ANDA BOLEH IKLAN APAN SAHAJA BIZ, JAWATAN KOSONG, DAN APA SAJA KAT SINI

Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan

Bahana Dunia Maya

|

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada kali ini saya nak cerita sikit pasal dunia ICT dan saya akan banyak berfokus kepada dunia internet. Tahukah anda 80 peratus kandungan dalam internet adalah berunsurkan negatif pada pandangan Agama Islam. 80 % tersebut kebanyakanya adalah agenda Yahudi dan sekutunya. Cuba anda bayangkan penjelajahan internet tanpa kawalan sudah pasti akan menemukan unsur negatif seperti porno, judi, provokasi, agenda jahat zionis, skim cepat kaya, mlm yang tidak sah dan banyak lagi.


Sebagai seorang guru saya tergerak hati untuk cuba memperingati apa yang dipanggil order baru atau penjajahan bentuk baru yang cuba merosakan minda umat islam. Pihak zionis sudah tahu, jika mereka berperang secara terbuka sudah tentu akan membenihkan bayak lagi semangat umat islam. Dengan penyelidikan yang mereka rancang sejak zaman berzaman sudah menemukan titik bagimana melunturkan keislaman umat islam. Dengan mewujudkan laman porno secara besar-besaran (percuma lagi) telah sedikit sebanyak melemahkan indentiti umat islam. Mengikut kajian' setiap hari hampit 1 juta laman porno diwujudkan. Lihatlah Malaysia pada hari ini, isu moral sudah tidak asing lagi, seawal remaja (bangku sekolah) sudah mengenali apa itu seks bebas. Lebih mendukacitakan lagi sudah ramai anak muda kita mewujudkan Blog koleksi 3GP ( trade mark - bagi blog video lucah remaja) berlambak di persada maya.

Pihak kerajaan mestilah menyedari dan bertindak secara proaktif bagi mewujudkan undang-undang siber yang lebih ketat terutamanya pengusaan terhadap web atau blog yang dimiliki oleh rakyat negara ini. Janganlah terlalu mengejar duniawi sehinggakan kita semua secara tidak sedar telah menempah tiket bala Allah swt. Dalam perkembangan agenda Yahudi yang giat meracuni anak muda kita, sama-samalah kita bergandingan bahu dengan aktif menghantar penulisan Blog dalam komuniti ini. Ingat! sejauh manakah sumbangan kita untuk menangani gejala ini... berusahalah kawan semua untuk sama-sama kita menentang agenda Barat ini. Semoga Allah memberkati Usaha kalian semua.

Yang Prihatin,



matskai

Konflik Rumah tangga -sejauh manakah anda mampu hadapinya

|

1) PENDAHULUAN

Setiap individu yang berkahwin mengimpikan satu kehidupan yang bahagia kerana rumahtangga yang bahagia menjadikan penghuni-penghuninya dapat hidup dalam suasana tenang, harmoni dan selesa. Setiap anggota keluarganya saling kasih mengasihi, hormat menghormati dan menjalankan aktiviti-aktiviti rumahtangga dengan penuh kerelaan. Perjalanan hidup sebuah keluarga bahagia didasarkan di atas prinsip saling menjaga dan mengambil berat di antara satu sama lin, sentiasa memberi sokongan semasa menghadapi konflik dan penyelesaian permasalahan. Selain daripada itu, setiap suami isteri dapat meningkatkan lagi potensi diri dan membina hubungan erat dengan orang lain. Di dalam menjalani kehidupan, mereka sentiasa sensitive dengan perubahan serta berupaya menyesuaikan dirinya.

Kebahagiaan hidup sebuah keluarga banyak bergantung kepada persefahaman di dalam menjalinkan perhubungan suami isteri. Kegagalan mereka untuk berbuat demikian akan melahirkan ketegangan dan konflik. Oleh itu tidak mustahil jika dikatakan bahawa krisis adalah suatu perkara lumrah di dalam sebuah rumahtangga walau bagaimana harmoni kehidupan rumahtangga tersebut. Keadaan ini hanya boleh dapat diatasi dengan kebijaksanaan suami dan sokonan daripada isteri yang pengasih.


2) PENGERTIAN KONFLIK RUMAHTANGGA

Merupakan satu keadaan di mana kehidupan suami isteri sentiasa berada di dalam suasana yang tidak harmoni dan berkonflik. Suami isteri saling benci membenci di antara satu sama lain.


Krisis rumahtangga boleh di dapati di dalam keadaan-keadaan :


1. Jelas / Ketara : iaitu suami isteri mudah bertengkar, saling tuduh menuduh, maki hamun dan cepat bercekalan sebaik-baik sahaja dan sesuatu yang tidak kena.


2. Tidak jelas : di mana perselisihan suami isteri tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan mereka kelihatan rukun dan damai tetapi sebenarnya kehidupan mereka hambar tidak mesra dan perhubungan yang renggang. Keadaan rumahtangga yang sedemikian selalunya memberi kesan yang mendalam terhadap pertumbuhan jiwa anak-anak.


