ANDA BOLEH IKLAN APAN SAHAJA BIZ, JAWATAN KOSONG, DAN APA SAJA KAT SINI

KAJIAN PENYELIDIKAN

|

Perbandingan Keberkesanan Teknologi Multimedia dan Bahan bercetak Untuk Pembelajaran Pendidikan Islam Di Sekolah Kebangsaan Anak Ikan.

ABSTRAK
Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti kesan penggunaan Multimedia interaktif terhadap pencapaian markah ujian topikal Pendidikan Islam pelajar. Berdasarkan postulat bahawa pembelajaran menggunakan Multimedia interaktif adalah satu proses yang konstruktif, kajian ini membandingkan pembelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan teknologi Multimedia dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan bahan bercetak. Seramai 60 orang sampel telah dipilih berdasarkan pencapaian Pendidikan Islam mereka (pencapaian sederhana dan pencapaian tinggi) yang kemudiannya telah dibahagikan secara rawak kepada tiga kumpulan eksperimen (kumpulan kawalan, kumpulan Multimedia dan kumpulan bahan bercetak). Kaedah statistik yang telah digunakan untuk menganalisis data ialah ujian sampel bebas.

Bab 1 : Masalah Kajian

PENGENALAN

Semenjak kebelakangan ini minat terhadap penggunaan Multimedia di dalam pendidikan semakin meningkat. Pakar-pakar perisian telah menambahkan suara, grafik, gambar foto dan video ke dalam perisian yang dahulunya didominasikan oleh teks sahaja. Kini perisian yang dikenali sebagai Multimedia itu lebih bersifat interaktif. Diperingkat sekolah guru-guru dapat membina bahan Multimedia sendiri melalui penghasilan individu atau berkumpulan. Guru boleh mengintergrasikan beberapa Program seperti MS Offoce dengan Hotpotatoes bagi menghasilkan dapatan yang menarik.

Dengan menggunakan Multimedia interaktif, ianya memberi peluang kepada seseorang itu khususnya pelajar untuk mempelajari seterusnya memahami sesuatu topik pelajaran. Penggunaan perisian Multimedia interaktif di dalam bidang pendidikan sudah tentu mendapat pandangan positif beberapa pihak. Perisian Multimedia interaktif ini diandaikan mempertingkatkan pembelajaran dan pencapaian pelajar. Pelajar diandaikan lebih kerap belajar dengan menggunakan komputer yang serba canggih ini. Markah ujian pelajar diandaikan akan meningkat, pelajar akan mengingat lebih banyak maklumat, dan belajar dengan kadar yang lebih cepat (Hokanson & Hooper, 2000). Seterusnya, pembelajaran berbantukan komputer ini diandaikan akan menyediakan pelajar untuk memasuki dan bersaing di arena globalisasi yang serba moden (Oppenheimer, 1997).tanpa bantuan orang lain (Laszlo & Castro, 1995). Penggunaan Multimedia interaktif juga membolehkan seseorang itu berinteraksi terus dengan komputer atau perisian bagi mendapatkan maklumat atau ilmu pengetahuan semaksima mungkin. Ini sudah tentu lebih menarik jika dibandingkan dengan kaedah konvensional yang menggunakan bahan bercetak bagi menyampaikan maklumat.
Disebabkan teknologi Multimedia interaktif ini lebih menarik dan canggih, pelbagai perisian pendidikan bagi pelbagai mata pelajaran telah dibangunkan berasaskan teknologi interaktif ini (Valerie & Lisa, 1994). Di Malaysia, perisian yang berbentuk Multimedia interaktif ini telah dibangunkan untuk empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, dan Pendidikan Islam.Namun demikian bahan Multimedia Pendidikan Islam amatlah kurang jika dibandingan dengan matapelajaran di atas, namun demikian usaha proaktif telah dilakukan oleh Jabatan Pelajaran dan guru-guru pendidikan menghasilkan CD dan persembahan Multimedia untuk pengajaran Pendidikan Islam. Perisian-perisian ini dibangunkan oleh Telekom Smart School (TSS) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (Telekom Smart School Website: www.tmsmartschool.com.my). Ini adalah satu usaha yang sangat baik yang membuktikan Malaysia juga tidak ketinggalan di dalam perkembangan teknologi perkomputeran yang semakin hari semakin canggih itu. Ini juga sebenarnya menyahut seruan ke arah negara yang maju pada tahun 2020 yang mana rakyat Malaysia mampu bersaing di arena globalisasi yang berasaskan teknologi maklumat (Mahathir Mohammad, 1998).
Penggunaan perisian Multimedia interaktif di dalam bidang pendidikan sudah tentu mendapat pandangan positif beberapa pihak. Perisian Multimedia interaktif ini diandaikan mempertingkatkan pembelajaran dan pencapaian pelajar. Pelajar diandaikan lebih kerap belajar dengan menggunakan komputer yang serba canggih ini. Markah ujian pelajar diandaikan akan meningkat, pelajar akan mengingat lebih banyak maklumat, dan belajar dengan kadar yang lebih cepat (Hokanson & Hooper, 2000). Seterusnya, pembelajaran berbantukan komputer ini diandaikan akan menyediakan pelajar untuk memasuki dan bersaing di arena globalisasi yang serba moden (Oppenheimer, 1997).





