Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "
NUKILAN
Usman Awang
SAJAK MELAYU
Labels: Sajak | author: Matskai40 Orang terkaya Di Malaysia
Labels: Fakta | author: MatskaiMajalah Forbes Asia yang terbaru ini telah mengeluarkan senarai 40 ahli perniagaan terkaya di Malaysia yang secara keseluruhannya dinilai USD 26 billion. Apa yang menariknya 9 orang yang teratas memiliki 82% daripada jumlah ini dan 12 yang terbawah pula hanya bernilai kurang daripada USD 100 juta setiap seorang.
Sumber : Forbes Asia
Berikut adalah senarai 40 orang terkaya di Malaysia;
83 tahun, berkahwin, 8 orang anak.
Kuok Group, Pacific Carriers Ltd, Transmile Group
68 tahun, bercerai, 3 orang anak.
Maxis Comminications, Aircel Ltd, Powertek Berhad.
76 tahun, berkahwin, 4 orang anak.
Public Bank.
67 tahun, berkahwin, 6 orang anak.
IOI
65 tahun, berkahwin, 3 orang anak.
Hong Leong Group, Guoco Group.
88 tahun, berkahwin, 6 orang anak.
Genting Groups.
76 tahun, berkahwin, 7 orang anak.
YTL Corporation.
70 tahun, berkahwin, 3 orang anak.
Rimbunan Hijau Group, Ming Pao Enterprises.
54 tahun, berkahwin, 5 orang anak.
Malaysia Mining Corporation(MMC)
54 tahun, berkahwin. Anak Lim Goh Tong (no.6)
Genting Group, Star Cruises.
66 tahun, berkahwin, 5 orang anak.
AM Group, Ambank.
54 tahun, berkahwin.
Berjaya Group.
54 tahun.
Kurnia Asia.
48 tahun, berkahwin, 2 orang anak.
Top Glove.
42 tahun, berkahwin.
AirAsia.
37 tahun, berkahwin, 2 orang anak.
Petra Group.
62 tahun, berkahwin, 3 orang anak.
Westports (rakan kongsi Ahmadayuddin no.24)
45 tahun, berkahwin.
Executive Director (Corporate Finance) AirAsia.
84 tahun, janda (balu kepada Wen Tien Kuang), 4 orang anak.
Selangor Properties
50 tahun.
Ranhill Group.
Sunway Group.
57 tahun.
MK Land.
56 tahun.
Ta Ann, Naim Cendera
50 tahun, berkahwin, 4 orang anak.
Westports (rakan kongsi G Gnanalingam no.17)
59 tahun.
Killinghall, bekas pengerusi dan pemegang saham terbesar Southern Bank.
53 tahun.
55 tahun, berkahwin, 4 orang anak.
49 tahun.
Batu Kawan, Kuala Lumpur Kepong, Crabtree & Evelyn.
58 tahun, berkahwin.
TA Enterprise
63 tahun, berkahwin, 3 orang anak.
Bekas Ketua Pengarah Executive Southern Bank.
47 tahun.
Bekas Pengerusi Multi Purpose Holdings.
68 tahun.
Samling Group, Lingui Development, Glenealy Plantations.
56 tahun.
Bekas Ketua Executive Pantai Group.
57 tahun.
Unisem
50 tahun.
Puncak Niaga.
62 tahun.
OSK Group.
Malaysian Mosaics.
63 tahun.
Lion Group
51 tahun.
Pemegang saham Puncak Niaga, abang Rozali Ismail (no.35).
48 tahun.
MK Land (rakan kongsi Mustapha Kamal no.22)
Sila lihat senarai terbaru 40 Terkaya Di Malaysia 2008.
RESAM HARIANKU
Labels: Peribadi | author: MatskaiAssalamualaikum semua, lama dah aku tak berceloteh panjang pasal kehidupanku, sejak kebelakang ni aku dapat rasakan kehidupan makin sepi, apa tidaknya aku sekarang sudah dapat rasakan iman dalam diri perlu disuburkan. Termenung aku melihat anak-anak dan isteri, dunia hanyalah sementara, anak adalah amanah, isteri adalah tempat ujian tuhan, diri ini amat tidak lengkap, saban hari banyak dugaan yang menimpa.
Dalam kehidupan seharian ku penuh dengan usaha duniawi semata-mata, aku sanggup belajar, berbelanja, berusaha demi dunia, apa tidaknya, kalau dekat jer dengan nak periksa UPM, bersungguh benar aku ni nak layan usaha duniawi, tapi di mana saham akhiratku ... eh tidak seimbang rupanya aku dalam mengejar akhirat, dalam seharianku hampir 90 % usaha duniawi semata-mata.
