Sotong dengan berat 1/2 satu ekor
Cikgu Yazid menghidu udara segar hingga terbuai
Mabuk sebelum ke Sampai kat lokasi lagi
Teruk juga jadi nelayan ni, Insyaallah ada rezeki
Assalamualaikum semua.... ulasan hamba
Pada 16 Mei yang lalu telah terubatlah hati & jiwa ini apabila hajat pada tahun ini nak mencandat sotong telah terubat jua, tak ku sangka pelawaan cikgu Yazid untuk ke laut mencandat sotong telah meriangkan hatiku pada beberapa hari sebelum itu, dengan penuh semangat lepas jumaat Cikgu Yazid telah menjemput aku untuk ke lokasi Bot ( Kuala Kg Air Tawar, Kuala Besut) tiba di sana rupanya dah ada Abe Tar (YDP PIBG) tiba lebih awal.
Nak diringkas cerita... 1/2 jam sebelum bertolak aku dah mula bersedia dengan ubat mabuk, al maklumlah lama tak ke laut. Jam 4.00 petang kami mula bertolak, dalam hati kecil ...tengah fikir dapat ker sotong hari ni sempat juga kami semua beriman atas bot...seronok juga... rezeki pada Allah... jam 6.00 lebih... belum sempat bot stabil dah ada yang melabuhkan candat, ingat aku jer yang tak sabar...rupanya rakan yang lain lagi tak sabar. Aku labuhkan candat lewat pada rakan yang lain...baru nak ikat mata candat... seekor demi seekor sotong ditipu.... aku belum tersangkut lagi... sabar, menjelang senja mata candatku mula sangkut bapak sotong... bukan main teruja lagi aku.. hebat sungguh....tapi kalau nak dibandingkan dengan pancing lagi hebat...
Malam tiba bagai angin yang lalu... sekejap jer, jam 11.00 malam, aku dah mula naik pening ada, loya ada, nak muntah ada... nasib baik aku tidur jap (1 jam lebih jugak), jam 12 lebih aku mula semula candat... rezeki aku bagus malam tu...banyak juga yang aku dapat sehingga jam 5.00 pagi aku dah mengumpul 40 ekor bapak sotong, walaupun tak sebanyak rezeki tahun-tahun lepas, aku dah tersangat puas hati dengan apa yang tersangkut pada malam tu.
Subuh menjelma... aku solat dan terus ke unjang untuk pancing ikan kerisi jap... ada juga rezeki aku pagi tu.. alhamdulilah
Rasa macam nak candat pulak rasanya....Insyaallah
2 Komen:
salam...cikgu mat..guano gamok???sihak ko???rindu weh ko candat...klu ada candat lagi...ajok la kawe...heheheeheh
Bereh...boleh..tahun depan kita gi
Catat Ulasan