ANDA BOLEH IKLAN APAN SAHAJA BIZ, JAWATAN KOSONG, DAN APA SAJA KAT SINI

Bulan-Bulan Islam

|

Nama bulan Islam

Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi). Kebanyakan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut. Walau bagaimanapun, oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini.

Muharram al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

Safar (ﺻﻔﺮ)
Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.

Rabiul Awal (ﺭﺑﻴﻊﺍﻷﻭﻝ)
Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.

Rabiul Akhir (atau Rabiul thani) (ﺭﺑﻴﻊﺍﻷﺧﻴﺮ/ﺭﺑﻴﻊﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
Bulan kedua musim bunga.

Jamadil Awal (ﺟﻤﺪﺍﻷﻭﻝ)
Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.

Jamadil Akhir (atau Jamadil thani) (ﺟﻤﺪﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤﺪﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.

Rejab (ﺭﺟﺐ)
Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.

Syaaban (ﺷﻌﺒﻦ)
Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

Ramadhan (ﺭﻣﻀﻦ)
Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)
Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

Zulkaedah (ﺫﻭﺍﻟﻘﻌﺪﻩ)
Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula neghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

Zulhijjah (ﺫﻭﺍﻟﺤﺠﻪ)
Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.

Blog Pelajar

|

Senarai Blogger dan emel

1. Rizuan Harun
2. Farhan Dzulkefli
3. Fakhrul Razi
4. Hafiz Mokhtar
5. Suzianie
6. Hasan Hilmi
7. Dzul Ikram
8. Yahya A.Salam
9. Shahmi
10. Norasikin
11. Hidayah M.Napi
12. Nurul Ainni
13. Abd Basit
14. Amiruddin
15. Faisal

Manusia Tak Pernah Ke Bulan

|

PERTANDINGAN BLOG

|

PENGANJUR : KELAB KOMPUTER & GROUP ELITE MATSKAI (Murid tahun 6)
DENGAN KERJASAMA PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN ANAK IKAN.


RASIONAL
1) Mendedahkan peserta pertandingan dengan kaedah komunikasi berbentuk blog.
2) Kaedah dan teknikal yang ada pada tahap pembinaan blog adalah menjurus kepada kemahiran pengguna internet secara lebih mendalam.
3) Tips untuk membina laman blog adalah kemahiran berbentuk asas dan lanjutan kepada kemahiran penerokaan dunia internet.

OBJEKTIF
1) Melahirkan para pendidik terutamanya guru-guru Daerah Besut yang dapat menafaat Laman Blog untuk kepentingan guru dan pelajar.
2) Memberi pendedahan kepada guru tentang kemahiran dan asas dunia internet serta kemahiran membina laman blog.
3) Membentuk perkongsian bermakna setelah guru dapat berkongsi sebarang artikel berfaedah diantara satu sama lain.

SASARAN
1) Guru dalam daerah besut sahaja.

PERATURAN
1) hanya dibenarkan mengunakan Blogger.com sahaja.
2) kandungan hanya bercirikan pendidikan.
3) Bentuk kandungan tidak terhada samaada artikel, gambar, muzik, video, RSS, Feed, pautan dan sebagainya.
4) Tataletak (Layout) hendaklah menarik (sekurang-kurangnya mengandungi 5 unsur seperti pautan, arkid, profail, video) dan anda juga boleh menambah RSS,Feed,search bar, chat box bagi menghasilkan blog yang lebih menarik.
5) Template yang digunakan adalah bebas asalkan tidak mengandungi unsur ganas, seks, judi, extrem, sindiran dan seumpamanya.
6) satu blog untuk satu orang pemilik sahaja.
7) Masa untuk mebina blog ialah 10 Oktober 2007 hingga 10 November 2007.
8) Apabila sudah siap hendaklah menghantar butiran seperti:
URL Blog : (Contoh) http://yourdomain.blogspot.com
Nama anda : ..............................
Alamat Sekolah : .........................
emel anda : ..............................
9) Segala kemahiran membina laman blog hendaklah asli ( anda akan diuji setelah disaring untuk pemilihan pemenang)

10) Sila emel kepada : skaibesut@gmail.com
Hadiah
Tempat Pertama : ....................
Tempat Ke Dua : ....................
Tempat Ke TIga : ....................

