Pelayar web [ Internet Browser ] ialah satu perisian dimana ia membolehkan atau memudahkan anda untuk mencapai, mengakses , memaparkan kandungan Internet seperti isi2 kandungan dalam Blog & Ilmu Internet ni. Kiranya anda nak belayar ke luar negara mesti ada kenderaan untuk sampai ke destinasi yg dituju.. Pelayar web ni ibarat kenderaan tulah…
Kegunaan lain bagi Pelayar Web nijuga membolehkan anda memindahkan terima [ download ] kandungan2 internet yang bercirikan seperti animasi, bunyi, video dan gambar dari satu laman web. Terdapat banyak jenis - jenis Pelayar Web pada masa kini seperti Opera, Internat Explorer, Mozilla Firefox, Netscape Navigator, Ace Explorer, NetCaptor, MyIE2 Online yang mempunyai kelebihan & kelajuan tersendiri.
Tips Meningkatkan Pelayar Laman Web
Labels: Info ICT | author: MatskaiMEPS IBG Confirmation
Labels: Internet Banking | author: MatskaiMEPS IBG Confirmation as at 27/06/2008 08:41 PM Thank You Your transaction has been executed on 27/06/2008 Your transaction confirmation number is 235479 MEPS IBG Sequence Number 14804533426727 Payment Details Source Account Savings Account 13044020072534 MYR Transfer Amount 457.00 MYR Beneficiary Bank EON BANK BERHAD Beneficiary Account No 0581450058659 Beneficiary Name MUHAMMAD BIN ABDULLAH Recipient's E-mail Address skaibesut@gmail.com Payment Details bayaran bulan jun Charge Amount 0.50 MYR Copyright © 2007 Bank Islam Malaysia Berhad Inserted from <https://www.bankislam.biz/FLEXCUBEAT/PrintFiles/ENG/prtRTIBM01.htm>
KOLEKSI SOALAN SAINS UPSR 2008
Labels: Pendidikan | author: MatskaiDi sini saya ingin berkongsi fail dengan para guru sekalian, soalan terdiri daripada 2 bahasa iaitu Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris. Saya telah zipkan dengan Winrar. Kalau tuan mahu download komputer tuan/ puan hendaklah menpunyai perisian Winrar untuk unzip fail tersebut.
Koleksi 1 ( sains Bahagian A - 9 Set soalan terbaik)
Koleksi 2 (Sains Bahagian B - 15 set soalan terbaik)
Klik koleksi di atas untuk direct download daripada server peribadi saya.
(Jika diminta Username @ Password- sila emelkan kepada saya matskai2008@gmail.com)
KURSUS DALAM PERKHIDMATAN BERLOKASI SEKOLAH
Labels: Pendidikan | author: MatskaiKementerian Pelajaran, JPN tidak lagi tentukan kursus untuk diikuti pendidik SEBANYAK 40 peratus daripada peruntukan program latihan guru dalam perkhidmatan, diagihkan terus kepada sekolah seluruh negara mulai tahun ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom. Berikutan penetapan terbaru itu, beliau berkata, pihak sekolah boleh membuat perancangan dan keputusan sendiri untuk menentukan pelaksanaan program latihan berdasarkan keperluan guru masing-masing.
Berbanding program latihan sebelum ini dijalankan secara berpusat dengan peruntukan diletakkan di Kementerian Pelajaran dan jabatan pelajaran negeri (JPN), katanya, pihak sekolah kini berpeluang menggunakan kreativiti serta inovasi dalam usaha mempertingkat guru mereka. “Ini bermakna tidak perlu lagi kita menentukan kursus untuk guru, misalnya menetapkan sesebuah sekolah itu mesti menyertai program latihan teknologi maklumat dan komunikasi sedangkan ia mungkin tidak penting baginya kerana tenaga pengajar di sana sudah ada kemahiran itu. “Sebaliknya, guru di sekolah berkenaan mungkin lebih memerlukan pendedahan kemahiran berkomunikasi. Dalam konteks ini, pihak sekolah lebih maklum keperluan masing-masing. Justeru, biarlah mereka yang membuat pilihan program latihan sendiri.
