Suatu ketika, Muaz b. Jabal r.a mengadap RasulullahSAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakaladitiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" SurahAn-Naba':18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basahpakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amatbesar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkanberbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masingdengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-
Barisan Pertama
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan danberkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satuseruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakitihati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempatkembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kedua
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka ituadalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankansolat, maka inilah balasannya dan tempat kembalimereka adalah neraka..."
Barisan Ketiga
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuhdengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalahorang yang enggan membayar zakat, maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Keempat
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti airpancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalahorang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilahbalasannya dan tempat mereka adalah neraka..."
Barisan Kelima
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga baubusuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar."Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pularasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannyadan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Keenam
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadisaksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembalimereka adalah neraka..."
Barisan Ketujuh
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Merekaitu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di ataskebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembalimereka adalah neraka..."
Barisan Kelapan
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengankepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orangyang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempatkembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kesembilan
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap danbermata biru sementara dalam diri mereka penuh denganapi gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan hartaanak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalahneraka..."
Barisan Kesepuluh
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh merekapenuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kesebelas
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan butamata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada danlidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut merekadan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yangminum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kedua Belas
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yangbersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melaluititian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Merekaadalah orang yang beramal salih dan banyak berbuatbaik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, merekamemelihara solat lima waktu, ketika meninggal duniakeadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannyadan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapatkeampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang MahaPengasih..." Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jikaengkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah,tahulah engkau betapa peritnya berpisahdenganNya.....Wallahua'alam.
WASSALAM. SILA PANJANGKAN MAKLUMAT INI...
12 barisan di Akhirat
Labels: Agama | author: MatskaiSepintas Lalu Pilihanraya di Kelantan & Terengganu
Labels: Blog | author: MatskaiKelantan
Dalam pilihan raya 1990 , PAS menyapu bersih 39 kerusi DUN di Kelantan dan kerajaan beralih kepada PAS. Kesilapan BN ketika itu ialah masih meletakkan veteran Tan Seri Mohamad Yaakob sebagai Menteri Besar Kelantan.
Dalam pilihan raya 1995, B menang 7 daripada 39 kerusi DUN dan 2 kerusi parlimen. Tetapi dalam pilihan raya 1999 BN merosot kembali - cuma 2 kerusi DUN dan 1 kerusi parlimen.
Dalam pilihan raya 2004, N menang 21 daripada 45 kerusi DUN dan 9 daripada 14 parlimen di Kelantan. Dalam pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir BN menang mudah. Dengan itu PAS hanya ada majoriti 1 kerusi sahaja dan hampir membubarkan kerajaan negeri bagi mendapat mandat baru.[28]
Terengganu
Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin menyatakan keadaan Kelantan dan Terengganu seperti Jerman Barat dan Jerman Timur.
Tokoh Terengganu yang Islamik iaitu Datuk Seri Dr Yusuf Noor ditolak oleh pengundi Melayu di Terengganu pada tahun 1999. Veteran Dato Seri Wan Mokhtar Ahmad selaku Menteri Besar Terengganu yang Islamik juga ditolak kerana terlalu lama menerajui negeri Terengganu. Apabila Idris Jusoh mengetuai Barisan Nasional bersama Datuk Abdul Rahman Bakar , Terengganu kembali kepada genggaman BN. Abdul Hadi bin Awang yang menjadi Presiden PAS ditewaskan oleh Datuk Abdul Rahman Bakar di parlimen Marang.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh melancarkan Gelombang Biru di Terengganu. Syiar Islam berkembang melalui kelas tahfiz moden selain pembinaan masjid kristal di Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man.[29]
Petikan daripada: Wikipedia
Subjek: KUTBAH TERAKHIIR RASULULLAH..
Labels: Agama | author: MatskaiWahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya. nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu...ALLAHHUAKBAR.
KONGSI RAYA - HARAM
Labels: Agama | author: MatskaiKongsi Raya
Keharamannya Jelas
Kongsi raya menurut perspektif masyarakat Malaysia bermaksud menyambut perayaan tahunan agama dan kaum di Malaysia secara bersama-sama. Ianya diamalkan sejak beberapa tahun yang lalu. Di sebabkan sambutan perayaan agama dan kaum di Malaysia seringkali bertembung, maka, suatu keputusan telah diambil untuk menggabungkan sambutan perayaan yang seringkali bertembung itu. Ia kemudiannya telah diterimapakai di peringkat badan-badan berkanun dan agensi kerajaan.