Daripada : matskai

Magic Trick ( Silap Mata)

|

Pacat

|

Salah Pehe

|

Jasa Cikgu

|

DIKIR - TUNTUT ILMU

|

KAPAL ANGKASA COLUMBIA MELETUP

|

BUDAK BACA QURAN

|

MISI KE ANGKASA ISS - BERJAYA

|


Ini langkah pertama…

Jam 9.21 malam Rabu rakyat Malaysia yang pertama berlepas ke angkasa lepas.

Perhatian seluruh negara bertumpu ke pusat pelancaran Soyuz TMA-11 di Baikonur Cosmodrome ,Kazakhstan.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak serta kira-kira 1,800 para orang kenamaan menyaksikan detik bersejarah itu di Kuala Lumpur Convention Centre.

Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 35 akan berada di International Space Station (ISS),kira-kira 333 kilomiter dari bumi selama sembilan hari.

Soal istilah samaada mereka terbang sebagai 'angkasawan' atau ‘peserta penerbangan angkasa lepas’ seperti yang cuba ditonjolkan oleh Agensi Angkasa Lepas Nasional Amerika (NASA) sudah selesai.

Pihak Rusia mengitiraf mereka sebagai seorang angkasawan atau Cosmonaut.

Apa sekalipun pandangan tentang pemergian angkasawan Malaysia ini...ini adalah langkah pertama.Setiap usaha mesti bermula dengan langkah itu.- 9/10/2007

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

|


MAAF ZAHIR DAN BATIN UNTUK SEMUA KENALAN

MY RESULT UPM 2007

|

NAMA MUHAMMAD B. ABDULLAH PROGRAM BACELOR KOMUNIKASI (BCOMM)
NOMBOR MATRIK J33744 PUSAT PEMBELAJARAN PDKB


Penawaran MEI2006/2007

BIL KOD NAMA KURSUS KREDIT TARAF T1 T2 Mid Gred
1 DCE3001 PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA 4 (3+1) YW A-
2 KOB3201 PENGENALAN KOMUNIKASI MASSA 3 (3+0) YW 20.00 20.00 15.50 B+
3 KOM3207 PENGENALAN TEORI KOMUNIKASI 3 (3+0) YW 6.50 17.50 11.38 C+
4 KOM3403 PENGUCAPAN AWAM 3 (3+0) YW 49.00 5.00 A
Jumlah Unit didaftarkan 13
CGPA: 3.462, Status Keputusan: L, GPA: 3.462

Penawaran NOVEMBER2006/2007

BIL KOD NAMA KURSUS KREDIT TARAF T1 T2 Mid Gred
1 BBI2409 ENGLISH FOR ACADEMIC PURPOSES 3 (3+0) YW 13.00 14.00 18.00 B
2 BBM3401 BAHASA MELAYU TINGGI 3 (3+0) YW 24.00 21.00 B-
3 KOC3203 ASAS PENGIKLANAN 3 (3+0) YW 23.00 18.00 C+
4 SKP2203 TITAS 2 (2+0) YW 16.50 17.50 14.50 A
5 KOC3402 ASAS STRATEGI KOMUNIKASI 3 (3+0) YW 7.00 16.00 18.25 B+
Jumlah Unit didaftarkan 14
CGPA: 3.213, Status Keputusan: L, GPA: 2.982

JAWAPAN LENGKAP - KOJ3332

|

JENIS BERITA

A. BERITA DAERAH (Tempatan)
a. Kejadian baru
b. Tidak penting bagi penduduk lain
c. Contoh: Penduduk daerah Pasir Puteh digesa jimatkan air kerana rumah pam Wakaf Bunut Rosak.

B. BERITA BUKAN DAERAH
a. Berita baru dan istimewa
b. Penting untuk daerah lain
c. Contohnya: Jabatan Perikanan Kelantan menhantar sample air kolam ikan yang menyebaban ikan berkudis ke Kuala Terengganu untuk kajian lanjut.

C. BERITA NASIONAL
a. Baru berlaku dan melibatkan sebahagian besar rakyat.
b. Penting untuk Negara sendiri dan Negara lain.
c. Contoh : Mengenai pilihanraya, rancangan Malaysia dan penyelewengan peruntukan kerajaan diperingkat kementerian.

D. BERITA ANTARABANGSA
a. Peringkat Internasional & Baru berlaku
b. Berlaku disesebuah Negara atau Negara lain
c. Contohnya : Berita manipulasi ekonomi, pergolakan politik dan penjajahan Barat di rantau Arab.

