ANDA BOLEH IKLAN APAN SAHAJA BIZ, JAWATAN KOSONG, DAN APA SAJA KAT SINI

Terkilan tak dapat penghargaan!

|

Setiap insan pasti ada dalam dirinya keinginan untuk mendapat perhatian dan pujian bagi setiap kejayaan. Dan setiap insan juga pasti mempelajari bahawa dalam kehidupan, ini tidak selalunya berlaku. Untuk setiap ikon, guru mithali, ibu bapa mithali, tokoh yang diwarwarkan di dalam media massa, terdapat ratusan malah ribuan lagi orang yang biasa yang sebenarnya tidak kurang sumbangan dan jasa mereka, malah ada kalanya melebihi daripada mereka yang mendapat perhatian media massa.
Masa dan pengalaman mengajar kita bahawa lagi cepat kita ‘mendewasakan’ pemikiran kita terhadap pujian serta membebaskan jiwa kita daripada sentiasa mengharapkan penghargaan orang, lebih matang tindakan dan perasaan kita apabila menghadapi pengalaman-pengalaman yang kita lalui pada masa mendatang. Lebih penting lagi, Islam seringkali mengingatkan kita bahawa mengharapkan pujian daripada makhluk samalah seperti mengisi batu ke dalam karung yang menjadi semakin berat tetapi tidak ada manfaatnya sama sekali. Cukuplah sekadar kita merenungi Hadis yang sangat masyhur “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat…”
Persoalan yang kita wajar sama-sama renungi pada hari ini ialah adakah diri kita berasa terkilan kerana tidak menerima penghargaan atau perhatian atas kepimpinan kita? Jika ini meruntun jiwa kita mungkin kita perlu menilai dan bermuhasabah semula mengapa kita dilantik menjadi ketua sebenarnya. Ketua yang sebenar adalah ketua yang berjuang untuk kemaslahatan anak buah, ahli masyarakat, rakan sepejabat dan sebagainya, bukan untuk mendapat perhatian dan pujian.
Cuba kita perhatikan analogi berikut: seorang pemimpin orkestra mestilah membelakangi orang yang menonton. Kalau beliau sentiasa berpaling dan menunggu tepukan gemuruh daripada penonton, sudah tentu seluruh pancaragam akan menjadi sumbang! Maka tidak dapat tidak, sama ada tepukan itu datang ataupun dewan terus menyepi, fokus pemimpin orkestra itu tetap pada anak buah dihadapannya.
Sudah tentu, ada kalanya kita memang mendapat penghargaan dan ini memang memberi kepuasan kepada sanubari kita, tetapi janganlah kita lupa bahawa tugas kita tetap tidak berubah iaitu memimpin mereka di hadapan kita.
Dan ingatlah, jika kita memimpin dengan baik, jasa kita akan tetapi dikenang oleh orang yang kita pimpin, sedangkan orang yang hanya melihat daripada belakang tadi sudah lama melupakan kita.
Wallahu a’lam.

0 Komen:

Catat Ulasan

Testimoni Biodisc

BOIKOT YAHUDI

BOIKOT YAHUDI

E-Jariah Mudah dan hebat

contact me

My Social : http://matskai.ning.com

 

©2009  Financial Freedom | Template Blue by TNB