Dalam usiaku yang mula mencecah 30 tahun, aku mula sedar bahawa dunia ini hanya sementara, aku mula mendekati masjid, mula bercakap pasal akidah, iman dan akhlak. Dulunya semua itu aku buat sambil lewa. Semakin berusia diri ini, rasanya semakin kosong jiwa kalau tak penuhi dengan tuntutan akhirat. Aku dah mula memperbanyakkan mengaji al=quran, waktu solatku cuba ku tuntuti seawal waktu kalau tak sempat berjemaah, namun akau masih terkapai-kapai dan ada halangan besar yang perlu aku lalui.
saban hari tuhan memberi ujian padaku, aku sedar bahawa semua itu adalah pengukur keimananku kepada Allah swt. mesti aku tempuhi dengan tabah dan redha,. halangan=halangan yang masih aku tak dapa jua.... aku akan sentiasa berusaha untuk mencari keredhaan Ilahi. Semoga Allah swt memberkati usahaku demiNYA.
coretan di malam kalbu..... matskai
Peristiwa di Sebalik April Fool
Labels: Fakta | author: MatskaiTuesday, April 1, 2008
Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan dahulu, saya pernah terbaca tentang suatu trajedi yang berlaku pada 1hb April ini.Seorang suami yang jahiltentang agama, telah mengucapkan 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak.Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya si Granada,Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors )terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan usaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini,diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh diperlabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan,telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan telah disiapkan lalu menuju ke pelabuhan.Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
Petikan daripada blog : Umniyah
ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Labels: Isu Semasa | author: MatskaiBaca sama-sama...Dunia akhir zaman semakin menakutkan bilaberkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.Bukan takut nak beranak, tapi takutada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkansignature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swtkerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani jugaminta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajarkuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda nidalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhanIFC ini adalah musuh Islam di M`sia.Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?... Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia. Antaranya: 1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan denganmana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak bolehdididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam katanak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,tanya kat anak kita, "Hang nak ikut ugama apa?"...Kalau dia kata nakjadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dahdigazetkan dalam Perlembagaan Negara. 2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolumidentiti agama - maknanya, perkataan "Islam" yang ada kat mykad kita itu,depaminta di"tiada"kan. 3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, diatidak perlu masuk Islam. 4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam. 5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumahibadat orang bukan Islam. 6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurathendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam. 7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la nibukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agamakita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalahnikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamahsyariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar. 8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanyadikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam. 9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hakpenjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka. 10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentangajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu jugaajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang. 11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bibledalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara. 12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi diMalaysia? .....lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah MilleniumMuslim.Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so manasensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PMdan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supayadibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata katMufti Perak, "Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open mindedlangsung!"...Datuk Harussani balas dalam majalah "Millenium Muslim",katanya, "Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,maka inilah hadiahnya!"... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!-------------------------------------------------------------------------Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: "Sepertimana yang Tartarberhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada rajamereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasakyang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambildaripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawanafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anakcucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan SunnahRasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangisehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukumselain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsiral-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)Allahua`ala `alam.27 SEPTEMBER 2007**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE "DIWAJIBKAN" POST KEPADA SAUDARA MUSLIMLAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPATTAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...
Beli & Jual Prepaid - untuk diri atau juala kepada orang lain
Labels: Bussines | author: MatskaiMODAL- IKUT KEMAMPUAN ANDA - PALING RENDAH RM30 ( BOLEH BUAT PUSINGAN MODAL) TIADA TEKANAN - JANGAN MEMBAZIR TOPUP DENGAN BELI KAT KEDAI MEREKA UNTUNG, TAK NIAGA TAK APA - GUNA PREPAID UNTUK KITA DAN KELUARGA. SETIAP KALI TOPUP (TAHUKAH ANDA ANDA MENGALAMI KERUGIAN) DENGAN INI MAYBANK NO1 MALAYSIA MEMBERI JALAN KEPADA ANDA!
TIADA AKAUN KAT MAYBANK - TAK KISAH ADA JALANYA DI SINI ( http://Prepaid4U.Net/?id=matskai )
MYMODE MENGAMBIL MASA 2 TAHUN UNTUK MENYAKINKAN PIHAK BANK NO.1 DI MALAYSIA UNTUK MELETAKKAN SISTEM MYMODE DI SETIAP MESIN ATM MEREKA SETELAH MELIHAT KEMAMPUAN MYMODE MENTADBIR DAN MENJANA KEUNTUNGAN SETIAP HARI.JIKA SYKT NO. 1 NEGARA BEGITU GAH MELETAKKAN MYMODE DI ATM MEREKA, MENGAPA TIDAK ANDA MERASA BANGGA MENJALANKAN BISNES INI. CUBA KLIK SINI: http://Prepaid4U.Net/?id=matskai
Yang benar,
Muhammad Bin Abdullah ( Tel : 013-9910689 )