“Tambahan pula, langkah memperkasakan sekolah ini dapat mengelakkan guru daripada keluar menghadiri program latihan di luar, sekali gus tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. “Malah, semua guru akan berpeluang mengikuti program latihan dalaman ini berbanding jika diadakan secara berpusat, hanya beberapa orang dipilih mewakili setiap sekolah yang menyertai kursus itu. “Ini memenuhi ketetapan dasar pendidikan bahawa setiap guru perlu mendapat latihan tujuh hari setahun,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) 2008 bertema ‘Kepimpinan Berkualiti Menjana Modal Insan Cemerlang’ di Kuala Lumpur, kelmarin. Program peringkat kebangsaan selama empat hari itu yang disertai 132 PPD, antara lain bertujuan menghasilkan modul pengurusan pendidikan berkesan untuk pembangunan modal insan yang dapat memenuhi aspirasi negara.
Selaras pelaksanaan itu, Alimuddin berkata, 40 peratus daripada baki jumlah peruntukan terbabit akan dikendalikan Bahagian Pendidikan Guru (BPG), manakala 20 peratus lagi diletakkan di bawah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Dalam pada itu, beliau berkata, jumlah peruntukan yang diagihkan terus kepada setiap sekolah tertakluk kepada bilangan guru masing-masing, termasuk di sekolah kurang murid. Mengenai langkah kementerian memastikan pihak sekolah benar-benar memanfaatkan peruntukan diterima itu untuk menjalankan program latihan dalaman bagi guru masing-masing pula, Alimuddin berkata: “Pihak sekolah perlu menghantar laporan pada akhir tahun mengenai jumlah wang digunakan dan kursus yang sudah dilaksanakan. Saya nampak langkah ini lebih berkesan berdasarkan konsep ‘let the manager manage’.” Seterusnya, Alimuddin turut menekankan perlunya pengurangan kerenah birokrasi terlalu ketat yang boleh mengekang kreativiti pengetua dan guru besar merealisasikan hala tuju kemajuan sekolah masing-masing. “Asalkan tidak melanggar peraturan dan ketetapan dasar, biarlah pemikiran datang daripada pihak sekolah sendiri. Ini akan membantu membawa perubahan dari segi kreativiti dan inovasi dalam pendidikan negara,” katanya.
SMS MAUT - KARUT
Labels: Isu Semasa | author: MatskaiPanggilan santau karutOleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Amir Abdul Hamid,Salman Hamat, Norfaisal Jahuri dan Sulaiman Salleh ~ mailto:am@hmetro.com.
