ANDA BOLEH IKLAN APAN SAHAJA BIZ, JAWATAN KOSONG, DAN APA SAJA KAT SINI

Candat Sotong - fasa 1 2009

|

Misi Mencandat Fasa 1 -01.05.2009


Salam semua, mencandat sotong memang tak dilepaskan setiap tahun, tapi pada tahun ni memang power sikit pasal penulis telah meluangkan masa untuk mencandat sebanyak 3 kali dalam musim mencandat. Pada kebiasaanya hanya satu kali jer. Sebenarnya 2 kali jer, entah apa jadi rakan call last minute nak pergi candat pada 1 Mei 2009, sepatutnya penulis rehat jer bersama anak bini. Apapun pasal candat dan mancing memang tak ada halangan.


Pada pagi 1 mei, penulis bersama abang nei dan Cikgu Simei bertolak dari rumah penulis jam 2.30 petang, betullah kata Cikgu Simei, nak sembahyang pun tak khusyuk teringatkan penganjur kami kata nak bertolak seawal jam 3.00 petang. Pendekkan cerita, sampailah kami di Jeti Kg Air tawar...minum dulu bersama rakan... seleng 15 minit menunggu kami kelam kabut apabila beberapa tekong bot yang minum bersama bertanyakan dengan tekong atau bot mana kami nak pergi candat, dimaklumkan bahawa bot yang kami tempah dah ada sekumpulan dari KL yang bersimbung tempahan... rakan-rakan dah mula tak senang hati ... selang 10 minit penganjur atau boss kumpulan kami datang... terus report masalah, namun kami diberitahu akan pergi jugak, tapi dengan bot yang lain dan lebih kecil saiznya... atau mungkin kurang selesa berbanding dengan bot asal. Sangkaan kami betul... kami diganti dengan bot yang agak kurang selesa.... namun misi mencandat mesti diteruskan ...jam 4.00 petang kami mula bertolak.

Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 2 jam, kami pun sampai tempat mencandat ..apa lagi kumpulan kami seramai 12 orang mula bertwist-twist... tapi kali ni ramai yang gunakan jora... hanya penulis dan 2 rakan lain jer yang gunakan koyan. Apapun cara, sotong tak kisah dia akan bedal dan mudah kena tipu. satu permulaan yang kurang baik apabila sotong yang melekat amat sikit sekali, penulis tak dapat sekor pun... he tak ada rezeki dan tak ada sotong agaknya... masa berlalu begitu pantas jam menunjukan 9.00 malam. Situasi malam itu mengingatkan penulis kepada seorang nelayan yang penulis jumpa sebelum bertolak menyatakan bahawa sotong tak ada on sekarang ni, mungkin nanti bulan cerah baru ada... kata-kata nelayan tu ada benarnya..rata-rata kami semua tidak mendapat tangkapan yang baik. Rezeki kami agak kurang malam tu. Penulis pun mula mengantuk dan ambil peluang untuk tidur jap.

Sedar tak sedar jam dah 12.30 malam, bangun dari tidur terus mencandat, candat punya candat tak dapat aper pun.. selang beberapa minit udara amat sejuk laju berlalu, eh mungkin ribut malam ni.... sangkaan penulis tepat.. jam 12.58 pagi ribut mula melanda kencang, masing-masing agak cemas apabila bot dah mula terhoyang-haying membelah badai... dalam hati kecil penulis asyik teringat tong, maklumlah tak ada life jacket. Lebih kurang 45 minit kami bertarung dengan ribut yang agak kencang, tak heranlah beberapa rakan kami dah mula muntah-muntah denganteruk sekali, penulis cuba membantu rakan yang mabuk agaknya. Namun kami lega ribut dah bernsur reda.. apa lagi sambung lagilah misi kami. Sedar tak sedar waktu subuh menjelma, namun tangkapan tetap kurang...oklah mungkin lepas ni boleh layang kerisi pulak.


Jam 7.30 pagi, kami bertolak ke unjang untuk melayan kerisi, ada jugak rezeki kami walaupun tak lumayan. Beberapa kali kami bepindah untuk mendapatkan lokasi kami yang terbaik, sehinggalah jam 11.00 tengahari kami bertolak pulang. Semoga misi kami akan memberi pengajaran dan juga tauladan... Insyaallah candat untuk fasa kedua 8 Mei nanti akan berhasil.
Selamat Enjoys
Video Lengkap Misi

0 Komen:

Catat Ulasan

Testimoni Biodisc

BOIKOT YAHUDI

BOIKOT YAHUDI

E-Jariah Mudah dan hebat

contact me

My Social : http://matskai.ning.com

 

©2009  Financial Freedom | Template Blue by TNB