ANDA BOLEH IKLAN APAN SAHAJA BIZ, JAWATAN KOSONG, DAN APA SAJA KAT SINI

Bahana Dunia Maya

|

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada kali ini saya nak cerita sikit pasal dunia ICT dan saya akan banyak berfokus kepada dunia internet. Tahukah anda 80 peratus kandungan dalam internet adalah berunsurkan negatif pada pandangan Agama Islam. 80 % tersebut kebanyakanya adalah agenda Yahudi dan sekutunya. Cuba anda bayangkan penjelajahan internet tanpa kawalan sudah pasti akan menemukan unsur negatif seperti porno, judi, provokasi, agenda jahat zionis, skim cepat kaya, mlm yang tidak sah dan banyak lagi.


Sebagai seorang guru saya tergerak hati untuk cuba memperingati apa yang dipanggil order baru atau penjajahan bentuk baru yang cuba merosakan minda umat islam. Pihak zionis sudah tahu, jika mereka berperang secara terbuka sudah tentu akan membenihkan bayak lagi semangat umat islam. Dengan penyelidikan yang mereka rancang sejak zaman berzaman sudah menemukan titik bagimana melunturkan keislaman umat islam. Dengan mewujudkan laman porno secara besar-besaran (percuma lagi) telah sedikit sebanyak melemahkan indentiti umat islam. Mengikut kajian' setiap hari hampit 1 juta laman porno diwujudkan. Lihatlah Malaysia pada hari ini, isu moral sudah tidak asing lagi, seawal remaja (bangku sekolah) sudah mengenali apa itu seks bebas. Lebih mendukacitakan lagi sudah ramai anak muda kita mewujudkan Blog koleksi 3GP ( trade mark - bagi blog video lucah remaja) berlambak di persada maya.

Pihak kerajaan mestilah menyedari dan bertindak secara proaktif bagi mewujudkan undang-undang siber yang lebih ketat terutamanya pengusaan terhadap web atau blog yang dimiliki oleh rakyat negara ini. Janganlah terlalu mengejar duniawi sehinggakan kita semua secara tidak sedar telah menempah tiket bala Allah swt. Dalam perkembangan agenda Yahudi yang giat meracuni anak muda kita, sama-samalah kita bergandingan bahu dengan aktif menghantar penulisan Blog dalam komuniti ini. Ingat! sejauh manakah sumbangan kita untuk menangani gejala ini... berusahalah kawan semua untuk sama-sama kita menentang agenda Barat ini. Semoga Allah memberkati Usaha kalian semua.

Yang Prihatin,



matskai

0 Komen:

Catat Ulasan

Testimoni Biodisc

BOIKOT YAHUDI

BOIKOT YAHUDI

E-Jariah Mudah dan hebat

contact me

My Social : http://matskai.ning.com

 

©2009  Financial Freedom | Template Blue by TNB