ANDA BOLEH IKLAN APAN SAHAJA BIZ, JAWATAN KOSONG, DAN APA SAJA KAT SINI

Hati-hati dengan perbankan online

|

- +

Adjust font size:

Hati-hati dengan perbankan online

Roime Puniran Oct 20, 06 5:38pm

Sekarang in sering berlaku penipuan dalam perkhidmatan Internet. Mereka yang melakukan penipuan ini mengaku diri mereka pandai, tetapi sebenarnya mereka tidak sepakar mana.


Bagaimana mereka berkerja? Mereka hanya mampu mereka bentuk paparan pengguna yang ditiru bulat-bulat dari perkhidmatan perbankan Internet online dan membuat 'engine' mudah dibelakang paparan tersebut. Enjin mudah ini akan menyimpan rekod 'username' dan 'password' dan maklumat lain seperti nombor telefon, alamat, dan sebagainya.


Setiap maklumat yang ditaip pengguna akan disimpan dalam pengkalan 'software' atau hanya disimpan dalam 'template' teks biasa berbentuk '.txt, .xml' atau sebagainya (boleh dibuka pula menggunakan 'Notepad, Wordpad' untuk Windows). Jadi jangan teruja sangat dengan kepintaran dan kejahatan mereka. Sebab itu pihak polis dapat memberkas mereka kerana mereka tidak mampu mencipta akaun bank berbentuk 'anonymous/fake' didalam sistem perbankan yang sebenar.


Bagaimana polis berjaya memberkas mereka? Ingat, mereka hanya mampu membina aplikasi melibatkan interaksi pengguna dan sistem mereka sahaja. Interaksi sistem mereka masih belum berjaya menembusi sistem perbankan yang sebenar. Mungkin ada para penggodam yang berjaya memasuki sistem perbankan online, tetapi di Malaysia, masih tiada kes kehilangan wang besar-besaran yang melibatkan komuniti penggodam.


Jika ada pun, mesti melibatkan orang dalam. Ingat, penggodam yang beretika tidak akan menganiaya orang lain. Dan lagi satu, penggodam yang bijak tidak akan kantoi!


Apabila pengguna telah memasukkan 'username' dan 'password' dan segala maklumat melalui laman web palsu ciptaan mereka ini, penjahat akan buka 'online banking' yang sebenar. Mereka akan masukkan 'username' dan 'password' yang mereka telah curi dari pengguna tadi. Kemudian, mereka pindahkan wang pengguna tadi ke dalam akaun mereka yang sebenar.


Tetapi mereka melakukan tindakan bodoh apabila membuka akaun bank sendiri menggunakan maklumat asal mereka di kaunter-kaunter bank. Pihak polis hanya perlu pergi ke bank-bank dan memeriksa akaun pengguna yang tertipu dan melihat transaksi terakhir, ke mana duit berkenaan pergi. Tentu sekali duit tersebut masuk ke dalam akaun penjahat-penjahat ini. Penjahat ini menggunakan maklumat sebenar mereka semasa mendaftar akaun, atau setidak-tidaknya cap jari mereka melekat pada buku akaun.


Memang benar, sesetengah sistem perbankan ada mempunyai aplikasi 'authorisation' dan 'authentication' yang boleh menghalang penceroboh seperti sistem TAC. Namun perlu diingat, TAC ini bole dimanipulasi jika ada 'orang dalam' yang terlibat dalam sindiket-sendikit tersebut.


Jadi bagaimana untuk mengelak akaun anda diceroboh? Bagi pengguna yang kurang arif tentang selok belok bahasa pengaturcaraan, sistem/rangkain komputer atau tidak tahu langsung tentang sistem perbankan 'online', elakkan dari menggunakan komputer semasa membuat pemindahan wang tunai.


Anda juga perlu berhati-hati apabila menggunakan maklumat pada 'link' yang diberi di e-mail anda. Jika disuruh anda masuk ke dalam 'link' (contohnya, seperti www.johandt.tk/www.mybank2u.com/index.html) maka anda perlu hati-hati.


Penjahat tahu pengguna yang kurang bijak mudah tertipu dengan perkataan www.mybank2u.com. Jadi mereka meletakkan perkataan itu di dalam 'link'. Sebenarnya, perkataan itu cuma salah satu dari 'name directory' sahaja. Seperti anda biasa lakukan apabila membuat 'folder' baru di 'window' anda.


Yang paling penting, lihat pada pangkalnya. Jika pangkalnya (www.johandt.tk atau apa sahaja) nampak meragukan, sila abaikan atau lapor pada bank anda. Kadangkala, mereka juga boleh alih laluan 'surfing' Internet anda dengan mengaburi mata anda.


Kononnya mereka suruh anda klik pada www.mybank2u.com, tetapi apabila anda klik, ada tidak akan masuk ke www.mybank2u.com, tetapi anda akan masuk ke laman web persendirian yang palsu.


Jika anda tidak faham atau merasakan perbankan 'online' menyusahkan, lebih baiklah kurangkan dari menggunakan aplikasi online. Atau hubungi bank anda jika anda mendapat apa-apa maklumat dari pihak yang anda tidak ketahui.



Inserted from <http://www.malaysiakini.com/letters/58528>



0 Komen:

Catat Ulasan

Testimoni Biodisc

BOIKOT YAHUDI

BOIKOT YAHUDI

E-Jariah Mudah dan hebat

contact me

My Social : http://matskai.ning.com

 

©2009  Financial Freedom | Template Blue by TNB