ANDA BOLEH IKLAN APAN SAHAJA BIZ, JAWATAN KOSONG, DAN APA SAJA KAT SINI

Memaparkan catatan dengan label Resipi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resipi. Papar semua catatan

Title: Perapan BBQ

|

Title: Perapan BBQ



Sumber : Kawan Anis


Hidangan : cukup untuk 8 ketul "lamb shoulder" ataupun 12 ketul dada ayam


Bahan-bahan

1 labu bawang besar

10 ulas bawang merah

7 ulas bawang putih

1 inci halia

1/2 inci lengkuas

2 batang serai

1 botol sos BBQ (saya guna jenama Knorr, perisa Traditional BBQ sebab setakat ni, cuma jenama ini saja yang saya jumpa logo halal. ada jual di pasaraya besar)

3 sudu besar gula perang (boleh diganti dengan satu ketul gula kabung)

3 sudu besar madu

1 sudu besar serbuk cili (boleh tambah kalau suka lebih pedas)

3 sudu besar mentega/margerin/minyak sapi

1/2 cawan kicap pekat manis (saya guna jenama ABC, boleh didapati di

Makro)

2 sudu teh serbuk kunyit

1 sudu teh serbuk lada sulah

3 sudu teh garam atau secukup rasa


Cara-cara

1. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & serai (tak halus sangat pun tak apa).

2. Gaul rata bahan kisar dengan semua bahan lain.

3. Tuangkan ke atas "lamb shoulder" atau ayam dan perap selama 3 jam pada suhu bilik.


Tips tambahan

1. Perapan ni boleh juga guna untuk perap daging, sosej dan sebagainya.

2. Untuk ayam & daging, sebaiknya kelar-kelar sedikit isinya sebelum diperap supaya bahan perapan lebih meresap.

3. Untuk mempercepatkan ayam masak sewaktu dipanggang dan memastikan ayam tak jadi kering, sebaiknya kukus ayam yang dah diperap sehingga separuh masak dulu. Kemudian baru panggang.

4. Baki perapan boleh disimpan dalam peti sejuk bahagian dingin-beku untuk digunakan lagi pada masa-masa akan datang.

5. BBQ lebih sedap kalau diperap lama. Sebab tu, saya selalunya mula perap dalam 4 hari sebelum hari BBQ . Mula-mula perap selama 3 jam pada suhu bilik, kemudian saya masukkan dalam peti sejuk bahagian dingin-beku. Pada hari saya nak BBQ nanti, baru saya keluarkan dan biarkan ais mencair pada suhu bilik (jangan direndam atau dipanaskan).

Authored by: jeni on Sun, Oct 22nd, 2006 at 7:30 AM
This question has been viewed 7022 times so far.

Online URL: http://www.knowledgebase-script.com/demo/question.php?ID=421

Powered by phpkb from Chadha Software Technologies (INDIA)

Title: Cendul Siti Mariam

|

Title: Cendul Siti Mariam


Sumber : http://myresipi.com/
Kiriman : Baya

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
1 cawan tepung beras
3 cawan air pandan
secubit garam
1 sudu kecil air kapur
sedikit pewarna hijau (option)

Cara

  1. Cara-cara masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
    kacau selalu supaya tidak hangit.
  2. Sediakan bekas yang berisi air sejuk.
  3. Masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk. Kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais.

Authored by: jeni on Fri, Jan 25th, 2008 at 7:30 AM
This question has been viewed 2459 times so far.

Online URL: http://www.knowledgebase-script.com/demo/question.php?ID=835

Powered by phpkb from Chadha Software Technologies (INDIA)

Title: Puding Fruit Cocktail

|

Title: Puding Fruit Cocktail


Sumber & Gambar : Baya

Ini resepi fruit coctail mudah. Orang dulu dulu panggil kuih sejuk :)....


Bahan2 untuk kuah
1 tin susu cair
1 tin besar mix fruit coctail
1/2 cawan air
4 sudu gula
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh tepung custard larutkan dalam air. (tujuan untuk memekat kalau tak masukkan pun tak apa).

Cara

  1. Campurkan semua bahan dan masak diatas api perlahan ( api kuat akan membuatkan susu berkeladak dan tak cantik). Tujuanmasak diatas api hanyalah untuk hancurkan gula dan sebati. Jika rasa gula sudah hancur olehlah tutup api tersebut. Masukkan dalam freezer.


Dan untuk custardnya pula.