3) TAHAP-TAHAP KONFLIK DALAM RUMAHTANGGA


Krisis dalam rumahtangga selalunya mengambil masa yang panjang untuk sampai kepada kemuncaknya. Dalam jangka masa yang sama ini dapat dilihat tahap demi tahap berlaku dan suasana menjadi semakin genting jika salah satu pihak / keduanya tidak mengambil sesuatu inisiatif untuk membendongnya. Di antara tahap-tahap atau petanda berlaku krisis di dalam rumahtangga ialah ;


i. Penurunan tahap aktiviti :


Selalu suami atau isteri tidak lagi seaktif biasa, kerja-kerja atau tanggungjawabnya tidak dilaksanakan dengan sempurna, suka termenung dan berfikir.


ii. Tidak dapat berkomunikasi dengan berkesan dengan semua ahli keluarga


Suami isteri tidak boleh merempati dan saling menghormati di antara satu sama lain.


Selalunya mereka akan menhadkan masa untuk berinteraksi seminima yang boleh ataupun hanya sekadar perlu sahaja. Nada suara akan turut berubah, kian menurun atau kerap gunakan bahasa yang kasar dan kesat. Di samping suka menggunakan kata-kata sindiran ataupun perli.


iii. Seringkali menunjukkan tingkahlaku permusuhan terhadap pasangannya


Suami atau isteri saling tuduh menuduh bahawa pasangannya adalah sumber kebosanan atau penderitaan yang dialaminya dan pasangannya juga yang sering menjadi sasaran kemarahan serta suka menentang apa-apa cadangan atau tindakan pasangan.


iv. Kurang keupayaan mengawal emosi sendiri


Di dalam keadaan ini kerap terjadi ketegangan emosi, suka menengking ahli keluarga dan selalu menimbulkan ketegangan dalam perhubungan keluarga.


v. Selalu mengasingkan diri


Pada tahap ini suami atau isteri suka mengasingkan diri (boikot). Di antara mereka berdua tidak lagi bertegur sapa dan segala keperluan diuruskan melalui perantaraan ataupun secara 'message' (nota). Mereka selalunya akan tidur berasingan dan kedua-dua pihak dan hakikatnya sudah tidak menjalankan fungsi dan tugas masing-masing walaupun masih tinggal di dalam satu rumah.


vi. Kerap bertengkar


Pertengkaran yang sengit kerap terjadi. Mereka akan bergaduh asal saja bersua muka. Suami isteri sering mencari-cari punca kemarahan pasangan dan segala ketidakpuasan hati diluahkan di samping kata-kata ungkitan. Kadangkala bila kemarahan memuncak akan libatkan masalah keluarga, keturunan dan sebagainya.


vii. Mengambil tindakan yang nekad.


Apabila pergaduhan suami isteri berlaku, kerap kali juga mereka mengambil sesuatu tindakan yang agresif seperti menggunakan kekerasan fizikal terhadap pasangan. Selain daripada itu ada di antara suami isteri yang ambil tindakan keluar rumah atau buat hubungan sulit di luar rumah. Di dalam setengah-setengah keadaan, kedapatan pasangan suami isteri yang berusaha mendapatkan sokongan daripada pihak-pihak lain bagi memperkuatkan (backing) tindakan seperti sokongan ibubapa, saudara mara, kawan-kawan dan sebagainya.


v. Pengaduan


Apabila sesuatu isu yang terjadi di dalam rumahtangga berpanjangan tidak diselesaikan, pihak suami / isteri akan membuat pengaduan kepada pihak-pihak tertentu seperti imam, ketua kampung ataupun ke pejabat agama untuk diambil tindakan sewajarnya terhadap pasangan.


ix. Tuntutan cerai


Kemuncak kepada krisis di antara suami isteri ialah masing-masing akan mengemukakan tuntutan perceraian melalui pejabat Kadi / Mahkamah.


4) KATAGORI KONFLIK RUMAHTANGGA


Krisis rumahtangga boleh berlaku sama ada berpunca daripada pihak suami atau pihak isteri. Oleh itu, kedua-dua pihak yang memainkan peranan dalam mewujudkan sebuah rumahtangga bahagia ataupun menjadikan rumahtangga mereka porak poranda.


1. Krisis yang disebabkan oleh isteri berlaku apabila isteri enggan memenuhi kehendak suami, sering marah, benci serta tidak taat kepada suami. Isteri juga meninggalkan tugas dan kewajipannya serta meninggikan diri serta berlaku curang terhadap suami. Banyak faktor-faktor yang menyebabkan isteri bertindak sedemikian, termasuk faktor pada diri isteri sendiri, suami dan factor-faktor luaran.


a. Faktor diri isteri sendiri meliputi kecantikan diri, kedudukan dan pendidikan.


b. Suami memberi pengaruh yang kuat kepada seorang isteri. Ia meliputi cara pergualan, akhlak dan juga perlaksanaan tanggungjawab. Seringkali hal ini menjadi factor penggerak kepada isteri untuk berfungsi dengan baik di dalam sebuah rumahtangga.


c. Pengaruh luar meliputi rakan atau jiran, media massa dan juga keluarga (mertua, ipar dan sebagainya).


2. Konflik rumahtangga yang berpunca daripada pihak suami terjadi apabila seorang suami bersikap keras, isteri tidak bergaul dengan baik, tidak menjalankan kewajipan terhadap isteri, buat hubungan dengan perempuan lain dan sebagainya.


Di antara faktor-faktor yang mempengaruhi ialah faktor diri dan faktor luaran:-


a. Faktor kepada diri suami sendiri ialah kedudukan, pendidikan dan juga pembawaan diri.


b. Faktor luaran meliputi pergaulan, persekitaran dan keluarga.


