JADILAH GURU SEBENAR : KE SEKOLAH TIDAK JEMU
Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau negatif; hitam atau putih; buruk atau baik; cemerlang atau kecundang; begitu juga sikap dan perlakuan kita sebagai guru-guru yang bukan sahaja profesional sifatnya malah menunjukkan ciri-ciri profesionaliti yang tinggi sepanjang masa.
Antara ciri-ciri membezakan antara guru yang profesional dengan guru yang tidak; rujuk senarai semak berikut, dan marilah kita menukar sikap, persepsi dan posisi kita agar menjadi lebih perkasa dan berwibawa dalam melaksanakan tugas mulia sebagai seorang guru.
| Guru yang Profesional | Guru yang tidak Profesional |
| Mula kerja awal pagi | Mula kerja setelah loceng berbunyi |
| Sedia bergerak awal hari | Sudah pun letih di awal pagi |
| Mengurus dengan merancang | Mengurus dengan krisis |
| | |
| Berpakaian secara 'profesional' | Berpakaian selekeh |
| Guna waktu luang sebagai waktu | Guna waktu luang mengumpat dan mengeji 'kerja' |
| Suka ikuti latihan kerana berikan perkem bangan profesional | Komen tentang latihan dan pelik mengapa ianya perlu |
| Dalam mesyuarat mereka duduk di mana mereka boleh belajar | Dalam mesyuarat mereka duduk di tepi pintu |
| Cari perkara-perkara untuk dipuji | Cari perkara-perkara untuk dikomplen |
| Berusaha cari punca sesuatu tidak berjalan | Salahkan orang lain bila sesuatu tidak berjalan |
| Sedia buat keputusan dan selesai masalah | Bertanya "Apa patut saya buat?" |
| Lihat pentadbir sebagai rakan kongsi dalam pendidikan | Lihat pentadbir sebagai tempat melepaskan geram |
| Melanggan dan membaca jurnal profesional | Fikir jurnal profesional sebagai membazir |
| Mendapat penghormatan setiap hari | Merungut kerana tidak dapat penghormatan |
| Buat yang terbaik | Buat apa orang lain buat |
| Kembangsuburkan kerjaya mereka | Bimbang tentang kerja mereka |








Financial Freedom
0 Komen:
Catat Ulasan