ANDA BOLEH IKLAN APAN SAHAJA BIZ, JAWATAN KOSONG, DAN APA SAJA KAT SINI

KOJ3332 - PRINSIP & AMALAN KEWARTAWANAN

|

TUGASAN
PRINSIP DAN AMALAN KEWARTAWANAN
(KOJ 3332)


ARAHAN UMUM:
1.) Pastikan setiap tugasan ditaip menggunakan font “Times News Roman” (saiz 12).
2.) “Line spacing” bagi perenggan (paragraph) tidak melebihi “1.5 lines”.
3.) Markah penuh bagi Tugasan 1: (20 peratus); Tugasan 2: (20 peratus).
4.) Had minimum setiap tugasan: 20 muka surat. Tiada had maksimum. Namun tugasan yang
tebal sewajarnya padat dengan isi.
5.) Pastikan nama dan nombor matrik anda ditulis dengan tepat. Anda bebas memilih sama ada
ingin menyempurnakan tugasan secara individu ataupun berkumpulan. Tetapi, jika
berkumpulan, maksimum 2 orang sahaja. Jika tugasan 1 secara berkumpulan, tugasan 2
juga mesti dengan ahli & kumpulan yg sama.
Peringatan:
• Sebarang penambahan nama ahli kumpulan pada tugasan yang telah dihantar dengan
apa juga alasan seperti terlupa dan sebagainya tidak akan dilayan.

• Setiap individu WAJIB menyemak tugasan yang hendak dihantar terlebih dahulu. Sebarang
masalah berhubung isu kecuaian tidak akan dilayan.

TUGASAN 1
Tugasan 1 berdasarkan kandungan Unit-Unit Modul KOJ 3332:
Muhamad Rosli Selamat. (2001).
Prinsip dan Amalan Kewartawanan – KOJ 3332.
Universiti Putra Malaysia: Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh (Ideal).
Arahan Khusus bagi Tugasan 1:
Dapatkan Modul tersebut dan anda akan menemui 10 unit dalamnya:
Unit 1: Proses Penulisan
Unit 2: Peranan Wartawan dan Akhbar
Unit 3: Maklumat Asas Kewartawanan
Unit 4: Ciri Berita
Unit 5: Penulisan Pendulu Berita
Unit 6: Format Piramid Terbalik
Unit 7: Peranan Bilik Berita dan Cabaran Media yang Berubah
Unit 8: Pemberitaan Penyiasatan
Unit 9: Etika Kewartawanan
Unit 10: Teori Persuratkhabaran
Pilih salah satu daripada unit tersebut, kemudian laksanakan arahan-arahan berikut:
1.) Bincangkan secara panjang lebar berhubung apa yang anda faham dengan topik-topik
yang dikupas dalam unit tersebut.
2.) Apakah aspek baru yang anda perolehi daripada unit itu?
3.) Apakah aspek yang telah anda ketahui sebelum membaca modul itu sebelum ini?
4.) Bincangkan pengalaman anda yang mempunyai perkaitan dengan unit yang anda baca
(sama ada secara langsung ataupun tidak)
5.) Nyatakan aspek2 yang dapat anda pelajari daripada unit tersebut?
6.) Berikan kritikan-kritikan anda terhadap topik-topik yang ditulis dan dikupas itu.
7.) Berikan tajuk2 topik tambahan yang difikirkan perlu dimuatkan ke dalam modul.
8.) Andaikan anda diberi peluang menyusun kembali modul ini, apakah aspek yang anda
ingin ubah, buang dan tambah agar lebih berkesan?
9.) Bagaimanakah pengetahuan yang anda perolehi daripada kursus ini dapat memberi
manfaat kepada kehidupan seharian anda?

