ANDA BOLEH IKLAN APAN SAHAJA BIZ, JAWATAN KOSONG, DAN APA SAJA KAT SINI

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN BERLOKASI SEKOLAH

|

Kementerian Pelajaran, JPN tidak lagi tentukan kursus untuk diikuti pendidik SEBANYAK 40 peratus daripada peruntukan program latihan guru dalam perkhidmatan, diagihkan terus kepada sekolah seluruh negara mulai tahun ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom. Berikutan penetapan terbaru itu, beliau berkata, pihak sekolah boleh membuat perancangan dan keputusan sendiri untuk menentukan pelaksanaan program latihan berdasarkan keperluan guru masing-masing.
Berbanding program latihan sebelum ini dijalankan secara berpusat dengan peruntukan diletakkan di Kementerian Pelajaran dan jabatan pelajaran negeri (JPN), katanya, pihak sekolah kini berpeluang menggunakan kreativiti serta inovasi dalam usaha mempertingkat guru mereka. “Ini bermakna tidak perlu lagi kita menentukan kursus untuk guru, misalnya menetapkan sesebuah sekolah itu mesti menyertai program latihan teknologi maklumat dan komunikasi sedangkan ia mungkin tidak penting baginya kerana tenaga pengajar di sana sudah ada kemahiran itu. “Sebaliknya, guru di sekolah berkenaan mungkin lebih memerlukan pendedahan kemahiran berkomunikasi. Dalam konteks ini, pihak sekolah lebih maklum keperluan masing-masing. Justeru, biarlah mereka yang membuat pilihan program latihan sendiri.
“Tambahan pula, langkah memperkasakan sekolah ini dapat mengelakkan guru daripada keluar menghadiri program latihan di luar, sekali gus tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. “Malah, semua guru akan berpeluang mengikuti program latihan dalaman ini berbanding jika diadakan secara berpusat, hanya beberapa orang dipilih mewakili setiap sekolah yang menyertai kursus itu. “Ini memenuhi ketetapan dasar pendidikan bahawa setiap guru perlu mendapat latihan tujuh hari setahun,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) 2008 bertema ‘Kepimpinan Berkualiti Menjana Modal Insan Cemerlang’ di Kuala Lumpur, kelmarin. Program peringkat kebangsaan selama empat hari itu yang disertai 132 PPD, antara lain bertujuan menghasilkan modul pengurusan pendidikan berkesan untuk pembangunan modal insan yang dapat memenuhi aspirasi negara.
Selaras pelaksanaan itu, Alimuddin berkata, 40 peratus daripada baki jumlah peruntukan terbabit akan dikendalikan Bahagian Pendidikan Guru (BPG), manakala 20 peratus lagi diletakkan di bawah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Dalam pada itu, beliau berkata, jumlah peruntukan yang diagihkan terus kepada setiap sekolah tertakluk kepada bilangan guru masing-masing, termasuk di sekolah kurang murid. Mengenai langkah kementerian memastikan pihak sekolah benar-benar memanfaatkan peruntukan diterima itu untuk menjalankan program latihan dalaman bagi guru masing-masing pula, Alimuddin berkata: “Pihak sekolah perlu menghantar laporan pada akhir tahun mengenai jumlah wang digunakan dan kursus yang sudah dilaksanakan. Saya nampak langkah ini lebih berkesan berdasarkan konsep ‘let the manager manage’.” Seterusnya, Alimuddin turut menekankan perlunya pengurangan kerenah birokrasi terlalu ketat yang boleh mengekang kreativiti pengetua dan guru besar merealisasikan hala tuju kemajuan sekolah masing-masing. “Asalkan tidak melanggar peraturan dan ketetapan dasar, biarlah pemikiran datang daripada pihak sekolah sendiri. Ini akan membantu membawa perubahan dari segi kreativiti dan inovasi dalam pendidikan negara,” katanya.

0 Komen:

Catat Ulasan

Testimoni Biodisc

BOIKOT YAHUDI

BOIKOT YAHUDI

E-Jariah Mudah dan hebat

contact me

My Social : http://matskai.ning.com

 

©2009  Financial Freedom | Template Blue by TNB