MABUK bukan perkara baru kepada setiap pemancing laut. Saban tahun, terutama pemancing yang baru berjinak dengan joran pancing pasti akan menghadapi situasi ini. Ada yang tewas di peringkat awal dan minat ke laut berkubur akibat penangan mabuk maksimum. Yang kental semangat dan gigih pula meneruskan cabaran walau terpaksa berpaut tiang bot.
Justeru, Matskai ingin berkongsi pengalaman kerana ramai yang masih meminta petua untuk mengelakkan mabuk walaupun sudah beberapa kali disiarkan melalui ruangan ini.
Kepada pemancing yang berhasrat untuk meneroka laut dalam, sudah pasti ubat menjadi teman sepanjang berada di laut. Matskai berharap dengan semangat yang kental dan berfikiran positif cuba elakkan untuk menggunakan ubat kimia itu bagi mengatasi mabuk.
Selain itu, beberapa petua seperti tidak melihat air laut atau menundukkan kepala yang agak lama atau baring dalam keadaan bot dibuai gelombang. Ini menyebabkan pemancing akan lebih cepat mabuk.
Antara petua yang biasa diamalkan oleh nelayan veteran, banyakkan minum air suam (bukan jenis air berkarbonat). Bekalkan sedikit makanan masam yang sederhana dan sentiasa membasahi mulut. Menyedut udara laut yang bersih adalah satu ikhtiar paling baik untuk mengelak daripada mabuk. Tetapi ada kalanya usaha ini gagal kerana suhu badan anda (pemancing baru) tidak dapat bertahan dengan keadaan laut dan bot yang sentiasa bergoyang dilambung ombak walaupun ombak tidak sebesar mana.
Sebagai pemancing baru, anda perlu menerima hakikat ini dan menjadikan mabuk pertama ini bukan untuk melemahkan semangat anda menjadi seorang pemancing laut yang tabah. Anda pasti melalui kegetiran ini dengan penuh semangat dan kuatkan azam untuk menjadikan laut sebagai padang permainan dan gelombang sebagai kawan.
Mabuk laut tidak dapat berjanji dengan faktor yang dinyatakan kerana ia akan datang tanpa amaran dan tidak mengikut waktu. Anda kaki pancing tidak harus bimbang dan keluarkan muntah hingga habis dengan menjolok jari ke hujung tekak. Anda perlu berehat sambil banyak minum air atau makan sedikit makanan lembut dan masam
Semangat, ubat terbaik mabuk Laut
Labels: Petua | author: MatskaiPosts Relacionados:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Komen:
Catat Ulasan