1 cawan tepung custard
5 cawan air
1 sudu gula

Cara

  1. Campurkan semua bahan dan masak diatas api sehingga menjadi pekat dan likat, akan perasan yg warnanya akan bertukar dari kuning cair ke kuning yg lutsinar. Setelah masak sudukan kedalam bekas2 kecil seperti bekas lompang, dan sejukkan. Setelah sejuk masukkan dalam adunan pertama, sedia untuk dimakan.

Fruit cocktail ni sedap dimakan sejuk :).

Authored by: jeni on Tue, Sep 18th, 2007 at 7:02 AM
This question has been viewed 27370 times so far.

Online URL: http://www.knowledgebase-script.com/demo/question.php?ID=805

Powered by phpkb from Chadha Software Technologies (INDIA)

Title: Ayam Goreng Madu Sos Tiram

|

Title: Ayam Goreng Madu Sos Tiram


Gambar & Sumber : Anim Mama Rock

Bahan
6 ketul kepak ayam
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk kunyit
lada putih
2 sudu kecil garam
2 sudu kecil mixed herbs
1 sudu kecil oregano
2 sudu kecil jus lemon

Cara

  1. Cucuk2 kan kepak ayam tadi dengan garfu.
  2. Gaul semua bahan dan perap selama 30 minit.
  3. Goreng dengan api sederhana. Renjiskan dgn sedikit madu semasa menghidang.

Authored by: jeni on Tue, Feb 19th, 2008 at 11:34 AM
This question has been viewed 4322 times so far.

Online URL: http://www.knowledgebase-script.com/demo/question.php?ID=861

Powered by phpkb from Chadha Software Technologies (INDIA)

Title: Kek Gula Hangus

|

Title: Kek Gula Hangus


Sumber: Puan Halimah

Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega

  1. Gula digoreng dengan api sederhana besar.
  2. Bila gula dah agak cair masukkan air panas (Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletup-letup. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali. Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:

  1. Pukul telur sampai kembang & pekat.
  2. Masukkan susu pekat - Mixer hingga rata
  3. Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
  4. Tuang kan esen vanila.
  5. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi.
  6. Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.
  7. Dibakar selama 60 minit suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pula api atas & bawah.

Versi maklang

  1. Masukkan gula hangus dulu, dah cair masukkan butter.
  2. Sementara tu maklang siapkan bahan adunan.
  3. Telur tu maklang pukul dengan whisker dulu bersama susu pekat, lepas itu terus campak dalam blender.
  4. Curahkan tepung sikit demi sikit dan press.
  5. Lepas itu masukkan gula hangus dan press lagi sehingga adunan sebati.
  6. Biarkan dalam blender bertutup selama 2 jam. Kemudian dibakar.

Authored by: Laily Rahman on Mon, Feb 19th, 2007 at 6:01 AM
This question has been viewed 14526 times so far.

Online URL: http://www.knowledgebase-script.com/demo/question.php?ID=514

Powered by phpkb from Chadha Software Technologies (INDIA)

Title: Puding Karamel Nini

|

Title: Puding Karamel Nini


Sumber: Mak Nini

1 tin susu cair
1 tin telur ayam - kalau pakai saiz A dalam 7 biji
1 tin air
4 sudu besar gula pasir
1 tsp vanila
1 tbsp tepung kastard

Note: Pakai tin susu cair yang digunakan untuk menyukat.

Untuk buat karamel:
6 tbsp gula pasir
sedikit air

* Masak gula dan sedikit air dalam loyang hingga gula cair dan bertukar jadi warna kuning keemasan. Ketepikan.

Cara:
1. Didihkan air dlm pengukus. Ikat tutup kukus dgn kain.
2. Kacau air dan gula pasir dalam bekas. Pastikan gula hancur.
3. Masukkan susu, telur, vanila dan tpg kastard. Kacau perlahan dan rata.
4. Tapis adunan kedalam loyang karamel.
5. Masukkan dalam kukusan bila air kukusan mendidih.
6. Kukus selama 20 minit.
7. Hidangkan sejuk.

Authored by: jeni on Tue, Jan 1st, 2008 at 3:09 AM
This question has been viewed 6765 times so far.