5) PUNCA-PUNCA KONFLIK RUMAHTANGGA


Krisis rumahtangga boleh berlaku disebabkan oleh berbagai-bagai faktor. Bagaimanapun ia boleh disimpulkan kepada tiga faktor utama yang membuatkan kegagalan suami isteri untuk bersefahaman dan seterusnya mengakibatkan krisis di dalam rumahtangga.


1. Komunikasi


Kegagalan pasangan suami isteri untuk berkomunikasi dengan berkesan selalunya akan membawa implikasi yang buruk terhadap sesebuah rumahtangga. Komunikasi agresif seringkali terjadi di dalam hubungan suami isteri. Di mana suami isteri memaksa pasangannya menerima sesuatu pendapat. Hal ini kerap menimbulkan reaksi pertelingkahan. Bagaimanapun teknik inilah yang kerap digunakan oleh suami isteri di dalam menyampaikan hasratnya.


Di antara teknik agresif ialah :


a. Paksaan : Memaksa pasangan menerima apa yang dikemukakan dengan menggunakan bahasa yang keras, ugutan dan sebagainya.


b. Menyakinkan : Dengan cara pujuk rayu, berjanji dan sumpah, tujuannya untuk menyakinkan pasangan bahawa untuk kebaikan bersama.


c. Penilaian : Memberi penilaian kepada sesuatu perkara dengan cara merendah-rendahkan pasangan.


d. Melindungi : Tidak menyatakan sesuatu dengan sebenarnya.


e. Menangguhkan : Melengah-lengahkan sesuatu harapan atau permintaan dengan tujuan supaya dilupakan atau sebagai satu dalihan untuk menolak.


f. Menyalahkan orang lain : Berlaku bila seseorang rasa marah dan tidak diketahui sebabnya. Oleh itu, ia mula mencari sasaran untuk melepaskan kemarahan.


2. Tanggungjawab


Pertelingkahan di dalam rumahtangga berlaku bila satu-satu pihak tidak menjalankan kewajipannya dengan sempurna.


Tanggungjawab di dalam rumahtangga meliputi :-


a. Nafkah : Suami tidak disediakan nafkah yang mencukupi kepada anak dan isteri.


b. Tempat tinggal : Tidak menyediakan tempat tinggal yang selesa dan kadang kala tidak menjelaskan sewa dan sebagainya.


c. Kebajikan : Termasuk soal perhatian, kesihatan perubatan, layanan persekolahan anak-anak dan pendidikan kerohanian.


d. Keselamatan : Perlindungan dari segala ancaman luaran dan dalaman.


e. Kasih sayang : Kasih sayang di antara suami isteri perlu sentiasa dipupuk supaya sentiasa mekar dan bersemarak. Jika suami isteri gagal atau tidak berusaha ke arah tersebut ia akan semakin pudar dan berkurangan.


3. Seksual


Seksual di dalam sesebuah perkahwinan merupakan suatu tuntutan biokologikal. Ia juga merupakan terjemahan kepada perasaan cinta dan kasih sayang suami isteri. Oleh itu, hubungan seksual adalah keperluan yang mesti dipatuhi dengan penuh kerelaan di antara suami dan isteri. Kerapkali berlaku krisis rumahtangga bila suami / isteri mengalami masalah seksual seperti :


a. Rendah nafsu atau perbezaan keinginan di antara suami isteri disebabkan oleh penyakit atau kejemuan.


b. Nafsu yang tinggi.


c. Penghindaran seks. Suami isteri sering kali menolak atau mencari helah untuk tidak membuat hubungan seks.


d. Enggan melakukan seks dengan pasangan tetapi dalam masa yang sama berkeinginan untuk melakukannya dengan orang lain.


e. Tidak ada tindakbalas / dingin.


f. Tidak sampai ke kemuncak


g. Keuzuran


h. Ketakutan


i. Takut mengandung


j. Sakit semasa atau selepas melakukan seks.


6) CARA-CARA MENGATASI KONFLIK RUMAHTANGGA


Di dalam sebuah perkahwinan, suami adalah ketua dan pemimpin ke atas semua ahli keluarganya. Hal ini telah disebut dengan jelas oleh Allah SWT di dalam firmannya, yang bermaksud :


"Kaum lelaki adalah pemimpin yang bertanggungjawab ke atas perempuan oleh kerana Allah telah melebihkan kaum lelaki dengan beberapa keistimewaan di atas kaum perempuan dan kaum lelaki membelanjakan sebahagian daripada hartanya."


(Surah An- Nisa : 4)


Sesuai dengan tanggungjawab dan penghormatan yang begitu tinggi diberikan kepada suami maka beliau berkewajipan untuk mencari jalan bagi mengatasi persoalan-persoalan yang timbul di dalam rumahtangganya, termasuklah bila berlaku krisis dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.

Di antara tindakan-tindakan yang patut dilakukan oleh suami ialah :


a. Suami hendaklah sentiasa sensitif dengan setiap kejadian di dalam rumahtangga.


b. Suami mesti mengkaji dengan teliti sebab-sebab punca insiden.


c. Sebab-sebab kejadian.


Setelah tindakan tersebut dilakukan dan ternyata ia berpunca daripada pihak suami sendiri maka suami mesti mengakui kesilapannya sendiri, buat perubahan tingkah laku. Selain daripada itu suami mesti melaksanakan ssegala tanggungjawab dengan sempurna dan membentuk kepimpinan pada diri suami sendiri. Di samping segala usaha dilakukan suami mesti berdoa dan bertawakal kepada Allah.