Latar Belakang Kajian

Manusia telah dikurniakan akal fikiran oleh Tuhan yang Maha Esa. Salah satu
tujuan manusia diberikan akal adalah supaya mereka dapat hidup dengan sempurna di dunia ini serta dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Akal berfungsi membantu manusia mencipta pelbagai perkara dan benda untuk memudahkan mereka dalam pelbagai urusan dan dengan tidak secara langsung, pelbagai ilmu dan teknologi telah berjaya diwujudkan. Sebagai contoh, manusia di Mesir telah berjaya menemui cara atau ilmu membuat kertas dari pokok papirus. Secara umumnya, ilmu dan teknologi merupakan dua elemen yang tidak dapat dipisahkan dan ia saling berkait antara satu sama lain. Teknologi komputer juga adalah salah satu contoh hasil dari pemerhatian dan pengkajian yang mendalam oleh manusia yang bertujuan untuk memudahkan urusan duniawi manusia. Dengan teknologi ini juga telah berjaya merancakkan lagi perkembangan teknologi-teknologi lain seperti teknologi dalam bidang geologi dan pertanian.
Bidang pendidikan juga tidak terlepas dari arus gelombang ledakan teknologi
kompuer di mana ia telah memudahkan para pendidik untuk melahirkan satu generasi yang mampu memperkembangkan bakat diri menjadi manusia yang sepadu antara akademik dan akhlaknya serta harmonis dalam setiap aspek sepertimana yang telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Kajian ini sebenarnya merupakan kajian pertama yang bertujuan menyokong, mendalami dan seterusnya berkemungkinan menjawab serta memberi gambaran tambahan tentang keberkesanan penggunaan Multimedia interaktif khususnya di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Sebenarnya tanpa kita sedari, dengan penggunaan Multimedia interaktif di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, ianya merupakan satu lagi inovasi di dalam cara memperolehi sesuatu ilmu pengetahuan atau penyampaiannya. Berlandaskan konsep konstruktivisme di mana seseorang itu membina sendiri atau memperkembangkan lagi kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai, kajian ini juga sebenarnya ingin memperlihatkan bagaimana penggunaan Multimedia interaktif memainkan peranannya, khususnya di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam yang sememangnya menjadi tuntutan kehidupan manusia. Dalam mendalami kajian ini hendaklah perlu memahami dua istilah penting iaitu teknolgi Multimedia dan bahan bercetak.

Teknologi Multimedia
Teknologi Multimedia merupakan satu atau lebih medium yang mencantumkan elemen grafik, audio dan video bagi melahirkan kesan yang kuat terhadap komunikasi (Narimah Ismail, 2004). Dalam kepesatan teknologi pada masa ini Multimedia sudah tidak menjadi asing bagi semua lapisan masyarakat terutama dikalangan pendidik. Contoh bahan Teknologi Multi Media untuk pengajaran ialah CD Interaktif, persembahan, perisian berasaskan web dan juga ujian secara maya.

