Jenayah siber
Labels: Assingment, Info ICT, TUGASAN | author: MatskaiJenayah siber 1.0 Pengenalan Jenayah Siber Jenayah siber sukar dibuktikan. Malah di Amerika Syarikat sendiri yang mempunyai teknologi canggih, agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang persekutuan US merujuk banyak kes-kes jenayah siber akan tetapi majoritinya ditolak oleh peguam kerajaan. Contohnya setiap tahun antara 1992 dan 1998, Jabatan Keadilan US menolak untuk mendakwa antara 68 peratus dan 78 peratus kes jenayah siber yang dirujuk kepada mereka. 40 peratus ditolak kerana tiada bukti niat jenayah, kelemahan atau kekurangan keterangan yang boleh diterima. AKTA JENAYAH KOMPUTER 1997 (AJK 97) Diluluskan di Parlimen pada Mac 1997 Dikuatkuasa pada 1 Jun 2000 Tujuan: - Bagi mengawal perlakuan jenayah yang dilakukan menggunakan komputer secara terus atau melalui talian. Mengikut akta ini "komputer" meliputi suatu peranti elektronik, magnet, optik, elektrokimia atau peranti pemprosesan data yang lain atau sekumpulan peranti tersaling sambung atau yang bekaitan yang melaksanakan fungsi logik, arimetik, storan, paparan dan termasuklah apa-apa kemudahan storan data atau kemudahan komunikasi yang berkaitan secara langsung dengan atau dikendali bersama dengan suatu peranti atau sekumpulan peranti tersaling sambung atau yang berkaitan. Istilah komputer tidak termasuk suatu mesin taip atau mesin pengatur huruf berautomat, atau suatu mesin hitung pegangtangan mudah alih atau peranti seumpama yang lain yang tidak boleh atur cara atau yang mengandungi apa-apa kemudahan storan data.
Laman SK Anak Ikan, Besut Terengganu
Labels: Sekolah | author: MatskaiSelamat datang kepada semua pengunjung yang budiman, jom lawat laman Sekolah Kebangsaan Anak Ikan, Besut Terengganu. Klik Banner untuk melawat ke laman tersebut
URL :
http://matbcomm.sky.prohosting.com/ - Laman Rasmi Sekolah (Sementara)
http://matskai.ning.com/ - laman Sosial untuk pendidik
Banyak informasi pada laman ini , Muat turunbahan pendidikan ada juga perisian percuma dan movies serta ebook.
Session Summary Report
Labels: Internet Banking | author: MatskaiSession Summary Report
Date : Tue Mar 25 15:52:24 2008 GMT
Logon
Completion Status : Success
You Logged on at 25/03/2008 11:34 PM
i-Access Code
Completion Status : Success
Date : 25/03/2008 11:34 PM
Account Summary
Completion Status : Success
Base Currency : MYR
Date : 25/03/2008 11:34 PM
Account History
You Viewed Account History at 25/03/2008 11:34 PM
Completion Status : Success Account : Savings Account 13044020072534 MYR
Open Bill Payment
Completion Status : Success Date : 25/03/2008 11:37 PM
Your Bill Pay transaction has been executed on : 25/03/2008 Your transaction confirmation number is : 393130
Service Provider : Telekom Malaysia Berhad Details : D216718770201 Source Account : Savings Account 13044020072534 MYR Amount : 186.13 MYR Description : BAYARAN BULAN MAC 2008
Open Bill Payment
Completion Status : Success Date : 25/03/2008 11:42 PM
Your Bill Pay transaction has been executed on : 25/03/2008 Your transaction confirmation number is : 393201
Service Provider : Tenaga Nasional Berhad Details : 04430078847208 Source Account : Savings Account 13044020072534 MYR Amount : 78.81 MYR Description : bil bulan 2 2008
MEPS/IBG
Completion Status : Success Your transaction has been executed on : 20080325234749 Your transaction confirmation number is 393317 MEPS IBG Sequence Number : 14804532933208
