ANDA BOLEH IKLAN APAN SAHAJA BIZ, JAWATAN KOSONG, DAN APA SAJA KAT SINI

Cara Buang 'Windows@Office Genuine Notification'.

|

Salam, adakah anda pengguna Windows atau Office yang tak sah atau Pirate? hehe mesti punya, anda semua hanya mampu beli yang murah atau free jer. Jangan begitu, kalau ada modal, apa salahnya berkorban sikit beli yang Ori. Tapi lantaklah kau...microcoh, kakalu aku tak beli yang ori pun Bill Gate tetap kaya jugak agaknya... almaklumlah semua perkara atau manusia mana yang tak kenal dengan Mikrocoh.... tapi bagi pengguna perisian pirate.. yang dah tegal...jangan risau untuk buat amaran tersebut ada caranya...mudah jer hanya dengan download kat sini...

Cara 1: Download melalui laman ini, run program dan restart dan amaran dah hilang http://www.softpedia.com/get/Tweak/Uninstallers/RemoveWGA.shtml

Cara 2: Dari laman Rapidshare

Instructions:1. Extract the files in the archive.2. Double-click on the "install" icon



Klik gambar kat atas untuk paparan penuh!

Cara 3: Dari Rapidshare ni http://rapidshare.com/files/172064116/RemoveWGA.rar

Moga berjaya

LAGU HARI GURU 2009

|

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Download Lagu Tema
Download Lagu Guru Malaysia

Candat Sotong - fasa 1 2009

|

Misi Mencandat Fasa 1 -01.05.2009


Salam semua, mencandat sotong memang tak dilepaskan setiap tahun, tapi pada tahun ni memang power sikit pasal penulis telah meluangkan masa untuk mencandat sebanyak 3 kali dalam musim mencandat. Pada kebiasaanya hanya satu kali jer. Sebenarnya 2 kali jer, entah apa jadi rakan call last minute nak pergi candat pada 1 Mei 2009, sepatutnya penulis rehat jer bersama anak bini. Apapun pasal candat dan mancing memang tak ada halangan.


Pada pagi 1 mei, penulis bersama abang nei dan Cikgu Simei bertolak dari rumah penulis jam 2.30 petang, betullah kata Cikgu Simei, nak sembahyang pun tak khusyuk teringatkan penganjur kami kata nak bertolak seawal jam 3.00 petang. Pendekkan cerita, sampailah kami di Jeti Kg Air tawar...minum dulu bersama rakan... seleng 15 minit menunggu kami kelam kabut apabila beberapa tekong bot yang minum bersama bertanyakan dengan tekong atau bot mana kami nak pergi candat, dimaklumkan bahawa bot yang kami tempah dah ada sekumpulan dari KL yang bersimbung tempahan... rakan-rakan dah mula tak senang hati ... selang 10 minit penganjur atau boss kumpulan kami datang... terus report masalah, namun kami diberitahu akan pergi jugak, tapi dengan bot yang lain dan lebih kecil saiznya... atau mungkin kurang selesa berbanding dengan bot asal. Sangkaan kami betul... kami diganti dengan bot yang agak kurang selesa.... namun misi mencandat mesti diteruskan ...jam 4.00 petang kami mula bertolak.

Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 2 jam, kami pun sampai tempat mencandat ..apa lagi kumpulan kami seramai 12 orang mula bertwist-twist... tapi kali ni ramai yang gunakan jora... hanya penulis dan 2 rakan lain jer yang gunakan koyan. Apapun cara, sotong tak kisah dia akan bedal dan mudah kena tipu. satu permulaan yang kurang baik apabila sotong yang melekat amat sikit sekali, penulis tak dapat sekor pun... he tak ada rezeki dan tak ada sotong agaknya... masa berlalu begitu pantas jam menunjukan 9.00 malam. Situasi malam itu mengingatkan penulis kepada seorang nelayan yang penulis jumpa sebelum bertolak menyatakan bahawa sotong tak ada on sekarang ni, mungkin nanti bulan cerah baru ada... kata-kata nelayan tu ada benarnya..rata-rata kami semua tidak mendapat tangkapan yang baik. Rezeki kami agak kurang malam tu. Penulis pun mula mengantuk dan ambil peluang untuk tidur jap.

Sedar tak sedar jam dah 12.30 malam, bangun dari tidur terus mencandat, candat punya candat tak dapat aper pun.. selang beberapa minit udara amat sejuk laju berlalu, eh mungkin ribut malam ni.... sangkaan penulis tepat.. jam 12.58 pagi ribut mula melanda kencang, masing-masing agak cemas apabila bot dah mula terhoyang-haying membelah badai... dalam hati kecil penulis asyik teringat tong, maklumlah tak ada life jacket. Lebih kurang 45 minit kami bertarung dengan ribut yang agak kencang, tak heranlah beberapa rakan kami dah mula muntah-muntah denganteruk sekali, penulis cuba membantu rakan yang mabuk agaknya. Namun kami lega ribut dah bernsur reda.. apa lagi sambung lagilah misi kami. Sedar tak sedar waktu subuh menjelma, namun tangkapan tetap kurang...oklah mungkin lepas ni boleh layang kerisi pulak.


Jam 7.30 pagi, kami bertolak ke unjang untuk melayan kerisi, ada jugak rezeki kami walaupun tak lumayan. Beberapa kali kami bepindah untuk mendapatkan lokasi kami yang terbaik, sehinggalah jam 11.00 tengahari kami bertolak pulang. Semoga misi kami akan memberi pengajaran dan juga tauladan... Insyaallah candat untuk fasa kedua 8 Mei nanti akan berhasil.
Selamat Enjoys
Video Lengkap Misi

Testimoni Biodisc

BOIKOT YAHUDI

BOIKOT YAHUDI

E-Jariah Mudah dan hebat

contact me

My Social : http://matskai.ning.com

 

©2009  Financial Freedom | Template Blue by TNB