KUALA LUMPUR: Menggemparkan! Ramai pengguna telefon bimbit mula panik berikutan penyebaran SMS yang meminta orang ramai berhati-hati dengan panggilan santau atau ‘tarik nyawa’ yang kononnya boleh membunuh mereka sejurus menjawab panggilan itu. Lebih menakutkan apabila kandungan SMS itu mendakwa panggilan maut itu sudah meragut sembilan nyawa di Indonesia sejak bulan lalu dan kini mula menular kepada jutaan pengguna telefon di negara ini bagi menagih korban terbaru.Kemunculan SMS peringatan berhubung panggilan maut yang kini amat digeruni penduduk Indonesia dikesan mula diterima pemilik telefon bimbit di negara ini sejak minggu lalu dengan amaran supaya tidak menjawab panggilan telefon daripada nombor melebihi lapan angka itu.Malah, panggilan terbabit yang turut digelar di Indonesia sebagai panggilan santet, deringan syaitan atau telefon maut, didakwa angkara pengamal ilmu hitam yang kononnya mahu menguji tahap keberkesanan ilmu hitam dipelajari.Berdasarkan laporan media utama Indonesia, penerima panggilan itu bakal menjadi mangsa ‘kes pembunuhan jarak jauh’ didalangi dukun ilmu hitam yang menghantar syaitan atau jin melalui panggilan telefon untuk membunuh mangsa.Bagaimanapun, dakwaan terbabit dianggap tidak berasas kerana tiada yang dilaporkan mati setakat ini berkaitan penerimaan panggilan maut yang kini merebak ke Malaysia, dipercayai dibawa rakyat negara berkenaan.Siasatan dilakukan pihak berkuasa Indonesia mendapati nombor pengirim SMS itu berasal dari Sumatera Selatan dan Kepulauan Riau, Indonesia.Susulan maklumat dikumpulkan, seorang remaja perempuan yang disyaki mencipta dan menghantar SMS terbabit sudah ditahan minggu lalu oleh polis Indonesia di Riau.Selepas disoal siasat, remaja terbabit mengaku menyebarkan SMS itu hanya untuk gurauan kepada rakannya.Perkara itu didedahkan Ketua Bahagian Umum Direktorat Jenderal Pos dan Telekomunikasi Indonesia, S Dewabrata kepada media, Selasa lalu, yang mendakwa SMS terbabit dipercayai ada kaitan dengan usaha pihak tertentu bagi mengaut keuntungan selain meningkatkan jumlah pelanggan talian prabayar.Bagaimanapun, kegemparan mengenai kes itu berterusan apabila laman web berita Kompas.Com semalam melaporkan, seorang pegawai bank ABN di Jalan Petamburan, Jakarta, menjadi individu terbaru menerima panggilan berkenaan selepas M Fani Bratawijaya, 25, sebelah tengah hari.Pejabat Harian Metro di sini, Melaka dan Seremban turut dihujani panggilan telefon bertanyakan mengenai SMS terbabit.Mesej sepanjang 73 perkataan itu menyatakan kumpulan terbabit akan menghubungi sesiapa menerusi talian antarabangsa secara rambang dan sebaik saja mangsa menjawab panggilan itu mereka kononnya akan mati terkena sihir.Pengguna telefon bimbit talian prabayar, Ismail Che Nordin, 42, turut melahirkan kegelisahan selepas menerima SMS terbabit sebaik tiba di pejabatnya di Taman Segar, Cheras, pagi semalam.Menurutnya, kemunculan SMS itu boleh mencetuskan ketakutan kepada orang ramai yang menyangka panggilan santau benar-benar wujud dan boleh mendatangkan malapetaka kepada pemilik telefon bimbit. “Lebih menakutkan apabila SMS terbabit mendakwa dua mangsa di Puchong sudah mati dan meminta disebarkan kepada umum,” katanya yang bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat di Selayang di sini. Di SEREMBAN, seorang pekerja swasta yang hanya mahu dikenali Sufiah berkata, dia mengetahui mengenai penyebaran SMS itu daripada beberapa rakan sekerjanya sejak beberapa hari lalu.Katanya, dia menerima SMS itu petang semalam yang mengingatkannya supaya mengambil langkah pencegahan awal apabila menerima panggilan daripada kumpulan yang dikatakan sedang menguji ilmu hitam.“Kami mengharapkan pihak yang berkenaan menyiasat penyebaran SMS terbabit kerana boleh menjejaskan akidah kalau ada orang yang percaya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.Dia juga berharap supaya mereka yang menerima SMS itu tidak menghantarnya kepada orang lain kerana sukar diterima akal.“Bagaimana orang yang menulis SMS itu boleh mengetahui berapa ramai yang sudah meninggal dunia sedangkan kes seperti itu tidak pernah dilaporkan media, malah ajal manusia ditentukan Tuhan bukan kerana menjawab panggilan telefon,” katanya
Testimoni Biodisc
BOIKOT YAHUDI