Source Account : Savings Account 13044020072534 MYR Transfer Amount : 457.00 MYR Beneficiary Bank : EON BANK BERHAD Beneficiary account : 0581450058659 MYR Beneficiary Name : MUHAMMAD BIN ABDULLAH Recipient's E-mail Address : skaibesut@gmail.com Payment Details : BAYARAN BULAN MAC 2008
MEPS/IBG
Completion Status : Success Your transaction has been executed on : 20080325234938 Your transaction confirmation number is 393339 MEPS IBG Sequence Number : 14804532933219
Source Account : Savings Account 13044020072534 MYR Transfer Amount : 200.00 MYR Beneficiary Bank : BANK SIMPANAN NASIONAL BERHAD Beneficiary account : 1111029000307724 MYR Beneficiary Name : MUHAMMAD BIN ABDULLAH Recipient's E-mail Address : skaibesut@gmail.com Payment Details : sewa bulan mac 2008
Account Summary
Completion Status : Success
Base Currency : MYR
Date : 25/03/2008 11:49 PM
Account History
You Viewed Account History at 25/03/2008 11:50 PM
Completion Status : Success Account : Savings Account 13044020072534 MYR
Logout
You Logged out at 25/03/2008 11:52 PM
Inserted from <https://www.bankislam.biz/FLEXCUBEAT/LiveConnect.dll?EntryFunc&fldAppID=CM&fldTxnID=LOU&fldScrSeqNo=00&fldRequestorID=106&fldSessionID=01657VNCFy64mPPaec>
Account History
Labels: Internet Banking | author: MatskaiAccount History as at 25/03/2008 11:50 PM
Activity For Savings Account 13044020072534 MYR
Current Ledger Balance 986.59 MYR Posting Date / Value Date Effective Date Ref No. Description Dr Cr 25/03/2008 25/03/2008 01393339 IB CASA TRF MEPS IBG 200.50 25/03/2008 25/03/2008 01393317 IB CASA TRF MEPS IBG 457.50 25/03/2008 25/03/2008 01393201 IB SA BILL PYMT CA 78.81 25/03/2008 25/03/2008 01393130 IB SA BILL PYMT CA 186.13 24/03/2008 24/03/2008 00000000 CDB SALARY CREDITING 1,446.21 23/03/2008 23/03/2008 00000104 SA SAL LC DEP (2DF) 460.00 02/03/2008 02/03/2008 00050924 ATM SA CSH WDRL 50.00 29/02/2008 29/02/2008 00032095 Profit paid 0.07 28/02/2008 28/02/2008 00004312 Transfer to SA 30.00 27/02/2008 27/02/2008 01909660 IB CASA TRF MEPS IBG 457.50 27/02/2008 27/02/2008 01909578 IB SA BILL PYMT CA 316.37 26/02/2008 26/02/2008 00004457 ATM SA CSH WDRL 600.00 Copyright © 2007 Bank Islam Malaysia Berhad
Inserted from <https://www.bankislam.biz/FLEXCUBEAT/PrintFiles/ENG/prtRTACA00.htm>
Rahsia Lukisan
Labels: Pendidikan | author: MatskaiOK, DAH SELESAI MELUKIS, JOM KITA LIHAT APA TAFSIRAN LUKISAN ANDA !!!
1. Gunung melambangkan cita-cita dan impian anda. Setinggi mana gunung yang anda lukis, setinggi itulah impian dam matlamat, dan cita-cita anda !
2. Adakah matahari anda bersembunyi di sebalik gunung? Jika begitu anda seorang yang pemalu dan kurang berani berhadapan dengan orang ramai! Jika sebaliknya , tahniah ... kerana anda berani menyarakan pendapat, dan berani bersemuka dengan sesiapa pun . ( tapi janganlah over-over ye ! )
3. Ok, sungai . Sekiranya anda melukis sungai dari puncak gunun, bermakna , apabila anda ditimpa sebarang masalah, anda akan mengkaji apakah sebenarnya punca masalah anda itu. Ringkasnya, anda seorang yang teliti.
4. Jika batu yang anda lukis, di dalam sungai, ini bermakna anda seorang yang emosional! hehe.. relak lah... dan jika sebaliknya, andalah penyeri seluruh alam!
5. Jika sawah padi anda nampak luas dalam lukisan, ini bermakna anda seorang yang berpandangan jauh.
6. Rumah yang anda lukis melambangkan diri anda sendiri! Sekiranya rumah anda nampak ... well... kurang elok, so, muhasabahlah diri anda ok? good luck!