TUGASAN 2
Berikut ialah tajuk-tajuk tugasan yang perlu anda sempurnakan.
1. Pengurusan Berita dalam Era Digital di Malaysia
2. Sumber Pengumpulan Berita di Malaysia
3. Pengaruh Sumber dalam Proses Pengumpulan Berita di Malaysia
4. Pengumpulan & Penulisan Berita untuk Media Cetak dan Elektronik di Malaysia
5. Pengaruh Persekitaran terhadap Proses Pengumpulan Berita di Malaysia
6. Pengumpulan dan Penulisan Berita Khusus di Malaysia
Arahan khusus bagi Tugasan 2 sahaja:
• Pilih satu sahaja tajuk sebagai tajuk tugasan anda.
• Tajuk-tajuk tugasan yang ganjil (Tugasan nombor 1, 3, dan 5), hanyalah untuk pelajar yang
memiliki nombor matrik yang ganjil di hujungnya. Misalnya 112001, 112003, 112005.
• Tajuk-tajuk tugasan yang genap (Tugasan nombor 2, 4, dan 6), hanyalah untuk pelajar yang
memiliki nombor matrik yang genap di hujungnya. Misalnya 112002, 112004, 112006.
• Anda bebas menentukan skop dan kandungan tajuk yang anda pilih. Anda boleh mengikut
skop dan kandungan yang terdapat dalam modul anda sebagai panduan dan rujukan.
• Setiap tugasan perlu mempunyai rujukan, terutamanya jika kita menghuraikan fakta yang
diambil daripada pandangan penulis-penulis lain. Setiap rujukan seharusnya mematuhi garis
panduan rujukan APA.
• Rujukan bagi tugasan kedua ini hendaklah tidak kurang daripada lima (5) buah buku. Lapan
puluh peratus (80%) daripada bahan rujukan tugasan anda mestilah diterbitkan dalam tahun
1990an sahaja.

TARIKH AKHIR PENGHANTARAN KEDUA-DUA TUGASAN:
PADA TARIKH PEPERIKSAAN AKHIR
BAGI KURSUS KOJ 3332

CONTOH-CONTOH
MELAKSANA DAN MEMBUAT RUJUKAN
DALAM TUGASAN
A: Contoh OUTLINE tugasan
• Abstract
• CONTENTS OUTLINE
• INTRODUCTION
• DEFINITION
• DISCUSSIONS
• FUTURE DEVELOPMENT
• CONCLUSION
• BIBLIOGRAPHY
B: Contoh umum FORMAT APA
Dissertasi/ Tesis sarjana:
Ahmed, S.T. (2001). Internet usage and communication behavior among Malaysian working
women. Ph.D. Dissertation. University Putra Malaysia.
Jurnal
Asiah Sarji. (1982). The historical development of broadcasting in Malaysia and its social and
political significance. Media Asia. No. 9 pp. 150 – 160. AMIC Singapore.
Buku
Naisbitt, J. (1994). Global paradox. London: Brealey Publishing Ltd.
Buku-buku terbitan (berkala):
Kerajaan Malaysia. (1996). Rancangan Malaysia Kelapan 2001 - 2005. Kuala Lumpur:
Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Majalah:
SASARAN. (December, 2001). Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam Selangor:
Fakulti Communication dan Pangajian Media.
C: Contoh merujuk secara akademik
Globalization is a current international issue in the present day. It reshapes things faster
than the will and power of mankind to oppose (Greider, 1997). To Malaysian government, the
arrival of globalization has made us more sensitive towards anything that might cause an
outbreak of ethnic violence. Yet, despite all restrictive media laws and regulations, more and
more broadcasting stations and channels, and newspapers are offered to the public (SASARAN,
December, 2001).
In accordance to her Vision 2020, Malaysia had planned to leap from the 'Age of
Industrial' into the 'Age of Information and Knowledge' - fully cognizant of the potential of ICT
to accelerate and transform social and economic development (Kerajaan Malaysia, 1996). In
achieving these aspirations, Malaysian Government prefers not to relinquish the necessity of
national integrity as our primary policy. Come what may in a few years to come, the attitude of
tolerance and brotherhood will always stand as the foundation of our ICT development.
saifulrahman72@hotmail.com

0 Komen:

Catat Ulasan

Testimoni Biodisc

BOIKOT YAHUDI

BOIKOT YAHUDI

E-Jariah Mudah dan hebat

contact me

My Social : http://matskai.ning.com

 

©2009  Financial Freedom | Template Blue by TNB