ANDA BOLEH IKLAN APAN SAHAJA BIZ, JAWATAN KOSONG, DAN APA SAJA KAT SINI

RESAM HARIANKU

|

Assalamualaikum semua, lama dah aku tak berceloteh panjang pasal kehidupanku, sejak kebelakang ni aku dapat rasakan kehidupan makin sepi, apa tidaknya aku sekarang sudah dapat rasakan iman dalam diri perlu disuburkan. Termenung aku melihat anak-anak dan isteri, dunia hanyalah sementara, anak adalah amanah, isteri adalah tempat ujian tuhan, diri ini amat tidak lengkap, saban hari banyak dugaan yang menimpa.

Dalam kehidupan seharian ku penuh dengan usaha duniawi semata-mata, aku sanggup belajar, berbelanja, berusaha demi dunia, apa tidaknya, kalau dekat jer dengan nak periksa UPM, bersungguh benar aku ni nak layan usaha duniawi, tapi di mana saham akhiratku ... eh tidak seimbang rupanya aku dalam mengejar akhirat, dalam seharianku hampir 90 % usaha duniawi semata-mata.

Dalam usiaku yang mula mencecah 30 tahun, aku mula sedar bahawa dunia ini hanya sementara, aku mula mendekati masjid, mula bercakap pasal akidah, iman dan akhlak. Dulunya semua itu aku buat sambil lewa. Semakin berusia diri ini, rasanya semakin kosong jiwa kalau tak penuhi dengan tuntutan akhirat. Aku dah mula memperbanyakkan mengaji al=quran, waktu solatku cuba ku tuntuti seawal waktu kalau tak sempat berjemaah, namun akau masih terkapai-kapai dan ada halangan besar yang perlu aku lalui.

saban hari tuhan memberi ujian padaku, aku sedar bahawa semua itu adalah pengukur keimananku kepada Allah swt. mesti aku tempuhi dengan tabah dan redha,. halangan=halangan yang masih aku tak dapa jua.... aku akan sentiasa berusaha untuk mencari keredhaan Ilahi. Semoga Allah swt memberkati usahaku demiNYA.

coretan di malam kalbu..... matskai

0 Komen:

Catat Ulasan

Testimoni Biodisc

BOIKOT YAHUDI

BOIKOT YAHUDI

E-Jariah Mudah dan hebat

contact me

My Social : http://matskai.ning.com

 

©2009  Financial Freedom | Template Blue by TNB