Jenayah siber 1.0 Pengenalan Jenayah Siber Jenayah siber sukar dibuktikan. Malah di Amerika Syarikat sendiri yang mempunyai teknologi canggih, agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang persekutuan US merujuk banyak kes-kes jenayah siber akan tetapi majoritinya ditolak oleh peguam kerajaan. Contohnya setiap tahun antara 1992 dan 1998, Jabatan Keadilan US menolak untuk mendakwa antara 68 peratus dan 78 peratus kes jenayah siber yang dirujuk kepada mereka. 40 peratus ditolak kerana tiada bukti niat jenayah, kelemahan atau kekurangan keterangan yang boleh diterima. AKTA JENAYAH KOMPUTER 1997 (AJK 97) Diluluskan di Parlimen pada Mac 1997 Dikuatkuasa pada 1 Jun 2000 Tujuan: - Bagi mengawal perlakuan jenayah yang dilakukan menggunakan komputer secara terus atau melalui talian. Mengikut akta ini "komputer" meliputi suatu peranti elektronik, magnet, optik, elektrokimia atau peranti pemprosesan data yang lain atau sekumpulan peranti tersaling sambung atau yang bekaitan yang melaksanakan fungsi logik, arimetik, storan, paparan dan termasuklah apa-apa kemudahan storan data atau kemudahan komunikasi yang berkaitan secara langsung dengan atau dikendali bersama dengan suatu peranti atau sekumpulan peranti tersaling sambung atau yang berkaitan. Istilah komputer tidak termasuk suatu mesin taip atau mesin pengatur huruf berautomat, atau suatu mesin hitung pegangtangan mudah alih atau peranti seumpama yang lain yang tidak boleh atur cara atau yang mengandungi apa-apa kemudahan storan data.
Jenayah siber
Labels: Assingment, Info ICT, TUGASAN | author: MatskaiPosts Relacionados:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 Comentário:
awk dah wat tajuk nie??
boleh x awk bg sy contoh kes tentang jenayah siber. terutama hakers...
Catat Ulasan