7. Apabila anda melukis pokok lebih tinggi dari rumah, ini bermaksud, anda seorang yang sangat pentingkan keluarga!
8. Sekiranya anda melukis bunga, setangkai demi setangkai, dan bukannya sekuntum-sekuntum, anda seorang yang setia!
9. Ok, jika anda melukis burung lebih dari 4 ekor, ini bermakna anda ialah seorang yang mementingkan persahabatan .
10. And finally, ular . Itulah jodoh anda!!! Jika ular yang anda lukis berdekatan dengan rumah yang anda lukis tadi, ini bermakna, jodoh anda berada dekat dengan anda ? jadi, hehe... siapakah dia?
Pertandingan Melukis
Labels: Pendidikan | author: MatskaiTry this out! What you have to do is only to draw a view, only a simple one, and no need to colour. Ok, here's how this psycological game goes ...
BUT BEFORE THAT , I WOULD LIKE TO REMIND YOU , THAT YOU HAVE TO DRAW A SCENERY WITH ALL THESE 'THINGS' THAT YOU HAVE TO DRAW ... OK, FOLLOW MY INSTRUCTIONS!
1. Lukis gunung. ( it doesn't matter, how high, or how many you want to draw, or how it looks like )
2.Lukis matahari. ( tak kisahlah nak lukis macam mana )
3. Lukis sungai.
4.Kemudian lukis batu ( anywhere you want to put it, or how many you wanna draw )
5.Then, lukis sawah padi.
6. Then, lukis rumah.
7. Hmm... kemudian lukis pokok (letaklah kat mana pun) .
8. After that, lukis bunga ( nak lukis sekuntum-sekuntum ke, setangkai-setangkai ke, atas rumah ke, bawah rumah ke, terpulang ! )
9. Kemudian lukis burung ( terpulang nak lukis banyak mana ) .
10.Akhir sekali, lukis ular ( seekor saja ye ! Letaklah kat mana-mana pun )
Penjelasannya, skrol di bawah... nanti saya akan poskan
Empat menteri, 10 timbalan tewas
Labels: Isu Semasa | author: MatskaiKUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon adalah antara pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) yang tewas selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 diumumkan setakat jam 3 pagi ini.
Selain Samy Vellu yang juga Menteri Kerja Raya; Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin; Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, juga kalah.
Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput yang diwakilinya sejak 1974 apabila tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr D Jeyakumar dengan majoriti 1,821 undi. Samy Vellu mendapat 14,637 undi berbanding Jeyakumar, 16,458.
Aziz tewas di Shah Alam apabila meraih 24.042 undi berbanding lawannya, Khalid Abdul Samad daripada PKR yang mendapat 33,356 undi manakala Shahrizat yang mendapat 18,833 undi, kalah di Lembah Pantai kepada calon PKR, Nurul Izzah Anwar yang mendapat 21,728 undi.
Zainudin yang beralih dari kerusi Parlimen Merbok ke Sungai Petani dalam pilihan raya kali ini tewas 9,381 undi kepada calon PKR, Johari Abdul. Zainudin mendapat 24,441 undi berbanding Johari, 33,822 undi.
Dr Koh, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama kali bertanding kerusi Parlimen pula, tewas di Batu Kawan kepada calon DAP yang juga bekas pensyarah, Dr P Ramasamy. Beliau hanya meraih 13,582 undi berbanding Ramasamy 23,067.
Turut tewas, 10 timbalan menteri termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas; Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mah Siew Keong.
Tan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang disandangnya sejak tiga penggal lalu apabila tewas kepada calon PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tan mendapat 25,608 undi berbanding Abdul Khalid yang juga Setiausaha Agung PKR, 28,123 undi.
Kayveas yang juga Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) tewas di Taiping dengan majoriti 11,298 undi apabila mendapat 16,800 undi berbanding lawannya daripada DAP, Nga Kor Ming yang mendapat 28,098 undi.
Mah yang juga Ketua Pemuda Gerakan, gagal mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan yang disandangnya apabila tewas dengan majoriti 1,470 undi kepada calon DAP, M Manogaran. Mah mendapat 17,016 undi berbanding Manogaran, 18,486 undi.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman tewas di kerusi Parlimen Nibong Tebal dengan majoriti 3,087 undi apabila mendapat 17,123 undi berbanding pencabarnya daripada PKR, Tan Tee Beng yang meraih 20,210 undi.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin tewas di kerusi Parlimen Bachok dengan majoriti 2,901 undi apabila mendapat 25,934 undi berbanding pencabarnya, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang meraih 28,835.