Bahan Bercetak
Sebarang bahan yang dijelmakan dalam keadaan verbal adalah merupakan bahan bercetak, ianya merupakan saluran komunikasi bagi menyampaikan matlamat tertentu (Dr Megat Al Imran, 2006). Dalam pengajaran bahan bercetak merujuk kepada buku teks, lembaran kerja, catatan ringkas dan peta minda.


Jika dilihat kepada suasana pengajaran dan pembelajaran dahulu, kebanyakan
para guru lebih cenderung menggunakan kaedah konvesional iaitu menggunakan kaedah “Chalk and Talk” di mana guru secara total menjadi tutor kepada pelajar dengan kapur dan papan tulis. Ini kerana kaedah ini mudah dilaksanakan tanpa perlu membuat persediaan yang lama oleh guru tersebut. Tetapi bagi pelajar suasana pempelajaran sebegini membuat mereka bosan dan jemu kerana hanya wujud hubungan satu hala sahaja di mana guru sahaja yang mengemukakan kandungan dan pelajar hanya mendengar serta suasananya yang statik dan sama pada setiap sesi pembelajaran. Ini membuatkan minat pelajar-pelajar untuk mendalami pelajaran mata pelajaran itu berkurangan. Hasil dari kesedaran ini, perlu adanya revolusi pengajaran dan pembelajaran yang mampu menarik minat pelajar untuk melibatkan pelajar secara menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mata Pelajaran Pendidikan Islam merupakan satu daripada mata pelajaran teras yang perlu diambil oleh semua pelajar muslim sekolah menengah. Seringkali berlaku masalah di sekolah-sekolah di mana pelajar-pelajar digabungkan daripada beberapa kelas yang berbeza kerana jumlah pelajar muslim di dalam satu-satu kelas tidak ramai. Disebabkan senario ini, guru terpaksa menghadapi masalah dalam pengendalian masa. Ini akan melambatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan bantuan BBM yang menggunakan komputer, guru dapat menguruskan masa dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik dan bijak kerana ia mudah dikendalikan. Guru juga tidak perlu lagi menerangkan isi kandungan pelajaran secara menyeluruh, memadai dengan penerangan terhadap isi kandungan yang penting-penting sahaja. Ini kerana di sini komputer telah mengambil peranan guru yang dahulunya sebagai tutor kepada pelajar. Kajian ini banyak berfokuskan kepada dapatan murid setelah menjalani beberapa ujian secara berterusan, guru juga mestilah prihati terhadap variable tahap penerimaan murid. Murid akan dibahagikan kepada tahap kecerdasan yang hamper sama antara kumpulan. Variable bagi fokus untuk dapatan banyak berpusatkan kepada teknik dan bahan Bantu mengajar iaitu Multimedia dan bahan cetakan. Berikut adalah persoalan-persoalan bagi menjelaskan penyataan masalah;

(i) Adakah keperluan bahan pembelajaran Multimedia mencukupi?
(ii) Perlukah keseimbangan antara kedua-dua variable jenis bahan yang digunakan?
(iii) Adakah tahap kecerdasan murid yang berbeza perlu dimalarkan atau ianya akan membentuk variable bersandar?
(iv) Adakah layanan guru berbeza antara sample dalam kelas yang berlainan?
(v) Perlukah guru Pendidikan Islam mendapat bantuan daripada guru lain untuk melancarkan pengendalian bahan Multimedia?
(vi) Adakah minat murid yang berbeza akan menjadi penganggu setiap kali ujian dijalankan.
(vii) Perlukah ujian cetakan sahaja atau ujian interaktif bersepadu dalam menetukan dapatan akhir?
(viii) Adakah murid bersedia untuk menerima variable pengelasan teknik pengajaran dalam tempoh beberapa bulan?

Kerangka Konsep

Dalam mengendalikan kajian ini dua cara pembejaran berbeza akan menentukan perbezaan pencapaian murid, namun demikian terdapat beberapa variable bersandar dan tak bersandar perlu diberi perhatian. Berikut adalah gambarajah menunjukan konsep kajian ini.






