Mahu bersama saya berjaya sms : 0199093854 atau emel skaibesut[a]gmail.com
Minda yang berjaya
Labels: QNET | author: MatskaiMahu bersama saya berjaya sms : 0199093854 atau emel skaibesut[a]gmail.com
3 FAKTOR YANG MENGHALANG KITA UNTUK MENCAPAI KEBEBASAN KEWANGAN..
| author: MatskaiSalam sejahtera Buddies, Sedikit motivasi untuk kita hayati bersama dalam perjuangan mencapai matlamat kebebasan kewangan dan masa. Setiap orang inginkan kejayaan dan kekayaan dalam hidup. Tetapi sebenarnya ada 3 sebab atau 3 faktor yang menghalang kita untuk mencapai kebebasan kewangan.
Sebab Pertama: Tidak mengambil keputusan untuk bebas kewangan. Ya betul...semua orang mengharapkan, malah mendoakan kejayaan dan kekayaan. Tetapi tidak mengambil keputusan yang jitu untuk mencapai kejayaan. Kita silap kerana tidak meletakkan keutamaan kejayaan dan kekayaan di dalam hidup. Jadi, mulai hari ini tetapkan keutamaan kejayaan dan kekayaan dalam hidup. Jika kita ingin menjadi doktor, kita akan belajar perubatan. Jika kita ingin menjadi peguam, kita akan belajar undang-undang. Jika kita ingin menjadi penyanyi, kita akan belajar muzik.Jika kita ingin bebas kewangan, kita perlu belajar dari orang yg sudah mencapai kebebasan kewangan. INGAT TUAN2 BAHAWA RAHSIA KEJAYAAN TIDAK PERNAH BERUBAH!!
Sebab Kedua: Menangguh-nangguhkan langkah sehingga menjadi terlalu lewat. Ya..setiap penangguhan disertakan sekali dengan alasan. Saya busy lah...Saya tak ada masa lah...Saya takde kemahiran lah...Saya takde duit lah...dan bermacam-macam lagi alasan. Bak kata Dr Fadhilah Kamsah, "Orang buat duit, kita buat alasan..."setiap alasan logik2 belaka..yer lah, nama pun alasan...Setiap manusia biasanya tergerak untuk melakukan sesuatu termasuk mencari duit lebih apabila timbul masalah. Masa tengah senang, tak ada fikir pun...buat tak endah, tak risau.. buat rileks jer...tak hiraukan apa-apa. Bila dah ada masalah, mulalah kelam kabut. Mulalah mencari penyelesaiannya..kadang2 keadaan dah terlalu lewat dan sukar melakukan perubahan. Oleh itu, kita perlu bersedia lebih awal. Orang tua-tua kata, "sediakan payung sebelum hujan". Sedarilah...memang terdapat hubungan antara wang dan masa. Jika anda bercita-cita untuk bebas kewangan, mulalah secepat mungkin. Bayangkan anda inginkan bebas kewangan dengan menjana pendapatan RM20,000 sebulan pada 2 tahun lagi. Jika anda bermula sekarang, anda mempunyai masa selama 2 tahun untuk berusaha. TETAPI jika anda ingin bermula setahun kemudian, anda hanya ada masa 1 tahun sahaja untuk fight ! Mampukah anda? Kalau anda Superman mungkin boleh.., Jadi, mulakan awal..seawal mungkin. Bila lagi kalau bukan hari ini?
SEBAB KETIGA : Sikap takut pada kegagalan - anda akan gagal. Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak meletakkan usaha yang lebih. Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak memulakan perniagaan. Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak memulakan usaha. Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak MELAKUKAN LANGKAH PERTAMA! Contohnya, saya bagi jelas sikit. Bila anda takut pada kegagalan, anda tidak akan berusaha dengan kuat. Mungkin anda akan cakap macam ni dalam hati ," Alahh..tak perlu lah buat betul-betul...kalau tak menjadi pun takpe, takde la rugi dan terasa sangat. Kita buat sikit jer..so tak pressure sangat" Anda silap kalau berfikir macam tu kerana, musuh utama kepada kejayaan adalah, takut kepada kegagalan. Saya ulangi sekali lagi, MUSUH UTAMA KEPADA KEJAYAAN ADALAH KERANA TAKUT PADA KEGAGALAN.
Sebenarnya, kegagalan mengajar kita cara untuk berjaya. Daripada hasil kajian mendapati, jutawan-jutawan dan orang-orang yang berjaya pada hari ini adalah 98% PERNAH GAGAL...Mungkin pernah gagal dalam perniagaan...Atau pernah mengalami hutang keliling pinggang...Takut kepada kegagalan, menghalang kita mengambil langkah pertama! Orang yang berjaya adalah, orang yang akan bangkit kembali daripada kegagalan dan terus berusaha dengan meletakkan matlamat dihadapan. Apapun rintangan dan halangan, mereka bangkit lagi... demi matlamat yang harus dicapai. FINANCIAL FREEDOM... Wallahu'alam.. TOGETHER WE SUCCESS!!