Beliau yang turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok, tewas dengan majoriti 1,270 undi kepada calon Pas, Datuk Omar Mohamad. Awang Adek mendapat 8,235 undi berbanding Omar yang meraih 9,505 undi.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, tewas 198 undi di kerusi Parlimen Hulu Selangor kepada calon PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad. Palanivel memperoleh 22,979 undi berbanding Zainal Abidin, 23,177.
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow yang juga penyandang kerusi Parlimen Kuantan pula kalah dengan majoriti 1,826 undi kepada calon PKR, Fuziah Salleh. Fu mendapat 16,572 undi berbanding Fuziah, 18,398.
Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Seri Chia Kwang Chye, kalah dengan majoriti 16,122 undi di Parlimen Bukit Bendera kepada pencabarnya, Liew Chin Tong daripada DAP. Chia yang juga Setiausaha Agung Gerakan, mendapat 15,131 undi berbanding Liew, 31,243.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S Sothinathan kalah dengan majoriti 2.804 undi di Teluk Kemang kepada calon PKR, Kamarul Bahrin Abbas. Sothinathan yang juga Naib Presiden MIC, mendapat 20,544 undi berbanding Kamarul Bahrin, 23,348.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin, kalah dengan majoriti 3,413 di Bagan Serai kepada calon PKR, Mohsin Fadzli Samsuri. Zainal Abidin mendapat 18,943 undi manakala Mohsin Fadzli, 18,943.
Exco Pemuda Umno, Datuk Pirdaus Ismail sekali lagi gagal untuk merebut kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail apabila tewas dengan majoriti 13,388 undi.
GAJI MENTERI & TIMBALAN MENTERI MALAYSIA
Labels: Isu Semasa | author: MatskaiPihak kami telah menerima satu e-mel yang mendedahkan maklumat bagaimana banyaknya wang rakyat dibelanjakan oleh Menteri-menteri di Malaysia. Walau begitu banyak wang gaji mereka, mereka ini masih rakus dengan mengaut pelbagai projek.
Rakyat yang miskin, makin miskin dan ditindas dengan pelbagai kenaikan harga barang. Para menteri tidak menghiraukan nasib rakyat, mereka sekadar berlakon menunjukkan simpati tetapi mereka sebenarnya dalang kenaikan barang di Malaysia asalamualaikum dan Salam Sejahtera, tuan dan puan, Untuk makluman semua ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri. Kakitangan perkeranian tidak mengetahui, sebab slip pendapatan bulan masing-masing diberi dengan sampul surat tertutup.Maklumat ini adalah dari kawan-kawan di Jabatan Audit Negara,Perbendaharaan Malaysia, Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteriserta serta Bahagian Pentadbiran Kewangan Parlimen Malaysia.
Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri
1. Gaji Pokok RM18,000 - sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment
2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati
3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - tidak sulit - pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.
5. Elaun parking RM 5,700.00 Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja
Lain-lain kemudahan
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00 9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.
Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri
1. Gaji Pokok RM15,000 - sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment
2. Elaun Keraian RM9,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati
3. Elaun Perumahan RM9,800.00 - tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri 4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit
5. Elaun parking RM 5,700.00 Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.
Lain-lain hal Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. Pendapatan diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti berikut:
1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian spt kontrak dll
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber Oleh yang demikian saya merayu dan menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan sahabat saya yang sedang berkhidmat di Bahagian Kewangan di seluruh Kementerian di Malaysia agar membuat pendedahan masing-masing tentang perkara ini agar seluruh rakyat Malaysia mengetahuai dan dapat menjadi pengajaran kepada mereka semua.
Semoga pendedahan ini dapat menyedarkan semua rakyat di Malaysia terutama sekali yang terperangkap dengan sekilo gula dan sehelai batik.
Siapa tahu Slip Gaji Bulanan Perdana Menteri Malaysia !
Saya akan mendedahkannya sedikit masa lagi!!!
OFFICER INCHARGE
Bahagian Kewangan Jabatan Perdana Menteri
Putera Jaya Wilayah Persekutuan
(Kalau betul maklumat ini --- WOW sedihlah kita kakitangan awam yang makan tak cukup ni.)