Rajah : Menunjukan factor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Pendidikan Islam.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti samada terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar yang belajar Pendidikan Islam dengan menggunakan bahan bercetak dan pelajar yang belajar Pendidikan Islam dengan menggunakan Multimedia, dari segi pencapaian markah ujian topikal Pendidikan Islam. Antara lain, objektif kajian ini ialah:

1. Untuk mengenalpasti samada terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian markah ujian topikal Pendidikan Islam di antara pelajar yang mengunakan Multimedia interaktif dan pelajar yang menggunakan bahan bercetak bagi pelajar-pelajar kumpulan pencapaian Pendidikan Islam sederhana.

2. Untuk mengenalpasti samada terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian markah ujian topikal Pendidikan Islam di antara pelajar yang menggunakan Multimedia interaktif dan pelajar yang menggunakan bahan bercetak bagi kumpulan pencapaian Pendidikan Islam tinggi.

3. Untuk mengetahui pandangan pelajar dan guru tentang penggunaan Multimedia interaktif untuk pembelajaran Pendidikan Islam.

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini sebenarnya merupakan kesinambungan kajian-kajian lepas yang bertujuan menyokong, mendalami dan seterusnya berkemungkinan menjawab serta memberi gambaran tambahan tentang keberkesanan penggunaan Multimedia interaktif khususnya di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
Sebenarnya tanpa kita sedari, dengan penggunaan Multimedia interaktif di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, ianya merupakan satu lagi inovasi di dalam cara memperolehi sesuatu ilmu pengetahuan atau penyampaiannya. Berlandaskan konsep konstruktivisme di mana seseorang itu membina sendiri atau memperkembangkan lagi kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai, kajian ini juga sebenarnya ingin memperlihatkan bagaimana penggunaan Multimedia interaktif memainkan peranannya, khususnya di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam yang sememangnya mencabar.
Hasil dapatan kajian ini juga diharap dapat memberi maklumat yang mungkin amat berguna kepada golongan pendidik khusunya guru Pendidikan Islam yang mana mereka merupakan medium antara pelajar dan mata pelajaran Pendidikan Islam. Diharapkan dengan merujuk atau membaca penyelidikan ini, ianya akan dapat membuka minda atau mendatangkan idea-idea baru yang seterusnya menyumbang kepada pembangunan di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
Diharapkan kajian ini juga boleh dijadikan panduan dan rujukan Kementerian Pendidikan khususnya Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), di dalam merancang dan melaksanakan sesuatu dasar pendidikan terutamanya yang berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat di dalam bidang pendidikan di masa hadapan.
Akhir sekali, diharap dapatan kajian ini dapat memberi sedikit sebanyak maklum balas serta panduan kepada pihak yang membangunkan perisian-perisian pendidikan, khusunya perisian Multimedia bagi mata pelajaran Pendidikan Islam yang kini digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah di seluruh negara.

Batasan Kajian

Kajian ini adalah berfokuskan kepada pelajar (KBSR) iaitu tahun 5 dan tahun 4. Berdasarkan latarbelakang pelajar, sample yang digunakan banyak mempunyai persamaan dengan sekolah sekitar iaitu SK Tok Dor dan SK Kg Bharu. Dengan hasilan kajian sudah tentu dapat digunakan untuk beberapa sekolah sekitar yang mempunyai demografi penduduk yang hamper sama.

Bagi bahan pembelajaran telah dihadkan kepada dua bahagian utama iaitu teknologi Multimedia dab bahan bercetak. Setiap sukatan yang diajar adalah berkonsep penuh berdasarkan variable yang dipilih iaitu berkonsepkan Multimedia dan cetakan.

Guru yang telibat mempunyai kemahiran mengendalikan bahan Multimedia dan cetakan dengan baik Murid juga akan dikelaskan kepada 3 tahap utama iaitu tinggi, sederhana dan rendah.

Jumlah murid hanya dibataskan kepada 60 orang sahaja bagi memudahkan pengumpulan dan penilaian instrument serta menganalisis data dengan baik.