Sesiapa yang Mahu Bebas Kewangan sila hubungi 019-9093854 (SMS pun ok)
Muhasabah Diri, mengapa Yahudi Bijak
| author: MatskaiPelan Pemasaran QNET Malaysia
| author: MatskaiTips Bila Menjelang Peperiksaan
| author: MatskaiTIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN
MENGATASI PELBAGAI SOALAN DAN KEBIMBANGAN
Saya tidak tahu dimana patut bermula.
Jangan panik. Senaraikan semua perkara yang perlu anda lakukan. Agih-agihkan tugasan anda kepada bahagian yang lebih kecil dan mudah dilaksanakan. Tentukan keutamaan tugasan, yang utama didahulukan. Rancang masa untuk menyelesaikan setiap tugasan ini sebaik-baiknya. Jangan sesekali ponteng kelas ketika hampir dengan peperiksaan. Anda mungkin tertinggal ulangkaji dan tip-tip penting yang dibincangkan oleh
guru atau pensyarah. Gunakan masa-masa rehat yang ada untuk mengimbas kembali apa yang telah dipelajari. Berikan masa bukan sahaja untuk belajar tetapi juga untuk merancang strategi pembelajaran anda. Jangan terburu-buru, mulakan belajar anda dengan topik yang senang dahulu. Mulakan 30 minit – 1 jam dahulu. Semakin lama, terutamanya apabila semakin hampir dengan peperiksaan, tingkatkan waktu belajar anda.
Terlalu banyak untuk dibaca sedangkan peperiksaan semakin hampir.
Buat tinjauan. Berikan masa untuk anda membuat tinjauan keseluruhan topik. Kenalpasti topik-topik penting. Fahami konsep-konsep penting. Pastikan topik yang anda maih belum faham. Mulakan belajar topik yang penting-penting dahulu. Mana-mana topik yang kurang penting, dan tidak sempat diulangkaji sepenuhnya, fokus hanya kepada fakta-fakta utama. Tetapi ingat, tinjauan hanya boleh membantu sekiranya anda benar-benar sudah tidak punya masa. Kalau anda masih sempat membacanya, maka bacalah dengan terperinci.
Subjek ini cukup membosankan. Anda rasa jemu dan mengantuk apabila membacanya.
Belajar secara aktif bukannya pasif. Gunakan kaedah membaca yang berkesan. Dapatkan soalan-soalan berkaitan dengan topik yang dipelajari sebelum memulakan ulangkaji. Pelbagaikan aktiviti ketika belajar. Selang-selikan diantara aktiviti membaca dengan menulis nota, melakar peta minda (atau peta konsep), menghafal, menggaris kata kunci dan menjawab soalan-soalan. Libatkan diri anda sebanyak mungkin dengan apa yang sedang dibaca. Tukarkan apa yang dibaca kepada gambaran minda. Belajar bersama rakan yang lebih arif tentang subjek tersebut dan bincangkan.
7 Minit untuk jadi Jutawan
Labels: questnet | author: Matskai"Luangkan 7 minit anda untuk membaca dan berfikir tentang artikel ni !!!
Ramai orang tidak berminat dengan “Network Marketing” tapi mengapa??
1. Kerana mereka mempunyai PENGALAMAN PAHIT di dalam industri ini
2. Kerana mereka DENGAR dan PERCAYA pada KATA ORANG LAIN
3. Kerana mereka FIKIR “Network Marketing” adalah SATU PENIPUAN
4. Kerana mereka telah DIPENGARUHI oleh cerita dan KEGAGALAN ORANG LAIN
5. Kerana mereka mempunyai PERSEPSI YANG SALAH terhadap “Network Marketing”
Sama ada anda tahu atau tidak :
1. “Network Marketing” telah MELAHIRKAN seramai lebih kurang 6000 ORANG JUTAWAN di MALAYSIA
dalam masa 45 tahun – lebih daripada perniagaan lain
2. Ramai orang TELAH MENCAPAI “Financial Freedom” dengan “Network Marketing” di mana mereka
tidak perlu berfikir untuk berbelanja
3. “Network Marketing” telah MEMBANTU ramai orang MENCAPAI IMPIAN mereka
4. “Network Marketing” adalah industri KE-2 TERBESAR DI DUNIA selepas industri teknologi maklumat
– “Network Marketing” adalah industri yang PALING CEPAT BERKEMBANG di seluruh dunia
5. MASIH RAMAI yang berada dalam industri ini dan masih ramai MENJANA PENDAPATAN setiap hari,
setiap jam, setiap minit dan setiap saat TANPA MENUNGGU ANDA. Ianya bergantung pada
bagaimana anda lakukan, bagaimana anda menguruskan dan bagaimana anda membantu orang
lain untuk Berjaya – saya akan berkongsi dengan anda apakah “Network Marketing” yang sebenar
Mengapa “Network marketing” ??