Bagaimanapun jika suami mendapati punca masalah adalah daripada faktor luaran suami mesti melakukan tindakan-tindakan berikut :


1. 1. Menasihati isteri supaya hentikan perbuatan.


2. 2. Suami patut ubah keadaan dalam rumahtangga.


3. 3. Adakan sekatan atau kawalan, jika perlu.


4. 4. Suami patut memberi alternatif-alternatif kepada isteri, supaya isteri boleh buat pilihan


i. Jikalau konflik rumahtangga itu berlaku berpunca daripada diri isteri semata-mata bukan dipengaruhi oleh anasir-anasir luaran. Allah SWT telah menggariskan panduan melalui firmannya yang bermaksudnya


"Dan isteri-isteri yang kamu curigai atau bimbang berlaku nusyuznya(derhaka), maka hendaklah kamu (suami) menasihati mereka, dan jika sekiranya mereka berdegil tinggalkan mereka di tempat tidur, dan jika mereka masih berdegil juga pukullah mereka (dengan pukulan yang tidak mencederakan) kemudian jika mereka taat kepada kamu maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha Tinggi Lagi Maha Besar."


(Surah An-Nisa': 34)


7) MENASIHATI ISTERI


Dalam menghadapi sesuatu permasalahan suami sewajarnya memberi nasihat kepada isteri dengan penuh bijaksana. Nasihat yang diberi meliputi menerangkan hukum dan akibat perbuatan : Memberi contoh-contoh teladan yang boleh diambil iktibar oleh isteri. Suami juga mesti memberi panduan apa yang patut isteri lakukan dan peringatan-peringatan supaya menjadi pegangan isteri. Suami juga hendaklah bersedia memaafkan isteri di atas kesilapan yang dilakukan. Tindakan yang dilakukan oleh suami hendaklah dengan cara yang lembut, sopan dan berperikemanusiaan, sesuai dengan Sabda Rasulullah SAW, maksudnya:


Dari Abi Hurairah r.a.; Katanya, Nabi s.a.w. bersabda ,


"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Khiamat, maka apabila ia menyaksikan sesuatu peristiwa, hendaklah ia menanggapi dengan baik atau diam. Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagiannyan yang paling bengkok ialah sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok kerana ia bijaksanalah membimbing wanita dengan baik."


(Riwayat Muslim)



8) MENINGGALKAN TEMPAT TIDUR


Merupakan langkah yang kedua yang disarankan kepada suami untuk bertindak setelah langkah pertama menemui kegagalan. Langkah ini boleh dilakukan dengan cara berikut :


a. Suami tidak melakukan persetubuhan dengan isterinya.


b. Tidur berasingan (berlainan bilik).


c. Tidak bertegur sapa atau bercakap hanya sekadar dengan perlu sahaja


d. Tidur dengan cara membelakangkan isteri


Tempoh bagi suami melaksanakan tindakan ini ialah selama 30 hari (sebulan). Hal ini dikiaskan kepada tindakan yang telah diambil oleh Rasulullah terhadap Safiah apabila Rasulullah marah terhadapnya. Walau bagaimanapun ia boleh dilanjutkan sehingga 4 bulan (120 hari) mengikut keperluan.


Dalam melaksanakan tindakan ini suami tidak boleh meninggalkan rumah dan tidak boleh melampau di dalam tindakannya. Apabila isteri telah kembali taat suami hendaklah memberhentikan semua tindakan dan suami tidak boleh sekali-kali mencari jalan untuk menyusahkan isteri atau membalas dendam.


9) PUKUL


Salah satu langkah yang boleh dilakukan oleh suami terhadap keengkaran isteri setelah langkah pertama dan kedua tidak memberi apa-apa kesan. Tujuan pukulan ialah untuk menyedarkan isteri tentang sikap buruknya serta untuk mengembalikannya ke pangkal jalan. Sabda Rasulullah SAW; maksudnya :


"Hendaklah kamu memukul isteri-isteri kamu apabila mereka mendurhakai kamu tentang perkara yang baik".


Di dalam melaksanakan langkah ini, syarak telah menerapkan syarat-syarat seperti berikut :


1. Memukul isteri dengan pukulan yang tidak melukakan atau yang boleh meninggalkan sebarang kesan.


2. Tidak memukul di bahagian muka / tempat-tempat yang merbahaya seperti dada.


3. Tidak menggunakan alat-alat yang boleh mencederakan.


Selain daripada itu, suami mestilah bertindak di dalam keadaan yang waras dan tidak sekali-kali dengan mengikut perasaan marah atau dendam. Islam melarang keras suami memukul isteri yang tidak membuat kesalahan. Sebolehnya mengelakkan daripada memukul isteri, sekali pun langkah-langkah terdahulu telah gagal.


10) MELANTIK ORANG TENGAH


Setalah suami melakukan ketiga-tiga langkah terdahulu dan didapati tidak menampakkan apa-apa kesan positif malahan bertambah keingkaran isteri, sedangkan suami masih mengharapkan kebaikan maka suami bolehlah melnatik orang tengah. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah An-Nisa' : 35, maksudnya :


Dan jika bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantikan orang tengah untuk mendamaikan mereka iaitu seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan, jika orang tengah itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan nescaya Allah akan menjadikan kedua suami isteri itu berpakat iaitu sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui lagi di dalam pengetahuannya".


ii. Konflik yang berpunca daripada pihak suami.