Terminologi kajian
Antara istilah penting dalam kajian ialah:

Teknolgi Multimedia –
mengikut kamus dewan, teknologi Multimedia ialah ciptaan moden yang mengabung lebih daripada media seperti grafik, suara(audio) dan video – Kamus Dewan Edisi 4, Multimedia akan menjanakan dan banyak berfokuskan kepada
Persepsi, perwakilan,Persembahan,Storan,Penghantaran dan Penukaran Maklumat

Bahan Cetakan-

Merupakan bahan cetakan secara verbal atau bertulis pada medium terentu dan menpunyai matlamat teretentu.- Narimah Ismail 2004

Pembelajaran Berbantukan Komputer.-

Menurut Ahmad Fuad (2003), dalam konteks pendidikan,teknologi maklumat merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan banyak untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala Halimahtun Saadiah dan Nor Azilah Ngah (2003) pula mendapati kejayaan ICT dalam pendidikan bukan hanya terletak pada teknologi tetapi juga faktor lain seperti pendekatan pedagogi, subjek yang diajar, jenis pelajar, tahap pencapaian pelajar, keperluan pelajar, guru dan persekitaran bilik darjah.Dalam hal ini Irfan Naufal Umar (2004) pula mendapati penggunaan ICT dalam proses P&P membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajarpelajar sendiri mencari maklumat dan bahan asal; memudahkan kolaboratif dan perbandingan global; dan membolehkan bahan-bahan Multimedia dicipta dan disebarkan dengan mudah

Bab 2 : Tinjauan Literatur

Pengenalan

Teknologi Multimedia merupakan bahan pembelajaran yang sangat menarik dan banyak dikaitkan dengan kemajuan dunia ICT ( Teknologi Maklumat ) dengan kata lain Teknologi Multimedia adalah berada dalam skop yang sama dengan ICT. Berikut adalah beberapa pandangan tokoh-tokoh penting dalam bidang berkaitan kajian ini.

Mengikut Ahmad Fuad (2003) hasrat untuk mencapai penggunaan ICT secara menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan dua jenis perubahan dalam kalangan guru. Pertama, guru harus diyakinkan bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan penggunaan ICT dalam P&P. Kedua, guru perlu diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICTsecara cekap dan efektif. Mengikut Sarimah (2003) pula latihan ICTdiperlukan bukan sahaja untuk melatih kemahiran
penggunaannya tetapi juga untuk menyakinkan penggunaannya dalam P&P dalam kalangan guru. Malah Norizan (2003) dalam kajiannya mendapati wujud perhubungan yang baik antara kemahiran ICT dengan amalan ICT dalam P&P. Manakala Mohd Zaaba dan Zurida mendapati guru-guru masih tidak pasti akan keupayaan mereka untuk menggabungkan ICTdalam pengajaran. Kebanyakan daripada mereka masih berada di tahap ‘perlu belajar’ untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Keupayaan seseorang untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran bukan berlaku secara automatis. Pengetahuan dan kemahiran dalam ICTtidak menjamin pengintergrasiannya dalam kurikulum dan juga pengajaran. Justeru, adalah penting bagi guru untuk membuat persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat untuk menggabungkan ICTdalam pengajaran. Sikap serta keyakinan dan efikasi yang tinggi membantu memudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan MULTIMEDIA DAN MULTIMEDIA dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Albion (1999) menyarankan bahawa satu cara yang ideal untuk meningkatkan efikasi guru terhadap penggunaan ICT ialah dengan menyediakan latihan kemahiran ICT kerana ia berupaya meningkatkan efikasi guru.
Menyokong pendapat Albion (1999) ialah Jones (2002) yang menyatakan bahawa apabila guru menggunakan ICT untuk tujuan pengajaran, keyakinan diri akan muncul sebagai petunjuk yang penting ke atas seseorang guru untuk mengajar ICT dalam bilik darjah. Hal ini diperkukuhkan lagi oleh Moersch (2001), bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran adalah bergantung kepada keyakinan diri guru untuk mengguna dan mengendali peralatan ICT.