Lagu Palingku Minati
Labels: Video | author: MatskaiLagu ni kalau aku dengar memang feeling sangat, tak tahulah kalu aku dengar macam benda lain tak ada di sekelilingku... ni antara lagu terbaik pernah aku dengar, lain padang lain belalangnya.
KEBURUKAN WANITA BEKERJA
Labels: Agama, Isu Semasa | author: Matskai1. Terpaksa meninggalkan anak ke tempat asuhan
dlm waktu yang lama.Anak dididik oleh pengasuh.
Makan dan minum pun belum tentu khasiatnya.
2. Wanita berhias berlebih-lebihan hingga menggoda kaum
lelaki.Banyak berlaku,isteri bercinta dgn suami orang dan
sebaliknya.
3. Wanita tidak lagi memberi anak susu badan bila habis
tempoh berpantang menyebabkan anak mudah mendapat
sakit.Biasa sesetengah bayi tidak lagi mahu menyusu badan
bila sudah biasa menyusu botol setelah ibu mula berkerja.
4. Terlalu penat sehingga masa dengan anak tidak berkualiti.
Bayangkan sudah penat balik kerja,serabut dgn anak dan kerja
rumah pula.
5. Terlalu stres hingga menjejaskan kesihatan.Tidak sama
biologi lelaki dan wanita.
6.Segala urusan persekolahan anak terpaksa dilakukan pengasuh.
Anak tidak dapat dipantau sepenuhnya.
Inilah antara perkara yang saya dapati melalui pengalaman sendiri
dan juga pengalaman rakan-rakan sekerja.Sebenarnya banyak lagi
keburukan tetapi cukuplah beberapa contoh di sini.
Buat renungan menjelang Pilihanraya: -
Labels: Politik | author: MatskaiSeseorang atau kumpulan itu di ikuti kerana beberapa faktor:-
1.i. Kerana kebenarannya
ii. Kerana kuasanya
iii. Kerana ada sesuatu padanya yang di harapkan
iv. Kerana fanatik orang dengan nya
v. Kerana kejahilan orang yang mengikutnya
vi. Kerana terhutang budi kepadanya
2. Orang atau kumpulan yang selalu memikirkan salah orang, yang hasad dengki dengan orang, yang meletakkan dunia dalam hati dan yang berdendam, tidak pernah tenang jiwanya.
3. Orang atau kumpulan yang mengaku buat baik, janganlah diharapkan kebaikan daripadanya.
4. Bertenanglah di dalam sebarang hal walaupun kerana mahu menunaikan kebaikan. Kerana bertenang itu sifat Mukmin.
5. Mengumpul undi dari manusia tidak sama dengan mempersatukan manusia.Mempersatuk an manusia ialah menyatukan hati.
6.Bersatu fikiran tidak semestinya bekerjasama. Bersatu fizikal tidak mesti satu hala.Tapi bersatu hati itu akan sehidup semati.
7. Di antara fitrah semula jadi manusia, ia suka kalau orang berbuat baik dengannya.Sekalipun dia jahat dengan orang lain.
8. Apabila mengundi - Akal befikir, hati merasa, nafsu mengajak, jasad bertindak.
9. Banyak pemimpin tahu penyakit, tetapi tidak tahu mengubat.Banyak pemimpin tahu masaalah, tetapi tidak tahu menyelesaikannya.
10. Kemesraan pemimpin itu lebih bernilai daripada pemberiannya.
11. Banyak kumpulan atau orang perseorangan boleh bantu orang miskin.Tidak banyak orang yang boleh duduk dengan orang miskin.Lebih lebih lagi hidup macam orang miskin.
12. Di antara sifat Mukmin itu mukanya mesra dengan manusia, hatinya gundah gulana dengan ALLAH, fikirannya ke alam yang jauh.
13. Membuang sifat marah tidak mungkin kerana ia fitrah semulajadi manusia.Yang salah melajakkan sifat marah.ALLAH berfirman maksudnya: "Orang Mukmin itu membenamkan sifat marah".
14. BERFIKIRLAH SEBELUM MENGUNDI.KAJILAH HASILNYA SELEPAS MENGUNDI. RASAKAN USAHA ITU PERINTAH ALLAH, HASILNYA KETENTUAN ALLAH.