ANDA BOLEH IKLAN APAN SAHAJA BIZ, JAWATAN KOSONG, DAN APA SAJA KAT SINI

Penyakit Masyarakat

|



Assallamualaikum wbt.


Timbulnya penyakit masyarakat atau kemungkaran itu di sebabkan beberapa perkara saperti berikut:

1. Disebabkan keyakinan manusia terhadap Tuhan sudah nipis atau pun kata kata lain, perasaan Tauhid sudah berkurangan.

2. Oleh kerana manusia itu sudah tidak yakin lagi dengan adanya akhirat ataupun sekiranya masih ada keyakinan namun keyakinan itu sudah nipis.

3. Disebabkan manusia itu terlalu sayang dan cinta pada diri mereka sendiri.


Ulasan di atas:

Manakala seseorang itu sudah nipis rasa tauhidnya, sudah nipis keyakinan tentang adanya Tuhan, atau mempercayai adanya Tuhan serta tidak adanya Tuhan sudah sama banyak maka di waktu itu manusia tidak punyai tempat lagi untuk di takuti. Sudah tidak ada lagi kuasa ghaib yang di takuti. Dia akan menjadi manusia yang yang cuba menyesuaikan diri dalam semua keadaan, di kalangan ulama ulama dia berpura pura warak sementara di susana lain dia mungkar.Dia sanggup mencuri apabila dia berseorangan atau merogol, atau melakukan apa sahaja apabila kepercayaan terhadap kuasa ghaib itu sudah tiada.


Dengan inilah maka merebaknya penyakit penyakit masyarakat.Dia sanggup membunuh apabila rahasia nya di ketahui umum saperti membunuh orang yang menyaksikan dia mencuri atau membunuh gadis yang dirogoli kerana takutkan perbuatan itu di ketahui umum.Apabila manusia itu tidak yakin dengan hari akhirat atau pun sekiranya ia punyai keyakinan tetpai keyakinan itu sudah nipis maka akhirat itu sudah tidak lagi menjadi idaman atau cita cita nya. Dengan ini hilang lah sifat mahu berjuang atau berjihad kerana fikiran nya sudah tertumpu untuk dunia semata mata.Dia membina dunia untuk dunia.


Dia mencari wang untuk dunia, dia mencari pangkat untuk dunia, dan segala galanya adalah untuk dunia.Kadang kadang urusan akhirat sendiri pun di jadikan untuk dunia.Dia hanya sembahyang di khalayak ramai supaya ia menjadi calon di kalangan orang beriman.Dia ber lagu atau mengaji Quran untuk hadiah atau pun untuk wang dan sudah tidak lagi untuk akhirat.Keyakinan terhadap akhirat itu terumbang ambing di mana urusan dunia adalah untuk dunia urusan akhirat juga di duniakan.


Inilah yang menghasilkan penyakit masyarakat.Apabila manusia itu telah cinta dengan diri sendiri maka timbullah usaha bagaimana mahu senang sendiri, mahu senang keluarga sendiri, mahu senang kawan kawan sendiri.Akan timbullah perasaan mahu kaya sendiri, akan timbullah untuk membela supaya pandai sendiri.Dalam hal hal mahu membela nasib yang akan bersangkut paut dengan diri sendiri maka ada kalanya terpaksa melanggari hak asasi orang lain,terpaksa merosakkan kepentingan orang lain, kadang kadang terpaksa memijak kepala orang lain dan terus merugikan orang lain.Orang lain yang mempunyai sikap yang sama juga akan melakukan hal yang sama maka akan mencetus kekacauan, peperangan, tindas menindas, lahir perasaan hasad dengki, dan berbagai bagai kekacauan lagi. Inilah yang meyebabkan merebak dan bermaharajalelanya lagi penyakit masyarakat.

Salam & Regards:
Wahab Amri

0 Komen:

Catat Ulasan

Testimoni Biodisc

BOIKOT YAHUDI

BOIKOT YAHUDI

E-Jariah Mudah dan hebat

contact me

My Social : http://matskai.ning.com

 

©2009  Financial Freedom | Template Blue by TNB