ANDA BOLEH IKLAN APAN SAHAJA BIZ, JAWATAN KOSONG, DAN APA SAJA KAT SINI

Memaparkan catatan dengan label aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti. Papar semua catatan

Berita Baik Untuk kaki Candat Sotong

|

Cara pasang mata candat.... nak yang terbaik jangan segan bertanya dengan matskai.



Salam semua, pada kali ini saya nak berkongsi ilmu candat sikit., tupun apa yang hamba tahu jer.. paling penting ialah umpannya... ada kat bawah tu:


Yang ni kita boleh guna untuk umpan hanyut, tapi kalau nak candat sotong ada lagi yang seperti kat bawah ni
Yang ni kita gunakan umpan ikan, cocok jer ikan dari ekor hingga ke kepala, lepas tu lempar ke laut. Dalam masa 2-3 minit sentap jer tali kuat-kuat, kalau dah rasa berat tarik jer...jangan bagi taling kendur nanti terlepas rezeki tu. ha ha ada lagi... ni set lengkap untuk candat:



Tu jer yang hamba dapat kongsi, nanti kalau ada masa..saya akan upload gambar yang saya mencadat... moga sukses


AKTIVITI CANDAT SOTONG

|

Ustaz dengan tangkapan pertama Jam 6.30 petang

Antara tangkapan terawal Jam 6.30 petang


Sotong dengan berat 1/2 satu ekor


hafiz dengan gayanya, gaya seorang pendekar ...


Bapak Sotong yang aku dapat Jam 2.00 pagi


Jomlah kekawang candat ..seronok


Cikgu Yazid menghidu udara segar hingga terbuai





Mabuk sebelum ke Sampai kat lokasi lagi



Teruk juga jadi nelayan ni, Insyaallah ada rezeki


Assalamualaikum semua.... ulasan hamba

Pada 16 Mei yang lalu telah terubatlah hati & jiwa ini apabila hajat pada tahun ini nak mencandat sotong telah terubat jua, tak ku sangka pelawaan cikgu Yazid untuk ke laut mencandat sotong telah meriangkan hatiku pada beberapa hari sebelum itu, dengan penuh semangat lepas jumaat Cikgu Yazid telah menjemput aku untuk ke lokasi Bot ( Kuala Kg Air Tawar, Kuala Besut) tiba di sana rupanya dah ada Abe Tar (YDP PIBG) tiba lebih awal.

Nak diringkas cerita... 1/2 jam sebelum bertolak aku dah mula bersedia dengan ubat mabuk, al maklumlah lama tak ke laut. Jam 4.00 petang kami mula bertolak, dalam hati kecil ...tengah fikir dapat ker sotong hari ni sempat juga kami semua beriman atas bot...seronok juga... rezeki pada Allah... jam 6.00 lebih... belum sempat bot stabil dah ada yang melabuhkan candat, ingat aku jer yang tak sabar...rupanya rakan yang lain lagi tak sabar. Aku labuhkan candat lewat pada rakan yang lain...baru nak ikat mata candat... seekor demi seekor sotong ditipu.... aku belum tersangkut lagi... sabar, menjelang senja mata candatku mula sangkut bapak sotong... bukan main teruja lagi aku.. hebat sungguh....tapi kalau nak dibandingkan dengan pancing lagi hebat...

Malam tiba bagai angin yang lalu... sekejap jer, jam 11.00 malam, aku dah mula naik pening ada, loya ada, nak muntah ada... nasib baik aku tidur jap (1 jam lebih jugak), jam 12 lebih aku mula semula candat... rezeki aku bagus malam tu...banyak juga yang aku dapat sehingga jam 5.00 pagi aku dah mengumpul 40 ekor bapak sotong, walaupun tak sebanyak rezeki tahun-tahun lepas, aku dah tersangat puas hati dengan apa yang tersangkut pada malam tu.

Subuh menjelma... aku solat dan terus ke unjang untuk pancing ikan kerisi jap... ada juga rezeki aku pagi tu.. alhamdulilah

Rasa macam nak candat pulak rasanya....Insyaallah

Testimoni Biodisc

BOIKOT YAHUDI

BOIKOT YAHUDI

E-Jariah Mudah dan hebat

contact me

My Social : http://matskai.ning.com

 

©2009  Financial Freedom | Template Blue by TNB