Dalam menghadapi konflik rumahtangga yang berpunca daripada sikap buruk suami, isteri hendaklah bertindak berdasarkan firman Allah SWT, (Surah An-Nisa' : 128) maksudnya :


Dan jika seorang wanita khuatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka tidak apa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir ……..


Daripada ayat di atas, tindakan yang patut dilaksanakan oleh isteri ialah memujuk suami dengan menyatakan bahawa suami sebagai tempat perlindungan isteri dan anak, isteri hendaklah memberi peluang kepada dirinya dan suami untuk meneruskan kehidupan suami isteri di samping meningkat potensi diri bagi menarik minat dan kesedaran suami supaya untuk memberi perhatian terhadap rumahtangga. Di dalam keadaan ini, pihak isteri tidak patut menggalakkan sikap terburu-buru atau mencerca. Suami di atas kesilapannya dan memohon pertolongan daripada Allah SWT.


Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu isteri perlu mendapatkan bantuan dan nasihat daripada pihak tertentu seperti keluarga sahabat atau orang tengah yang dilantik untuk membaiki keadaan rumahtangga yang kian meruncing. Kemuncak daripada krisis rumahtangga mungkin isteri perlukan mengambil sesuatu tindakan isteri perlu menunjukkan permasalahan ke pejabat-pejabat agama. Bagaimanapun semasa krisis, isteri tidak boleh sekali-kali untuk meninggalkan rumah tanpa persetujuan daripada pihak suami melainkan untuk mendapatkan perlindungan (kes-kes deraan dan sebagainya).



11) KESIMPULAN


Krisis di atas suami isteri merupakan perkara yang lumrah berlaku di dalam rumahtangga walau sebagaimana rukun sekali perhubungan mereka. Kejadian krisis dalam rumahtangga boleh memberi kesan yang positif apabila ia dikendalikan atau ia diselesaikan dengan baik kerana ia boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Bagaimanapun jika terlalu kerap berkrisis akan menjadikan rumahtangga sentiasa bergelombang dan jika dibiarkan ia akan karam. Oleh itu, tolak ansur dan persefahaman di antara suami isteri selalunya akan menyelamatkan keadaan dan rumahtangga akan terus kekal bahagia


Wallahua'lam


Liwat : Boleh Percaya Atau Tidak ?

|

Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain.


Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)


Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :

ولا يقبل في اللواط إلا أربعة لانه كالزنا في الحد في الشهادة

Ertinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)


Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.


Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-


وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Ertinya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)


Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.


Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).


RINGKASAN SYARAT-SYARAT


Qazf mempunyai beberapa syarat :-

1) Syarat kepada penuduh :

  • Beraqal
  • Sudah baligh

    2) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf

  • Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)

    3) Syarat orang yang dituduh

  • Beraqal
  • Baligh
  • Islam
  • Merdeka diri
  • BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.


    Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt :-


    ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء


    Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)


    Imam Malik berkata :

    قول مالك، وإن اضطرب واحد منهم جلد الثلاثة، كما فعل عمر في أمر المغيرة بن شعبة،

    Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu'bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)


    Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menududh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majority ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.


    Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh'ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.


    Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini. Mungkin si penuduh dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.


    Sekian


    Zaharuddin Abd Rahman

    www.zaharuddin.net

SMS MAUT - KARUT

|

Panggilan santau karutOleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Amir Abdul Hamid,Salman Hamat, Norfaisal Jahuri dan Sulaiman Salleh ~ mailto:am@hmetro.com.

