makro) 2 sudu teh serbuk kunyit 1 sudu teh serbuk lada sulah 3 sudu teh garam atau secukup rasa Cara-cara 1. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & serai (tak halus sangat pun tak apa). 2. Gaul rata bahan kisar dengan semua bahan lain. 3. Tuangkan ke atas "lamb shoulder" atau ayam dan perap selama 3 jam pada suhu bilik. Tips tambahan 1. Perapan ni boleh juga guna untuk perap daging, sosej dan sebagainya. 2. Untuk ayam & daging, sebaiknya kelar-kelar sedikit isinya sebelum diperap supaya bahan perapan lebih meresap. 3. Untuk mempercepatkan ayam masak sewaktu dipanggang dan memastikan ayam tak jadi kering, sebaiknya kukus ayam yang dah diperap sehingga separuh masak dulu. Kemudian baru panggang. 4. Baki perapan boleh disimpan dalam peti sejuk bahagian dingin-beku untuk digunakan lagi pada masa-masa akan datang. 5. BBQ lebih sedap kalau diperap lama. Sebab tu, saya selalunya mula perap dalam 4 hari sebelum hari BBQ . Mula-mula perap selama 3 jam pada suhu bilik, kemudian saya masukkan dalam peti sejuk bahagian dingin-beku. Pada hari saya nak BBQ nanti, baru saya keluarkan dan biarkan ais mencair pada suhu bilik (jangan direndam atau dipanaskan). Authored by: jeni on Sun, Oct 22nd, 2006 at 7:30 AM Online URL: http://www.knowledgebase-script.com/demo/question.php?ID=421 Powered by phpkb from Chadha Software Technologies (INDIA)
This question has been viewed 7022 times so far.
Title: Perapan BBQ
Labels: Resipi | author: MatskaiPosts Relacionados:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Komen:
Catat Ulasan