AKHBAR ARUS PERDANA
a. Merupakan akhbar utama
b. Suara kerajaan
c. Organisasi yang besar
d. Matlamat khusus dan meminumunkan unsur hiburan.
e. Mementingkan perkembengan semasa.
f. Contoh : Berita harian, Utusan Malaysia, News Strait Times

PERBEZAAN AKHBAR KOMPAK DENGAN TABLOID

AKHBAR KOMPAK - Surat khabar sisipan daripada akhbar arus perdana. Mementingkan objektif dan pengetahuan kepada pengguna. Fokus kepada satu tema sahaja. Contoh akhbar sisipan ( kompak) ialah KOSMO. Akhbar kompak adalah dibawah kuasa akhbar arus perdana.

AKHBAR TABLOID - ialah surat khabar yang diterbitkan secara mingguan dalam saiz lebih kecil daripada lazim. Isi yang terdapat di dalamnya lebih bersifat tempatan, cerita hiburan, jenayah, cerita sensasi, gosip, sindiran dan bintang sukan. Kadang-kala diedarkan secara percuma kerana ada kepentingan atau ada tajaan daripada syarikat atau iklan tertentu.Format tabloid popular di United Kingdom. Saiz bukaannya adalah kira-kira 23½ kali 14¾ inci (597 mm × 375 mm).

PENULISAN BERITA MASA DEPAN
a. berita sepanjang masa
b. tiada istilah morning/ evening
c. keperluan mahir undang-undang & norma global.
d. Kemahiran pelbagai bahasa
e. Fokus kepada pembaca sasaran
f. Lebih terperinci kandungannya
g. Penggunaan alat telekomunikasi
h. Design relevan ( Contoh; IKEA)

PERBEZAAN KEWARTAWANAN ONLINE DENGAN INTERNET

KEWARTAWANAN ONLINE
- menulis untuk akhbar harian tetapi berita dipaparkan di laman web- bersifat rasmi (agensi berdaftar)-

KEWARTAWANAN INTERNET- Menulis secara khusus untul paparan dilaman web sahaja.- Rasmi (agensi berdaftar)- Ridak rasmi (cth Blog & Freelance)


KAEDAH PENYUNTINGAN ( TSUGR)
T –Tambah(apa yg perlu) S –Susun(ikut keutamaan/ susunan) U –Ubah(atau pinda sebarang maklumat) G –Ganti(perkataan/terma/istilah tertentu) R –Rujuk(kpd ketua/ sumber yg relevan)

ASPEK LOGIKA
- Elakan menyatakan fakta yang terlalu luar biasa- Luar daripada sosila budaya- Berita perlu ada kesinambungan

STAIL PENDULU BERITA
a. Bentuk Pertanyaan
I. Kenyataan dalam bentuk soalan/ jawapan disediakan
II. Contohnya : Sejauh manakah kekuatan RMK ke9. Pembentanganya akan berlangsung esok.

b. Bentuk Peluru
I. Ayat pendek, jitu dan tepat
II. Unsur suspen & mengerikan
III. Memainkan emosi pembaca
IV. Contohnya : Tun Dr Mahathir dimasukkan ke ICU di IJN.

c. Bentuk Petikan
I. Petikan langsung seseorang
II. Berbentuk kenyataan fakta
III. Contohnya : Dua akngkasawan negara layak untuk menyertai misi ke ISS pada Oktober ini. Demikian, kenyataan PM semasa sidang akhbar di Wisma Putra.

d. Bentuk Diskriptif
I. Huraian keadaan yang menarik
II. Bayangan bentuk fizikal objek
III. Wartawan mempunyai pengamatan yang tajam
IV. Pengalaman sebenar lebih berkesan.V. Contohnya : Sambil memegang Pancing Hikmatnya, En Zaiddi mempamerkan ikan marlin seberat 300 paun yang diperolehi di Pulau Perhentian, Jumaat Lalu.

e. Bentuk Parody
I. Untuk hiburan – bentuk sendiri
II. Petikan nama lagu, buku, kata hikmat & puisi
III. Contohnya: Love is Cinta, sebuah filem cinta yang terhangat dipasaran masa kini.