Kajian Lepas Yang Berkaitan

Kajian-kajian lepas yang dilakukan oleh para pengkaji sebelum ini banyak menitik beratkan tentang strategi pengajran serta kaedah-kaedah pengajaran seperti kaedah pembangunan koperatif, penggunaan komputer dalam P&P dan aplikasinya dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pembangun (perisian) juga telah merujuk kepada beberapa kajian yang lepas yang mempunyai perkaitan dengan apa yang hendak dikaji oleh penyelidik. Di antara kajian-kajian tersebut ialah:

Strategi Pengajaran Pendidikan Islam Tahap 2 Sekolah Rendah Di Kawasan Sungai Petani dan Yan, Kedah.
Kajian ini telah dilakukan oleh Md. Radzi Bin Bahari pada tahun 1997. Dalam
kajian ini beliau membahaskan dan membincangkan tentang kaedah dan strategi terbaik yang boleh digunakan dalam pengajaran Subjek Pendidikan Islam matapelajaran Pendidikan Islam tahap 2 iaitu tahun 4 dan 5. Antara isi kajian yang menjadi tumpuan adalah perbincangan mengenai kaedah-kaedah yang biasa dilaksanakan oleh guru-guru Pendidikan Islam dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah, dan keberkesanan penggunaan kaedah-kaedah tersebut dalam kelas serta tingkahlaku guru semasa mengajar dan kesannya terhadap murid. Pengkaji juga telah memberikan beberapa cadangan untuk meningkat prestasi P&P Pendidikan Islam seperti pihak pengurusan sekolah harus melakukan pencerapan terhadap P&P guru mata pelajaran Pendidikan Islam. Dengan ini, penghayatan kaedah-kaedah dan strategi seperti gabung jalin, syarahan, penerangan dan soal jawab dapat dilakukan seterusnya dapat memberikan kefahaman yang baik kepada murid-murid.

Kaedah Pembelajaran Koperatif dan Aplikasi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam (KBSM).
Kajian berbentuk penulisan ini telah dilakukan oleh Hamzan Bin Omar (1999)
yang meliputi perbicangan tentang kaedah Koperatif dalam P&P, aplikasinya dan
kepentingannya serta implikasinya terhadap perkembangan kognitif pelajar. Kaedah ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mencuba pelbagai jenis peluang pembelajaran dan secara am menunjukkan pencapaian yang lebih baik berbanding dengan pelajarpelajar dengan pelajar-pelajar dalam kelas yang mengamalkan kaedah tradisional. Pelajar adalah bersifat secara aktif dan bukannya penerima yang pasif.


Penggunaan Komputer Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Tahun 1 di beberapa buah Sekolah Menengah Lembah Klang.
Seorang pelajar Universiti Malaya iaitu Vasantha a/p Yethembram telah berjaya
menyempurnakan kajiannya mengenai penggunaan komputer dalam proses P&P subjek Pendidikan Islam. Skop kajian beliau adalah mengenai keberkesanan penggunaan komputer dalam P&P di Sekolah Menengah Lembah Klang pada Tahun 1 di sekolah tersebut. Perkembangan penggunaan komputer di sekolah boleh dikatakan pesat namun ada segelintir pelajar yang tidak pernah menggunakan komputer dalam proses pembelajaran. Beliau telah membuat kesimpulan bahawa rata-rata pelajar di Lembah Klang berminat dengan komputer dalam P&P Pendidikan Islam iaitu sebanyak 70% dan kekerapan yang berulang kali dalam penggunaan komputer dalam pencapaian di mana kemahiran berkomputer dapat meningkat keberkesanan pengajaran subjek Pendidikan Islam seterusnya ini dapat membantu perkembangan pembelajaran iaitu pelajar dapat mengukuhkan kefahaman dan pengetahuan tentang isi pelajaran subjek tersebut.