KUALA LUMPUR: Menggemparkan! Ramai pengguna telefon bimbit mula panik berikutan penyebaran SMS yang meminta orang ramai berhati-hati dengan panggilan santau atau ‘tarik nyawa’ yang kononnya boleh membunuh mereka sejurus menjawab panggilan itu. Lebih menakutkan apabila kandungan SMS itu mendakwa panggilan maut itu sudah meragut sembilan nyawa di Indonesia sejak bulan lalu dan kini mula menular kepada jutaan pengguna telefon di negara ini bagi menagih korban terbaru.Kemunculan SMS peringatan berhubung panggilan maut yang kini amat digeruni penduduk Indonesia dikesan mula diterima pemilik telefon bimbit di negara ini sejak minggu lalu dengan amaran supaya tidak menjawab panggilan telefon daripada nombor melebihi lapan angka itu.Malah, panggilan terbabit yang turut digelar di Indonesia sebagai panggilan santet, deringan syaitan atau telefon maut, didakwa angkara pengamal ilmu hitam yang kononnya mahu menguji tahap keberkesanan ilmu hitam dipelajari.Berdasarkan laporan media utama Indonesia, penerima panggilan itu bakal menjadi mangsa ‘kes pembunuhan jarak jauh’ didalangi dukun ilmu hitam yang menghantar syaitan atau jin melalui panggilan telefon untuk membunuh mangsa.Bagaimanapun, dakwaan terbabit dianggap tidak berasas kerana tiada yang dilaporkan mati setakat ini berkaitan penerimaan panggilan maut yang kini merebak ke Malaysia, dipercayai dibawa rakyat negara berkenaan.Siasatan dilakukan pihak berkuasa Indonesia mendapati nombor pengirim SMS itu berasal dari Sumatera Selatan dan Kepulauan Riau, Indonesia.Susulan maklumat dikumpulkan, seorang remaja perempuan yang disyaki mencipta dan menghantar SMS terbabit sudah ditahan minggu lalu oleh polis Indonesia di Riau.Selepas disoal siasat, remaja terbabit mengaku menyebarkan SMS itu hanya untuk gurauan kepada rakannya.Perkara itu didedahkan Ketua Bahagian Umum Direktorat Jenderal Pos dan Telekomunikasi Indonesia, S Dewabrata kepada media, Selasa lalu, yang mendakwa SMS terbabit dipercayai ada kaitan dengan usaha pihak tertentu bagi mengaut keuntungan selain meningkatkan jumlah pelanggan talian prabayar.Bagaimanapun, kegemparan mengenai kes itu berterusan apabila laman web berita Kompas.Com semalam melaporkan, seorang pegawai bank ABN di Jalan Petamburan, Jakarta, menjadi individu terbaru menerima panggilan berkenaan selepas M Fani Bratawijaya, 25, sebelah tengah hari.Pejabat Harian Metro di sini, Melaka dan Seremban turut dihujani panggilan telefon bertanyakan mengenai SMS terbabit.Mesej sepanjang 73 perkataan itu menyatakan kumpulan terbabit akan menghubungi sesiapa menerusi talian antarabangsa secara rambang dan sebaik saja mangsa menjawab panggilan itu mereka kononnya akan mati terkena sihir.Pengguna telefon bimbit talian prabayar, Ismail Che Nordin, 42, turut melahirkan kegelisahan selepas menerima SMS terbabit sebaik tiba di pejabatnya di Taman Segar, Cheras, pagi semalam.Menurutnya, kemunculan SMS itu boleh mencetuskan ketakutan kepada orang ramai yang menyangka panggilan santau benar-benar wujud dan boleh mendatangkan malapetaka kepada pemilik telefon bimbit. “Lebih menakutkan apabila SMS terbabit mendakwa dua mangsa di Puchong sudah mati dan meminta disebarkan kepada umum,” katanya yang bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat di Selayang di sini. Di SEREMBAN, seorang pekerja swasta yang hanya mahu dikenali Sufiah berkata, dia mengetahui mengenai penyebaran SMS itu daripada beberapa rakan sekerjanya sejak beberapa hari lalu.Katanya, dia menerima SMS itu petang semalam yang mengingatkannya supaya mengambil langkah pencegahan awal apabila menerima panggilan daripada kumpulan yang dikatakan sedang menguji ilmu hitam.“Kami mengharapkan pihak yang berkenaan menyiasat penyebaran SMS terbabit kerana boleh menjejaskan akidah kalau ada orang yang percaya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.Dia juga berharap supaya mereka yang menerima SMS itu tidak menghantarnya kepada orang lain kerana sukar diterima akal.“Bagaimana orang yang menulis SMS itu boleh mengetahui berapa ramai yang sudah meninggal dunia sedangkan kes seperti itu tidak pernah dilaporkan media, malah ajal manusia ditentukan Tuhan bukan kerana menjawab panggilan telefon,” katanya

ISLAM DIHINA DI MALAYSIA

|

Baca sama-sama...Dunia akhir zaman semakin menakutkan bilaberkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.Bukan takut nak beranak, tapi takutada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkansignature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swtkerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani jugaminta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajarkuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda nidalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhanIFC ini adalah musuh Islam di M`sia.Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?... Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia. Antaranya: 1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan denganmana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak bolehdididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam katanak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,tanya kat anak kita, "Hang nak ikut ugama apa?"...Kalau dia kata nakjadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dahdigazetkan dalam Perlembagaan Negara. 2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolumidentiti agama - maknanya, perkataan "Islam" yang ada kat mykad kita itu,depaminta di"tiada"kan. 3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, diatidak perlu masuk Islam. 4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam. 5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumahibadat orang bukan Islam. 6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurathendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam. 7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la nibukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agamakita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalahnikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamahsyariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar. 8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanyadikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam. 9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hakpenjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka. 10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentangajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu jugaajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang. 11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bibledalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara. 12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi diMalaysia? .....lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah MilleniumMuslim.Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so manasensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PMdan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supayadibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata katMufti Perak, "Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open mindedlangsung!"...Datuk Harussani balas dalam majalah "Millenium Muslim",katanya, "Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,maka inilah hadiahnya!"... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!-------------------------------------------------------------------------Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: "Sepertimana yang Tartarberhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada rajamereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasakyang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambildaripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawanafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anakcucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan SunnahRasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangisehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukumselain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsiral-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)Allahua`ala `alam.27 SEPTEMBER 2007**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE "DIWAJIBKAN" POST KEPADA SAUDARA MUSLIMLAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPATTAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...