PERANAN PENDULU BERITA
HARDNEWS – menekankan fakta yang tepat dan jitu, kurangkan maklumat tidak penting. Mengunakan perkataan yang terus terang serta pendek. Meletakkan fakta penting di awal, sederhana penting di tengah, dan kurang penting di hujung teks berita.Contohnya: Lima maut dalam kemalangan bas Ekspres
SOFTNEWS – Mengunakan penulisan, kenyataan dan jurnal sebagai rujukan atau contoh. Tidak terlalu mainkan emosi pembaca. Lebih kepada pemyampaian maklumat secara beransur-ansur. Meletakkan fakta secara seimbang. Kesemua fakta itu sama pentingnya.

PENULISAN BERITA BENCANA ALAM
a. Gunakan bentuk peluru, kerana ianya akan menyatakan fakta secara terus kepada pembaca.
b. Menyatakan dan fokus kepada kesan/ impak
c. Kurangkan trauma
d. Elakan kekeliruan
e. Penggunaan / pemilihan kata2 yg tepat- At least / Sekurang2nya…- Approximately / Dianggarkan…- Until to date / Sehingga kini…
f. Semak kronologi peristiwa
g. Dptkan LAPORAN saksi
h. Semak dokumen / rekod sedia ada
i. Dptkan anggaran jumlah yg terkorban
j. Dptkan pandangan pakar/ intelektual
k. Dptkan ‘anchor piece’ (Cth: Black box)
l. Semak senarai korban – kalau2 ada individu yg terkenal terlibat / terbabit
m. Berikan ruang dan ‘sense of control’
n. Tinggalkan nombor hp anda
o. Bersedia secara fizikal & spiritual
p. Jgn sekali-kali bawa ‘buku nota’
q. Dtg sebagai manusia! – simpati, empati, berhemah, non-verbal yg tepat, etc.
r. Dlm apa keadaan, pemberita perlu fokus – never to be diverted from his task!

KONFLIK TERHADAP ISU ETIKA KEWARTAWANAN
1. Deciet (menipu utk dptkan berita)
2. Conflict of interest (kepentingan diri, politik, dll.)
3. Friendship (antara berita dan setiakawan)
4. Payola (’dibayar’ melalui freebies, junkets, dll.)
5. Checkbook journalism (supplements, etc.)
6. Participation in the news (dlm kempen parti, dll.)
7. Invasion of privacy (practiced by rporters that are low in educational qualification and social status)
8. Withholding information (rahsiakan info utk tujuan tersendiri)
9. Plagiarism (menciplak berita orang lain tanpa memberi kredit yg sewajarnya)

PERBEZAAN BOLD INVESTIGATION DENGAN UNDERCOVER INVESTIGATION

BOLD INVESTIGATION- BERSEMUKA- mengunakan kaedah temubual- bersedia dengan buku nota

UNDERCOVER INVESTIGATION - PENYAMARAN- melalui pemerhatian- kumpul maklumat berkaitan

PENGARUH TEORI NORMATIF

Teori Akhbar Autoritarian
• Akhbar berfungsi dari atas ke bawah. Pemerintah bertggjwb menapis berita dan pastikannya sokongan rakyat berterusan kpd pihak pemerintah. • Akhbar jadi alat pemerintah dlm menerajui negara/kerajaan.• Contoh:Keluarga Tudor di England, Empirial Rusia – Rusia, Empirial Jepun - Jepun
• Akhbar tidak boleh mengeluarkan berita yg bertentangan dgn pemerintah• - Akhbar perlu menangkis segala perkara negatif yg memburukkan kerajaan• - Akhbar perlu pastikan berita tidak mengganggu ketenteraman awam• - Akhbar perlu mengambil hati rakyat supaya ketidakpuasan hati orang ramai dielakkan• - Berita2 yg ditapis perlu bertujuan memberi sokongan kpd kerajaan.• - Wartawan / media tiada kebebasan mengumpul, menapis dan menerbitkan maklumat/berita.

Teori Akhbar Libertarian
• Ia menganggap setiap manusia sbg makhluk yg rasional (berakal). Oleh itu, pertimbangan baik & buruk bukan milik pemerintah sahaja. • Teori ini mendesak akhbar agar bebas drpd pengaruh dan penguasaan pihak pemerintah dan akhbar miliki kebebasan mutlak – sehingga mustahil untuk dilaksanakan secara efektif. • Contoh: USA (Bill of Rights), Britain, Sweden. Akhbar hendaklah bebas sepenuhnya drpd pengaruh pihak ketiga. - Akhbar dimiliki individu / kumpulan yg boleh bergerak bebas tanpa dipengaruhi pemerintah. - Tiada sebarang tekanan / sekatan / paksaan, (dll) terhadap sebarang berita yang disebarkan. - Tiada sebarang sekatan berhubung pengimportan dan mengeksportan maklumat.