Sejak ia mula diadakan, tidak ada pihak yang tampil ke hadapan untuk menjelaskan kedudukan sambutan kongsi raya menurut hukum syara’. Sehinggalah pada 22hb Oktober 2004, Jabatan Mufti Negeri Perak mengeluarkan fatwa bahawa hukum mencampuradukkan perayaan Islam dengan perayaan kafir adalah haram. (http://mufti.perak.gov.my/berita/berita041022-2.h).
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria baru-baru ini kembali mengulangi pendiriannya tentang isu tersebut di dalam akhbar The Star bertarikh 14 Jun 2006. Datuk Seri Harussani juga meluahkan kebimbangannya tentang ancaman Pluralisme yang ada hubungkait dengan sambutan kongsi raya tersebut.
Pandangan Daruk Seri Harussani itu telah mendapat reaksi daripada Presiden Pergerakan Keadilan Sejagat, JUST, Dr Chandra Muzaffar. Di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 19hb Jun 2006, Dr Chandra Muzaffar meminta Datuk Seri Mufti untuk menjelaskan konsep Pluralisme manakah yang dimaksudkan oleh Mufti Perak itu. Ini adalah kerana, Dr Chandra menerangkan bahawa terdapat beberapa maksud di dalam pembahasan Pluralisme.
Sebagai salah seorang ahli intelektual, Dr Chandra seharusnya sudah boleh memahami, konsep Pluralisme manakah yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Harussani itu. Adakah Dr Chandra keliru?. Timbul pula persoalan bagaimana seorang ahli intelektual seperti Dr Chandra boleh keliru memandangkan huraian isu tersebut telah dijelaskan di dalam akhbar berbahasa Inggeris yang terkenal di Malaysia iaitu The Star.
Kongsi Raya Menurut Perspektif Syara'
Perbuatan meraikan perayaan kaum-kaum kafir samada perayaan yang disambut oleh golongan Nasrani, Yahudi ataupun Musyrikin , adalah sangat jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. " (TMQ. at-Taubah[9]:33)
Di dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dialah yang mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkanNya terhadap semua agama.Dan cukuplah Allah sebagai saksi." (TMQ.al- Fath[48]:28).
Tafsiran kedua-dua ayat di atas dengan jelas menerangkan bahawa orang-orang kafir kesemuanya akan dimasukkan ke dalam neraka bersama penguasa mereka sebagaimana yang dikuatkan oleh Hadis Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya akan terbukalah bagimu ( kaum muslimin) bahawa bumi Allah dari timur sampai ke barat. Dan bahawa para penguasanya akan masuk neraka semuanya kecuali yang bertakwa dan melaksanakan amanat di antara mereka.” [HR Ahmad] - Tafsir Ibn Kathir.
Jadi, untuk apa kita menyambut perayaan kemenangan agama lain sedangkan mereka kesemuanya akan dihumban ke dalam neraka? Justeru, perbuatan untuk duduk bersama-sama di dalam majlis sambutan perayaan orang-orang kafir seolah-olah kita membenarkan kemenangan agama mereka. Padahal, Islam diutus untuk dimenang dan ditinggikan atas semua agama yang ada.
Kerapkali juga kita dapat lihat menerusi kaca-kaca TV, bagaimana sebahagian kaum muslimin yang berpakaian menyerupai kaum-kaum lain ketika menghadiri sambutan kongsi raya. Justeru itu, perbuatan tersebut termasuk di dalam apa yang dikatakan sebagai "tasyabbuh bil kuffar", yang bermaksud menyerupakan orang kafir. Suatu perbuatan yang mana sangat jelas bertentangan dengan aqidah Islam yang kita anuti. Islam melarang umatnya daripada meniru dan menyerupai perbuatan-perbuatan orang kafir. Larangan telah dinyatakan dengan tegas oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dengan sabdanya :
"Barangsiapa di kalangan kaum muslimin yang menyerupai atau meniru perbuatan-perbuatan orang kafir,maka dia dikalangan mereka( orang-orang kafir)." (HR. Abu Daud,Al-Baihaqi,Ibnu Majah,Ahmad dan Ad-Daruquthni)
Terdapat suatu kisah yang melibatkan Abdullah Bin Salam. Beliau dan beberapa sahabat mereka yang lain pernah suatu ketika meminta kepada Rasulullah SAW agar mengizinkan mereka meraikan atau mengagungkan Hari Kebesaran orang-orang Yahudi iaitu Hari Sabtu, di samping membenci daging dan susu unta. Setelah Rasulullah SAW mendengar permintaan tersebut, maka Rasulullah saw terus menegur dan memberi peringatan kepada mereka.