Empat menteri, 10 timbalan tewas

|

KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon adalah antara pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) yang tewas selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 diumumkan setakat jam 3 pagi ini.
Selain Samy Vellu yang juga Menteri Kerja Raya; Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin; Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, juga kalah.
Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput yang diwakilinya sejak 1974 apabila tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr D Jeyakumar dengan majoriti 1,821 undi. Samy Vellu mendapat 14,637 undi berbanding Jeyakumar, 16,458.
Aziz tewas di Shah Alam apabila meraih 24.042 undi berbanding lawannya, Khalid Abdul Samad daripada PKR yang mendapat 33,356 undi manakala Shahrizat yang mendapat 18,833 undi, kalah di Lembah Pantai kepada calon PKR, Nurul Izzah Anwar yang mendapat 21,728 undi.
Zainudin yang beralih dari kerusi Parlimen Merbok ke Sungai Petani dalam pilihan raya kali ini tewas 9,381 undi kepada calon PKR, Johari Abdul. Zainudin mendapat 24,441 undi berbanding Johari, 33,822 undi.
Dr Koh, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama kali bertanding kerusi Parlimen pula, tewas di Batu Kawan kepada calon DAP yang juga bekas pensyarah, Dr P Ramasamy. Beliau hanya meraih 13,582 undi berbanding Ramasamy 23,067.
Turut tewas, 10 timbalan menteri termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas; Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mah Siew Keong.
Tan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang disandangnya sejak tiga penggal lalu apabila tewas kepada calon PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tan mendapat 25,608 undi berbanding Abdul Khalid yang juga Setiausaha Agung PKR, 28,123 undi.
Kayveas yang juga Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) tewas di Taiping dengan majoriti 11,298 undi apabila mendapat 16,800 undi berbanding lawannya daripada DAP, Nga Kor Ming yang mendapat 28,098 undi.
Mah yang juga Ketua Pemuda Gerakan, gagal mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan yang disandangnya apabila tewas dengan majoriti 1,470 undi kepada calon DAP, M Manogaran. Mah mendapat 17,016 undi berbanding Manogaran, 18,486 undi.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman tewas di kerusi Parlimen Nibong Tebal dengan majoriti 3,087 undi apabila mendapat 17,123 undi berbanding pencabarnya daripada PKR, Tan Tee Beng yang meraih 20,210 undi.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin tewas di kerusi Parlimen Bachok dengan majoriti 2,901 undi apabila mendapat 25,934 undi berbanding pencabarnya, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang meraih 28,835.
Beliau yang turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok, tewas dengan majoriti 1,270 undi kepada calon Pas, Datuk Omar Mohamad. Awang Adek mendapat 8,235 undi berbanding Omar yang meraih 9,505 undi.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, tewas 198 undi di kerusi Parlimen Hulu Selangor kepada calon PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad. Palanivel memperoleh 22,979 undi berbanding Zainal Abidin, 23,177.
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow yang juga penyandang kerusi Parlimen Kuantan pula kalah dengan majoriti 1,826 undi kepada calon PKR, Fuziah Salleh. Fu mendapat 16,572 undi berbanding Fuziah, 18,398.
Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Seri Chia Kwang Chye, kalah dengan majoriti 16,122 undi di Parlimen Bukit Bendera kepada pencabarnya, Liew Chin Tong daripada DAP. Chia yang juga Setiausaha Agung Gerakan, mendapat 15,131 undi berbanding Liew, 31,243.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S Sothinathan kalah dengan majoriti 2.804 undi di Teluk Kemang kepada calon PKR, Kamarul Bahrin Abbas. Sothinathan yang juga Naib Presiden MIC, mendapat 20,544 undi berbanding Kamarul Bahrin, 23,348.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin, kalah dengan majoriti 3,413 di Bagan Serai kepada calon PKR, Mohsin Fadzli Samsuri. Zainal Abidin mendapat 18,943 undi manakala Mohsin Fadzli, 18,943.
Exco Pemuda Umno, Datuk Pirdaus Ismail sekali lagi gagal untuk merebut kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail apabila tewas dengan majoriti 13,388 undi.

GAJI MENTERI & TIMBALAN MENTERI MALAYSIA

|

Pihak kami telah menerima satu e-mel yang mendedahkan maklumat bagaimana banyaknya wang rakyat dibelanjakan oleh Menteri-menteri di Malaysia. Walau begitu banyak wang gaji mereka, mereka ini masih rakus dengan mengaut pelbagai projek.

Rakyat yang miskin, makin miskin dan ditindas dengan pelbagai kenaikan harga barang. Para menteri tidak menghiraukan nasib rakyat, mereka sekadar berlakon menunjukkan simpati tetapi mereka sebenarnya dalang kenaikan barang di Malaysia asalamualaikum dan Salam Sejahtera, tuan dan puan, Untuk makluman semua ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri. Kakitangan perkeranian tidak mengetahui, sebab slip pendapatan bulan masing-masing diberi dengan sampul surat tertutup.Maklumat ini adalah dari kawan-kawan di Jabatan Audit Negara,Perbendaharaan Malaysia, Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteriserta serta Bahagian Pentadbiran Kewangan Parlimen Malaysia.

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri

1. Gaji Pokok RM18,000 - sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - tidak sulit - pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.

5. Elaun parking RM 5,700.00 Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00 9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri

1. Gaji Pokok RM15,000 - sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM9,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM9,800.00 - tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri 4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit

5. Elaun parking RM 5,700.00 Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Lain-lain hal Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. Pendapatan diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti berikut:

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian spt kontrak dll
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber Oleh yang demikian saya merayu dan menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan sahabat saya yang sedang berkhidmat di Bahagian Kewangan di seluruh Kementerian di Malaysia agar membuat pendedahan masing-masing tentang perkara ini agar seluruh rakyat Malaysia mengetahuai dan dapat menjadi pengajaran kepada mereka semua.

