ANDA BOLEH IKLAN APAN SAHAJA BIZ, JAWATAN KOSONG, DAN APA SAJA KAT SINI

Apa Sebab Kelantan Jadi Juara Gejala Sosial??

|

Amat tidak masuk akal Negeri Serambi Mekah, Kelantan dengan Kota Bharu dimasyhurkan sebagai Bandar Raya Islam pada 20 Februari lalu menjadi juara gejala sosial di Malaysia? Apa punca menyebabkan negeri yang dikuasai parti Islam menjadi begitu?

Selama ini Pas mendakwa kerana dekat dengan sempadan Thailanad menyebabkan Kelantan ada gejala sosial itu. Dakwaan mereka tidak boleh diterima kerana Kedah dan Perlis juga berada di sempadan Thailand, tetapi kedua-dua negeri itu tidak seburuk negeri yang diperintah parti Islam.

Yang ganjil Terengganu ketika berada di bawah Pas dulu ada kecenderungan untuk menjadi macam Kelantan juga.

Kenapa?

Saya tidak akan memberi jawapan, tetapi mahu semua berfikir mencari jawapan sendiri dan itu pun setelah membaca laporan Bernama di bawah.

KOTA BAHARU, 14 April (Bernama) -- Di Kelantan, tidak seperti di kebanyakan negeri lain, gejala penyalahgunaan dadah terus meningkat dan kini mencapai tahap kritikal, sekaligus mencetuskan penularan meluas virus HIV, penyebab AIDS - sindrom kurang daya tahan penyakit.

Menurut Perangkaan Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) Kelantan, kes jangkitan virus HIV menerusi suntikan jarum dadah, meningkat dari 684 pada 2003 kepada 921 orang sepanjang tahun lalu.

Ini antara lain meliputi 387 orang yang berumur antara 30 dan 39 tahun, 352 orang antara 20 dan 29 tahun, dan 113 orang antara 40 dan 49 tahun. Sepanjang Januari tahun ini pula sebanyak 84 kes HIV dilaporkan dengan 32 daripadanya membabitkan mereka yang berumur antara 20 dan 29 tahun.

Pengarah ADK Kelantan Yusoff Che Mamat dalam temubual dengan Bernama, berkata daripada bilangan penagih yang dijangkiti HIV sepanjang tahun lepas, 669 kes didapati berpunca daripada penggunaan jarum suntikan, berbanding 514 kes menggunakan kaedah yang sama pada tahun sebelumnya.
Selain semua daerah atau jajahan dikategorikan sebagai kawasan hitam,
penyalahgunaan dadah di Kelantan juga kini turut membabitkan kanak-kanak dalam usia semuda 13 tahun. Ketika di negeri-negeri lain, gejala dadah berlaku sekitar bandar atau di kawasan rancangan pembangunan tanah, di Kelantan ia merebak hingga ke setiap ceruk kawasan perbandaran, perkampungan nelayan dan kampung-kampung jauh di pedalaman seperti tanah-tanah rancangan Felda.

Statistik ADK negeri menunjukkan penularan gejala itu di Kelantan kini begitu serius hingga hampir setiap hari penagih baru dikesan. Penagih yang dikesan di negeri ini sejak 1988 hingga tahun lepas kini berjumlah 24,248. Sebanyak 113 penagih baru dikesan dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Yusoff berkata berdasarkan perkembangan semasa, semua daerah di Kelantan kini dikategorikan sebagai kawasan hitam, membabitkan semua golongan dan peringkat umur termasuk belia, nelayan, peneroka dan kakitangan kerajaan.

Menurutnya walaupun pada hakikatnya daerah yang bersempadan dengan Thailand (seperti Pasir Mas dan Tanah Merah) antara daerah paling teruk dilanda gejala itu, daerah lain seperti kawasan nelayan di Bachok dan Tumpat turut tidak terlepas daripada cengkaman dadah.

"Boleh dikatakan semua daerah dan semua peringkat penduduk di Kelantan dihantui gejala itu sehinggakan dalam ujian saringan di 77 sekolah menengah membabitkan 2,465 pelajar, 71 daripada mereka didapati positif," katanya.

Menurut Yusoff pembabitan remaja khususnya dalam usia persekolahan, kini mencetus kembimbangan besar. Daripada 3,516 penagih yang dikesan sepanjang tahun lepas, 9 orang berumur antara 13 dan 15 tahun, 35 orang antara 16 dan 17 tahun dan 108 orang antara 18 dan 19 tahun, 1,037 orang antara 25 dan 29 tahun, 694 orang antara 20 dan 24 tahun. Tidak terkecuali ialah dua orang yang berumur 60 tahun ke atas dan enam orang berumur antara 55 dan 60 tahun. Beliau berkata antara faktor yang mendorong merebaknya gejala dadah ialah pengangguran, latar belakang keluarga, pengaruh rakan sebaya dan jati diri yang lemah.

Yusoff mengakui kedudukan Kelantan yang mempunyai 142 laluan keluar masuk haram di sempadan bersama sepanjang 105km dengan Thailand menyukarkan usaha pihak berkuasa membendung gejala itu. Katanya faktor sosio-ekonomi masyarakat di sempadan yang berkait rapat dengan kegiatan penyeludupan sebagai sumber ekonomi turun temurun mereka turut menyumbang kepada gejala itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Narkotik Kelantan DSP Nor Azman Muhammad Yusuf berkata jumlah tangkapan yang berkaitan dengan pelbagai kesalahan dadah sepanjang tahun lepas meningkat kepada 6,577 orang berbanding 6,411 pada tahun sebelumnya.

Katanya jumlah juvana (berumur 18 tahun ke bawah) yang terbabit juga meningkat kepada 484 orang tahun lalu berbanding 456 orang pada tahun sebelumnya. Nor Azman berkata peningkatan penggunaan dadah perangsang seperti syabu dan ecstacy sejak akhir-akhir ini menambah lagi kebimbangan kepada pihak berkuasa kerana ia mempamerkan satu trend baru di mana dadah turut menular ke dalam masyarakat golongan menengah dan atasan. Tahun lepas pil syabu seberat 54.8gm dirampas, berbanding hanya 9.4 gm pada tahun sebelumnya. Dalam menghadapi kedurjanaan gejala dadah itu Yusoff menyarankan penglibatan semua lapisan penduduk di negeri ini termasuk ahli politik dan badan-badan bukan kerajaan.

Katanya satu program bersepadu perlu dirangka untuk menarik minat belia memenuhi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti membina bagi mengelakkan mereka terjebak ke dalam perangkap dadah.

"Masanya sudah sampai bagi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Rukun Tetangga dan Rela turut terbabit dalam program membasmi gejala itu.

"Susah nak kawal remaja yang tidak berpersatuan dan cara paling mudah ialah dengan menarik penyertaan mereka dalam JKKK, RT dan Rela dan paling penting kefahaman agama perlu ditanam di jiwa remaja," katanya.

-- BERNAMA


~Oleh Itu SeBagaI RakyaT MalaYsia...MenJadi TanggunGjaWab KiTa unTuk MemiMpin ReMaja Ke Arah GeNerasI denGaN MinDa KeLas PerTama~

.::Yang BaiK DaTang daRi ALLAH..Yang KuRanG BaiK DarI KeleMahaN SaYa SenDiri.



0 Komen:

Catat Ulasan

Testimoni Biodisc

BOIKOT YAHUDI

BOIKOT YAHUDI

E-Jariah Mudah dan hebat

contact me

My Social : http://matskai.ning.com

 

©2009  Financial Freedom | Template Blue by TNB