Online URL: http://www.knowledgebase-script.com/demo/question.php?ID=814

Powered by phpkb from Chadha Software Technologies (INDIA)

Title: Mee Kuah Pedas

|

Title: Mee Kuah Pedas


Sumber : Majalah
Kiriman & Gambar : Anis Adlina

BAHAN (A) :-


3 camB minyak masak
1 liter (lebih-kurang 4 cawan) air
1 kg mee kuning (dicelur & ditoskan)
150 gm keledek (direbus & dilecek/dikisar halus. kalau guna keledek oren, lebih sedap lagi)
125 ml sos tomato
100 gm kacang tanah (disangai & dikisar)
garam & gula secukup rasa

BAHAN (B) :-

2 camB ketumbar
1 camB jintan manis
1 camB jintan putih
3 camB udang kering
40 gm ikan bilis

BAHAN (C) :-

1 labu bawang besar
4 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 tangkai bunga kantan
3 camB tauchu
1 cm belacan

BAHAN (D) - hiasan :-

4 biji limau kasturi (dibelah 2)
3 tangkai daun bawang (dimayang)
5 tangkai daun sup (dimayang)
2 biji tomato (dibelah 6 atau 8)
4 butir telur (direbus & dibelah 4)

CARA-CARA :-

1. Sangai bahan (B) dan kisar halus. Ketepikan.
2. Kisar halus bahan (C) dan ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumis bahan (C) hingga wangi.
4. Masukkan bahan (B) dan kacau hingga terbit/pecah minyak.
5. Masukkan air, keledek lecek dan sos tomato. (NOTA : kekadang keledek
tu akan bergumpal, so, kuah kena dikacau sehingga keledek tak bergumpal lagi)
6. Setelah kuah pekat, masukkan kacang tanah, garam dan gula. Masak hingga mendidih, kemudian tutup api.
7. Siap untuk dihidang panas-panas bersama mee kuning dan bahan (D).

Authored by: jeni on Thu, Jan 24th, 2008 at 7:05 AM
This question has been viewed 4274 times so far.

Online URL: http://www.knowledgebase-script.com/demo/question.php?ID=820

Powered by phpkb from Chadha Software Technologies (INDIA)

Title: Sotong Lada Hitam

|

Title: Sotong Lada Hitam


Sumber : Amy Beh
Kiriman : Jamilah Rejab

Bahan

1 kg large squid (app. 6-8 inches long)
5 cloves garlic - crunched finely
2 tbsp light soy sauce
1 tsp dark soy sauce
1 tbsp black pepper corn - pound finely
salt , light brown sugar
3 tbsp honey
1 lime - squeezed for juice
red chilly or capsicum- sliced thinly

Garnishing: green union & parsley - shredded

Method

  1. Cut squid into 2. Use sharp scissors to cut each edges at interval of 1cm - this help each pieces to open up like flower.
  2. Season and marinate squid with all ingredients for 5 minutes.
  3. Heat the non-grease pan, work with big fire. Put in squid.( I cook the tentacle first, as it's easier to work on the flower later. Dish out cooked tentacles then put in the squid slices into hot pan).
  4. Stir evenly and turn squids to have the edges down so good petals can form up better flower.
  5. Season to your taste and ready to serve.

Authored by: jeni on Thu, Feb 21st, 2008 at 7:02 AM
This question has been viewed 4434 times so far.

Online URL: http://www.knowledgebase-script.com/demo/question.php?ID=870

Powered by phpkb from Chadha Software Technologies (INDIA)

Mee Kartonis

|

Title: Mee Kantonis


Sumber : Jeni

Hidangan : 1 orang makan

Bahan-bahan
Tagliatelle (Sejenis pasta yang leper2 nipis, kecik sikit dari fetuccini, gambar attached. Kalau kat msia boleh la guna yee mee yang kering tu)
1 ulas bawang putih
3 cawan stok ayam (saya rebus rangka ayam)
2 sudu makan sos tiram
1/2 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh sedikit air
1 biji telur
Garam secukup rasa
Daun bawang
Bawang goreng

Caranya

  1. Tumbuk bawang putih hingga pecah. Di dalam periuk kecil tumis dengan minyak yang sedikit hingga garing.
  2. Masukkan stok ayam dan mee. Mee ni kering jadi masak hingga lembut.
  3. Masukkan sos tiram, lada sulah dan garam.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung. (Kelikatan mee sebenarnya terpulang pada citarasa masing2)
  5. Pecahkan telur ke dalam mee.
  6. Angkat. Masukkan dalam mangkuk dan taburkan daun bawang dan bawang goreng.

Nota : Actually nak tambah cendawan ke carrot ke apa2 pun boleh. Cuma yang kat atas tu je stok yang ada kat rumah ku :)

Authored by: jeni on Fri, Mar 7th, 2008 at 8:07 AM
This question has been viewed 3627 times so far.

Online URL: http://www.knowledgebase-script.com/demo/question.php?ID=885

Powered by phpkb from Chadha Software Technologies (INDIA)

Testimoni Biodisc

BOIKOT YAHUDI

BOIKOT YAHUDI

E-Jariah Mudah dan hebat

contact me

My Social : http://matskai.ning.com

 

©2009  Financial Freedom | Template Blue by TNB