1. Satu-satu nya PERNIAGAAN di dunia yang anda boleh MULAKAN dengan RM500 – RM2000 – jika
anda ada peluang begini sila kongsikan dengan yang lain
2. Di sini lah tempat untuk MEREKA YANG TIDAK BERJAYA UNTUK BERJAYA – tiada kelayakan
diperlukan
3. Perniagaan ini anda boleh lakukan secara “PART TIME”
4. Dalam perniagaan ini anda TIDAK PERLU BERFIKIR bagaimana untuk membayar gaji pekerja,
menguruskan hal kewangan, mencari projek baru dan yang PALING PENTING TIDAK PERLU
MEMBAYAR HUTANG PERNIAGAAN ANDA PADA BANK
5. PENDAPATAN ANDA ADALAH PASTI. Sama ada ANDA MAHU ATAU TIDAK untuk melakukannya
6. Inilah PERNIAGAAN ANDA SENDIRI TETAPI TIDAK DILAKUKAN SECARA BERSENDIRIAN
Mengapa ramai orang gagal dalam industri ini ??
1. Mereka terlalu FOKUS UNTUK MENAJA ORANG– INI BUKAN “Network Marketing”
2. Meraka terlalu FOKUS MENJUAL BARANG – INI BUKAN “Network Marketing”
3. Mereka BERSAMA UPLINE yang TIDAK MEMBANTU
4. Mereka TIDAK KOMITED kerana mereka TIDAK NAMPAK IMPIAN
5. Mereka TIDAK SANGGUP untuk BELAJAR dan DIAJAR
6. Mereka berada DALAM SYARIKAT YANG SALAH – INI ADALAH SANGAT PENTING
7. Mereka TIDAK MEMBUAT KAJI SELIDIK
8. Mereka terlalu BERGANTUNG PADA ORANG LAIN
9. Mereka tidak MENGIKUT SISTEM YANG TELAH MEMBANTU RAMAI ORANG BERJAYA
Luangkan 45 minit daripada masa seumur hidup anda bersama saya…saya akan kongsikan sesuatu yang anda tidak fikirkan sebelum ini…dan saya juga ingin anda berkongsi pengalaman anda…percaya lah !!!! Tingkatkan Diri Untuk Bantu Orang…
"
Hubungi Saya : 0199093854 atau Klik di sini
10 PERKARA MEMERANJATKAN DI DALAM PERKAHWINAN
Labels: Perkhawinan | author: Matskai10 PERKARA MEMERANJATKAN DI DALAM PERKAHWINAN
Bila wujud perkahwinan, tidak semesti semuanya ok dan bahagia. Ada
banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar.
Di bawah ini ada beberapa perkara melalui pengalaman masyarakat kita dan
tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalamannya selepas berkahwin.
1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.
"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang
drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi
emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami
berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan
yang bertentangan. "
2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai
setiap hari.
"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah
tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda
akan merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing
mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.
3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.
"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat
meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik
sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain
dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata."
4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.
"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar
bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS
yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal."
5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.
"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan
lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang
terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir. "
6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.
Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut
masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan
hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.
7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.
Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj
manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing
ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun
ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.
8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.
Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur
dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya
melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati
kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.
9. Hubungan seks ada turun naiknya.
Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan.
Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.
10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.
Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan
mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan
memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan
marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati.
sumber : hmrizal.blogspot.com
CARA GUNA BIODISC
| author: MatskaiBerlakon Semasa Sambutan Jubli Perak KRT Bandar Jerteh
| author: MatskaiSalam, ada juga agak bakat Alif ni, sempat juga dia terpilih untuk melakonkan watak Pak Akob semasa YB Dato Seri Idris Yusof ADUN Jerteh merasmikan sambutan Jubli Perak KRT Bandar Jerteh 2010.
SOALAN SAINS UPSR ONLINE
| author: MatskaiSalam semua, pada kali ini bertuah cikgu dan pelajar UPSR kerana saya dah mula buat projek besar iaitu menerbitkan solan sains UPSR secara online secara percuma. Klik untuk terus ke Laman soalan
Klik di sini