ANDA BOLEH IKLAN APAN SAHAJA BIZ, JAWATAN KOSONG, DAN APA SAJA KAT SINI

Anak korban mesin papan

|



Oleh Mohammad Ishak
am@hmetro.com.my


JERTIH: Hajat seorang bapa membaiki dinding rumahnya yang reput di Kampung Anak Ikan dekat Tok Dor di sini, berakhir tragedi, semalam.

Ini berikutan anak lelakinya yang berusia tiga tahun terbunuh akibat terkena mesin pemotong yang digunakan untuk melakukan kerja terbabit kira-kira jam 5 petang.

Mangsa, Muhammad Amirul Azim, dikatakan sedang bermain di bawah rumah bersama adiknya apabila mesin pemotong digunakan bapanya, Kamaruddin Talib, 38, terlepas dari genggaman lalu terpelanting dan terkena pipi dan lehernya.

Difahamkan, sebelum kejadian, Kamaruddin sedang menukar dinding rumah mereka yang reput sebelum disewakan.


Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata polis menerima laporan daripada seorang waris keluarga mangsa kira-kira jam 7 malam yang memaklumkan kejadian berkenaan.


Sebelum kejadian, katanya, Kamaruddin mahu memotong papan dinding yang reput akibat dimakan anai-anai menggunakan mesin pemotong itu yang ditukar mata bagi memotong papan.

Katanya, bapa kanak-kanak itu berada di atas tangga memotong dinding berkenaan sebelum tiba-tiba mesin itu yang digerakkan dengan kuasa elektrik terlepas dari genggamannya.

Beliau berkata, gegaran yang kuat itu menyebabkan mesin canai berkenaan terpelanting sebelum melantun ke arah mangsa yang sedang bermain bersama adiknya di bawah rumah.

"Mesin itu mulanya terkena pipi mangsa kemudian menghiris pangkal leher kiri menyebabkan mangsa terus rebah.

"Sebaik menyedari kejadian itu, bapa mangsa terus mendukung anaknya lalu menahan sebuah kenderaan yang datang dari Bachok, Kelantan, menghala Kuala Terengganu sebelum berpatah balik menghantar anaknya untuk rawatan kecemasan di Hospital Besut.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan akibat kecederaan parah dialami," katanya.

Hasil bedah siasat, katanya, doktor mengesahkan kematian mangsa berpunca daripada kecederaan parah di pangkal leher kiri dengan bahagian saluran darah utama terputus selain cedera di pipi akibat terkena mata mesin pemotong itu.

Menurutnya, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kemalangan biasa kerana hasil siasatan mendapati tiada unsur kecuaian atau jenayah terhadap mangsa.

Usaha menemubual ibu bapa kanak-kanak itu gagal kerana mereka terlalu sedih dengan kejadian berkenaan.


Emel Artikel
Cetak Artikel


0 Komen:

Catat Ulasan

Testimoni Biodisc

BOIKOT YAHUDI

BOIKOT YAHUDI

E-Jariah Mudah dan hebat

contact me

My Social : http://matskai.ning.com

 

©2009  Financial Freedom | Template Blue by TNB