Teori Akhbar Komunis Soviet
• Berlandaskan teori Autoritarian. Media beroperasi semata2 utk kepentingan pihak pemerintah. • Akhbar milik pemerintah sepenuhnya (tiada lesen individu / kumpulan). • Akhbar tidak bermotifkan keuntungan dari segi wang / material.• Contoh:Kerajaan Soviet Union satu ketika dahulu.. (Khususnya ketika pemerintahan Lenin & Stalin)

Media berperanan menanam unsur2 positif dlm masyarakat seperti yg ditetapkan pemerintah - Akhbar sbg agen utama yg memberikan gambaran positif terhadap fahaman Marxist-Lenist . - Akhbar perlu sokong segala tindakan kerajaan tanpa berbelah bahagi. - Tiada berita yang lewat / cepat – yang utama ialah penyaluran yg tepat dgn waktunya. - Berita boleh ditulus sblm berlaku / ditulis walaupun telah lama berlaku – TRAGEDI CHERNOBYL.

Teori Akhbar Tggjwb Sosial
• Juga lahir kerana masyarakat mula sedar bahawa pihak akhbar tidak lagi melaksanakan tanggungjawab awam. • Pendirian utama: Kebebasan perlu seiring dengan tanggung jawab. Asasnya sama dgn teori Libertarian. Media perlu bertggjwb dlm menyebarkan maklumat. - Berita2 yg disebarkan perlu profesional, tepat, berobjektif, dan berfokus. - Akhbar perlu berkecuali dalam hal-hal keganasan / jenayah / provokasi. - Masyarakat punyai hak & ruang utk kemukakan pendapat. Wartawan & media punyai tggjwb kpd masyarakat, majikan, kerajaan & pasaran. • Contoh: Malaysia, beberapa agensi media Britain dan Amerika Syarikat – (Post-Dispatch, Courier-Journal, Milwaukee journal).

TEORI MASA DEPAN YANG LEBIH BERPENGARUH

Teori Media untuk Pembangunan
• Lahir ekoran kesetiaan masyarakat terhadap perkembangan ekonomi, politik & sosial.

Teori Media Demokrasi
• Mengutamakan kehendak, minat & inspirasi penerima dlm kelompok politik tertentu. Gabungan pelbagai prinsip lain (Libertarian, Sosialisme, dll.).

Teori Media Islam
• Ia lahir hasil drpd usaha mencari sistem alternatif media yg berkesan. Pelbagai agama lain juga mula ‘melihat’ ke dlm ajaran masing2.

TIPS AKHIR - KOJ3332

|

TIPS: Antara aspek yang mungkin ditanya ialah:

Kaedah2 penyuntingan selepas sesebuah berita siap ditulis (TSUGR) dan kepentingan aspek logika dalam setiap berita

Jenis2 berita di Malaysia – seperti Berita Daerah (Tempatan), dll... dan definisi akhbar arus perdana.. serta perbezaan antara akhbar kompak dan akhbar tabloid

• Aspek2 yg menimbulkan konflik terhadap isu2 etika – seperti friendship, payola, dll.. serta perbezaan antara bold investigation berbanding undercover investigation.

• Aspek2 pemberitaan masa depan – seperti berita sepanjang masa, kemahiran pelbagai bahasa, dll... serta perbezaan antara kewartawanan internet dan kewartawanan online.

Pengaruh teori2 normatif media terhadap prinsip dan amalan kewartawanan – serta
kemungkinan wujudnya lain2 teori masa depan yg lebih berpengaruh.

Pelbagai stail pendulu berita – peranan sebenar pendulu berita bagi hard news, soft news.. serta cara terbaik menulis pendulu berita bagi bencana alam

Testimoni Biodisc

BOIKOT YAHUDI

BOIKOT YAHUDI

E-Jariah Mudah dan hebat

contact me

My Social : http://matskai.ning.com

 

©2009  Financial Freedom | Template Blue by TNB