Daripada huraian di atas, menyambut perayaan kaum atau agama lain itu termasuk di dalam perbuatan yang dicela oleh Islam. Ini adalah kerana ia boleh merosakkan aqidah seseorang muslim. Apapun, kongsi raya juga merupakan salah satu perbuatan yang dianggap sebagai redha terhadap agama dan kepercayaan mereka,di samping secara tidak sedar mereka telah mengiktiraf dan mengakui wujudnya agama selain daripada Islam. Inilah yang dikatakan bahaya ancaman idea Pluralisme yang menganggap bahawa semua agama adalah sama. Tidak ada bezanya antara Islam dan juga agama-agama yang lain. Bertunjang daripada idea Pluralisme inilah, maka berbagai kelompok-kelompok Islam yang telah diracuni oleh pemikiran kufur dan telah membolehkan sambutan kongsi raya di adakah di Malaysia ini dengan alasan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia. Inilah akibatnya,jika umat Islam tidak dipandu oleh aqidah Islam yang benar. Mereka juga tidak menjadikan halal-haram sebagai kayu ukur di dalam melakukan sesuatu perbuatan (miqyasul 'amal).Mereka lebih cenderung untuk bersandarkan kepada manfaat, untung-rugi ataupun maslahat tanpa merujuk kepada ketetapan syara'. Salah satu kaedah syara yang mashyur bermaksud : " Asal tiap-tiap perbuatan terikat dengan hukum-hukum syara'."(Al-Ashlu Fi Al-Af'al At-Taqayyudu Bi Ahkam Asy-Syar'ie). Jadi, semua perbuatan kita adalah terikat dengan hukum syara'. Maka, pada dasarnya adalah wajib bagi setiap muslimin untuk mengetahui setiap hukum syara' yang berkaitan dengan amal kehidupannya sehari-hari. Setiap perbuatan yang tidak didasarkan kepada aturan Allah SWT dikhuatiri akan menyebabkan kita terjerumus ke dalam kebinasaan dan kerosakkan.
Justeru, sekiranya telah jelas sesuatu keharaman itu , ia tidak perlulah dilakukan sebarang kajian lagi. Jadi, mengapakan masih ada gesaan daripada pihak dan pertubuhan tertentu agar dilakukan kajian semula tentang konsep sambutan kongsi raya tersebut. Adakah untuk diubah agar bersesuaian dengan Islam? Sesungguhnya, jika terdapat sebarang usaha untuk mengolah semula konsep sambutan tersebut, ia juga dianggap telah terkeluar daripada ajaran Islam. Sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Yang halal itu jelas dan yang haram itu pun jelas,dan diantara kedua-kedua itu ada perkara-perkara yang syubhat( samar),maka barangsiapa yang telah mejauhi perkara syubhat tersebut bererti dia telah menjaga agamanya." (HR. Al-Bukhari).
Begitu juga sabdanya lagi yang bermaksud :
"Yang halal itu ialah apa-apa yang telah dihalalkan oleh Allah swt di dalam kitabnya,dan yang haram itu ialah apa-apa yang telah diharamkan oleh Allah SWT di dalam kitabnya. "
Kedua-kedua hadis tersebut telah menjelaskan kepada kita bahawa yang halal dan haram itu adalah jelas. Maka janganlah kita mencampur-adukkan yang hak dan batil semata-mata kerana tujuan kemaslahatan. Hakikatnya, kemaslahatan itu bukannya ditentukan oleh manusia, sebaliknya ia ditentukan oleh Allah SWT sebagai Pencipta kita. Ingatlah, ketika mana adanya penerapan hukum syari'at, pasti akan ada kemaslahatan. Ini bertepatan dengan kaedah syara' yang bermaksud :
"Di mana ada penerapan dan perlaksanaan hukum Islam,maka pasti akan ada kemaslahatan. "(Haisuma Yakunu Asy-Syar'u Takunu A-Mashlahah).
Sekiranya,tidak ada penerapan dan perlaksanaan hukum Islam, maka sudah tentu kemaslahatan itu tidak akan wujud.
Sumber : mykhilafah.com
Testimoni Biodisc
BOIKOT YAHUDI