Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "
NUKILAN
Usman Awang
SAJAK MELAYU
Labels: Sajak | author: Matskai40 Orang terkaya Di Malaysia
Labels: Fakta | author: MatskaiMajalah Forbes Asia yang terbaru ini telah mengeluarkan senarai 40 ahli perniagaan terkaya di Malaysia yang secara keseluruhannya dinilai USD 26 billion. Apa yang menariknya 9 orang yang teratas memiliki 82% daripada jumlah ini dan 12 yang terbawah pula hanya bernilai kurang daripada USD 100 juta setiap seorang.
Sumber : Forbes Asia
Berikut adalah senarai 40 orang terkaya di Malaysia;
83 tahun, berkahwin, 8 orang anak.
Kuok Group, Pacific Carriers Ltd, Transmile Group
68 tahun, bercerai, 3 orang anak.
Maxis Comminications, Aircel Ltd, Powertek Berhad.
76 tahun, berkahwin, 4 orang anak.
Public Bank.
67 tahun, berkahwin, 6 orang anak.
IOI
65 tahun, berkahwin, 3 orang anak.
Hong Leong Group, Guoco Group.
88 tahun, berkahwin, 6 orang anak.
Genting Groups.
76 tahun, berkahwin, 7 orang anak.
YTL Corporation.
70 tahun, berkahwin, 3 orang anak.
Rimbunan Hijau Group, Ming Pao Enterprises.
54 tahun, berkahwin, 5 orang anak.
Malaysia Mining Corporation(MMC)
54 tahun, berkahwin. Anak Lim Goh Tong (no.6)
Genting Group, Star Cruises.
66 tahun, berkahwin, 5 orang anak.
AM Group, Ambank.
54 tahun, berkahwin.
Berjaya Group.
54 tahun.
Kurnia Asia.
48 tahun, berkahwin, 2 orang anak.
Top Glove.
42 tahun, berkahwin.
AirAsia.
37 tahun, berkahwin, 2 orang anak.
Petra Group.
62 tahun, berkahwin, 3 orang anak.
Westports (rakan kongsi Ahmadayuddin no.24)
45 tahun, berkahwin.
Executive Director (Corporate Finance) AirAsia.
84 tahun, janda (balu kepada Wen Tien Kuang), 4 orang anak.
Selangor Properties
50 tahun.
Ranhill Group.
Sunway Group.
57 tahun.
MK Land.
56 tahun.
Ta Ann, Naim Cendera
50 tahun, berkahwin, 4 orang anak.
Westports (rakan kongsi G Gnanalingam no.17)
59 tahun.
Killinghall, bekas pengerusi dan pemegang saham terbesar Southern Bank.
53 tahun.
55 tahun, berkahwin, 4 orang anak.
49 tahun.
Batu Kawan, Kuala Lumpur Kepong, Crabtree & Evelyn.
58 tahun, berkahwin.
TA Enterprise
63 tahun, berkahwin, 3 orang anak.
Bekas Ketua Pengarah Executive Southern Bank.
47 tahun.
Bekas Pengerusi Multi Purpose Holdings.
68 tahun.
Samling Group, Lingui Development, Glenealy Plantations.
56 tahun.
Bekas Ketua Executive Pantai Group.
57 tahun.
Unisem
50 tahun.
Puncak Niaga.
62 tahun.
OSK Group.
Malaysian Mosaics.
63 tahun.
Lion Group
51 tahun.
Pemegang saham Puncak Niaga, abang Rozali Ismail (no.35).
48 tahun.
MK Land (rakan kongsi Mustapha Kamal no.22)
Sila lihat senarai terbaru 40 Terkaya Di Malaysia 2008.
RESAM HARIANKU
Labels: Peribadi | author: MatskaiAssalamualaikum semua, lama dah aku tak berceloteh panjang pasal kehidupanku, sejak kebelakang ni aku dapat rasakan kehidupan makin sepi, apa tidaknya aku sekarang sudah dapat rasakan iman dalam diri perlu disuburkan. Termenung aku melihat anak-anak dan isteri, dunia hanyalah sementara, anak adalah amanah, isteri adalah tempat ujian tuhan, diri ini amat tidak lengkap, saban hari banyak dugaan yang menimpa.
Dalam kehidupan seharian ku penuh dengan usaha duniawi semata-mata, aku sanggup belajar, berbelanja, berusaha demi dunia, apa tidaknya, kalau dekat jer dengan nak periksa UPM, bersungguh benar aku ni nak layan usaha duniawi, tapi di mana saham akhiratku ... eh tidak seimbang rupanya aku dalam mengejar akhirat, dalam seharianku hampir 90 % usaha duniawi semata-mata.
Dalam usiaku yang mula mencecah 30 tahun, aku mula sedar bahawa dunia ini hanya sementara, aku mula mendekati masjid, mula bercakap pasal akidah, iman dan akhlak. Dulunya semua itu aku buat sambil lewa. Semakin berusia diri ini, rasanya semakin kosong jiwa kalau tak penuhi dengan tuntutan akhirat. Aku dah mula memperbanyakkan mengaji al=quran, waktu solatku cuba ku tuntuti seawal waktu kalau tak sempat berjemaah, namun akau masih terkapai-kapai dan ada halangan besar yang perlu aku lalui.
saban hari tuhan memberi ujian padaku, aku sedar bahawa semua itu adalah pengukur keimananku kepada Allah swt. mesti aku tempuhi dengan tabah dan redha,. halangan=halangan yang masih aku tak dapa jua.... aku akan sentiasa berusaha untuk mencari keredhaan Ilahi. Semoga Allah swt memberkati usahaku demiNYA.
coretan di malam kalbu..... matskai
Peristiwa di Sebalik April Fool
Labels: Fakta | author: MatskaiTuesday, April 1, 2008
Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan dahulu, saya pernah terbaca tentang suatu trajedi yang berlaku pada 1hb April ini.Seorang suami yang jahiltentang agama, telah mengucapkan 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak.Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya si Granada,Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors )terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan usaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini,diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh diperlabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan,telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan telah disiapkan lalu menuju ke pelabuhan.Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
Petikan daripada blog : Umniyah
Testimoni Biodisc
BOIKOT YAHUDI










Financial Freedom