Semoga pendedahan ini dapat menyedarkan semua rakyat di Malaysia terutama sekali yang terperangkap dengan sekilo gula dan sehelai batik.

Siapa tahu Slip Gaji Bulanan Perdana Menteri Malaysia !

Saya akan mendedahkannya sedikit masa lagi!!!

OFFICER INCHARGE
Bahagian Kewangan Jabatan Perdana Menteri
Putera Jaya Wilayah Persekutuan

(Kalau betul maklumat ini --- WOW sedihlah kita kakitangan awam yang makan tak cukup ni.)

KEBURUKAN WANITA BEKERJA

|

1. Terpaksa meninggalkan anak ke tempat asuhan
dlm waktu yang lama.Anak dididik oleh pengasuh.
Makan dan minum pun belum tentu khasiatnya.

2. Wanita berhias berlebih-lebihan hingga menggoda kaum
lelaki.Banyak berlaku,isteri bercinta dgn suami orang dan
sebaliknya.

3. Wanita tidak lagi memberi anak susu badan bila habis
tempoh berpantang menyebabkan anak mudah mendapat
sakit.Biasa sesetengah bayi tidak lagi mahu menyusu badan
bila sudah biasa menyusu botol setelah ibu mula berkerja.

4. Terlalu penat sehingga masa dengan anak tidak berkualiti.
Bayangkan sudah penat balik kerja,serabut dgn anak dan kerja
rumah pula.

5. Terlalu stres hingga menjejaskan kesihatan.Tidak sama
biologi lelaki dan wanita.

6.Segala urusan persekolahan anak terpaksa dilakukan pengasuh.
Anak tidak dapat dipantau sepenuhnya.

Inilah antara perkara yang saya dapati melalui pengalaman sendiri
dan juga pengalaman rakan-rakan sekerja.Sebenarnya banyak lagi
keburukan tetapi cukuplah beberapa contoh di sini.

Dipecat tetapi disemadi di Makam Di Raja

|

Saya percaya ketika menulis artikel ini jasad Almarhum Dato Ishak Baharom sedang disemadikan di Makam Di Raja Selangor di Shah Alam.
Sebaik "dipecat" dari jawatan Mufti Selangor pada tahun 1997 wajah Almarhum tidak lagi mendapat tempat di kaca TV atau media arus perdana. Satu-satunya ulamak besar yang dilahirkan oleh negeri Selangor ini terus dipinggirkan oleh kerajaan negerinya sendiri. Betapa sedihnya seorang bertaraf bekas Mufti tidak dibenarkan memberi kuliah atau berkhutbah di negerinya sendiri!

Namun Almarhum bukan calang-calang ulamak. Beliau tetap "consistent" dengan sikap dan pendiriannya dari semasa beliau menjawat jawatan Mufti selama 12 tahun sehinggalah beliau dipecat dari jawatan itu.
Antara faktor pemecatan beliau adalah kerana beberapa lanngkah berani yang telah diambilnya atas nama Mufti Selangor. Langkah berani itu dikatakan kontroversial oleh mereka yang cemburu pada Islam. Ketika Almrhum Muftilah fatwa mengharamkan rokok dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Selangor. Beliau terlibat secara langsung dalam mengambil tindakan terhadap pertandingan ratu cantik yang melibatkan wanita Islam serta operasi pembenterasan maksiat sehinggalah tindakan beliau itu tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Peristiwa yang berlaku di "Restoran The Ship" di Damansara Utama, dimana serbuan dibuat oleh pihak berkuasa agama ketika berlangsungnya majlis maksiat di sana, merupakan insiden yang telah mengakibatkan Almarhum dipecat.

Pihak tertinggi di Selangor ketika itu malangnya menyebelahi penganjur maksiat dan tergamak memecat seorang Mufti.
Hari ini jasad ulamak besar ini dimakamkan dikomplek Makam di Raja sekaligus memberikan penghormatan tertinggi kepada beliau sungguhpun masa hidupnya beliau dipinggir dan dimusuhi. Begitulah berakhirnya hayat seorang yang mulia. Yang pentingnya adalah di alam akhirat nanti yang sudah pasti menjanjikan tempat yang lebih indah dan selesa bagi mereka yang berkorban diri untuk agama Nya di dunia.
Dalam Utusan Malaysia hari ini dimuatkan pandangan seorang bekas Mufti dan seoang Mufti berkenaan Almarhum:

"Beliau adalah guru yang sangat alim dan tinggi akhlaknya. Malah Allahyarham yang saya kenali juga seorang yang berpendirian tegas serta tidak berkompromi terutamanya yang menyentuh soal amar makruf nahi mungkar" (bekas Mufti Wilayah, Datuk Hashim Yahya)

"Allahyarham ialah seorang ulama yang cukup gigih, berani, tegas dalam berdakwah sehingga disegani kawan dan digeruni lawan. Malah sepanjang beliau berkhidmat dahulu pun, beliau sanggup menegakkan kebenaran Islam tanpa memikirkan apa yang bakal dihadapi kesan daripada tindakannya itu." (Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria)

Petikan : kadetpencen

Testimoni Biodisc

BOIKOT YAHUDI

BOIKOT YAHUDI

E-Jariah Mudah dan hebat

contact me

My Social : http://matskai.ning.com

 

©2009  Financial Freedom | Template Blue by TNB