Pengajaran Bacaan Jawi Menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi Kata
Dengan Bantuan huruf Rumi.
Kajian ini telah dilakukan oleh Dewi Maslehah Bt. Md. Yusoff pada tahun 1995 di
Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau mengatakan bahawa faktor utama mengapa pelajar-pelajar tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi adalah disebabkan guru tidak menggunakan kaedah pengajaran yang tidak sesuai dengan pelajar masa kini. Dalam kajian ini juga dilampirkan juga punca-punca kelemahan penggunaan kemahiran jawi di kalangan pelajar dan antaranya sistem penulisan jawi sukar dan cara penulisannya yang tidak seragam. Kaedah gabungan bunyi kata huruf rumi yang dipercayai oleh pengkaji boleh membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam menguasai jawi telah diperbahaskan dengan teliti dalam bahagian 4 kajian ini. Antara contoh proses
pengajarannya ialah :

Huruf vokal jawi aliff ( ا ) diwakilkan dengan bunyi huruf rumi “A”
Huruf vokal jawi wau ( و ) diwakilkan dengan bunyi huruf rumi “U”
Huruf vokal jawi ya’ ( ي) diwakilkan dengan bunyi huruf “I”.
Secara keseluruhannya,penulis telah mengambil modul kaedah bacaan “Iqra’” sebagai kaedah rujukan dalam kajian beliau.

Satu Kajian Perbandingan Mengenai Tiga kaedah Pengajaran Pendidikan Islam di Maktab Perguruan Islam
Kajian ini telah berjaya disempurnakan oleh Hanapi Saad pada tahun 1984. Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk membandingkan kesan perbezaan kaedah mengajar ke atas pencapaian Pendidikan Islam guru-guru pelatih Maktab Perguran Islam, Bangi di mana kaedah-kaedah strategi pengajaran yang dipilih dalam kajian ini adalah kaedah induksi, kaedah deduksi dan kaedah gabungan deduksi-induksi, manakala tajuk pelajaran Pendidikan Islam yang diajar ialah mengenal Allah, Hari Kiamat serta Qada’ dan Qadar. Menurut beliau, wujud
perbezaan yang signifikan di antara kumpulan-kumpulan yang telah mengikuti tajuktajuk pelajaran Mengenal Allah, Hari Kiamat, Qada’ dan Qadar yang menggunakan kaedah-kaedah yang disebutkan tadi dalam menguasai maklumat. Dalam dapatan kajian pengkaji, keberkesan setiap tajuk yang diajar itu adalah berbeza dan bergantung kepada kaedah pengajaran. Secara ringkasnya hasil kajian beliau adalah seperti berikut:

Ini bermakna tiada satu kaedah mengajar yang paling sesuai untuk mengajar
semua pelajaran Pendidikan Islam, oleh itu para guru dan tenaga pengajar perlulah memikirkan kaedah pengajaran yang paling sesuai dalam proses P&P untuk mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang.




Perbandingan Kesan Dua Kaedah Pengajaran Tata Bahasa Arab Kepada
Pelajar-Pelajar Tahun 4
Penyelidikan ini telah dilakukan oleh Abdul Rahman Bin Haji Abu Bakar (1990) dan ia dilaksanakan adalah bertujuan untuk membandingkan keberkesanan dua kaedah pengajaran ke atas pencapaian pelajaran tat bahasa Arab pelajar-pelajar di peringkat tahun 4. Beliau telah memilih dua kaedah pengajaran iaitu kaedah deduktif dan Tajuk-tajuk dan kesesuaiannya dengan kaedah pengajaran

Tajuk Kaedah
Mengenal Allah Deduksi Hari Kiamat Gabungan deduksi-induksi
Qada’ dan Qadar Induksi kaedah induktif. Secara kesimpulannya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kesan pengajaran kaedah induktif dengan kesan pengajaran kaedah deduktif dalam tata bahasa Arab walaupun wujud purata pencapaian kumpulan kaedah induktif lebih tinggi jika dibandingkan dengan purata pencapaian kumpulan deduktif. Dengan ini, penyelidik mengatakan bahawa tiada satu kaedah yang tertentu yang lebih sesuai untuk
mengajar semua tajuk pelajaran tata bahasa, bahkan kaedah deduktif dan kaedah induktif adalah sama sesuai digunakan untuk mengajar pelajaran tata bahasa Arab.

Satu Perbandingan Kesan Dua Kaedah Pengajaran Bahasa Arab Terhadap
Pencapaian Kemahiran Bahasa Di Pusat Matrikulasi Universiti Islam
Antarabangsa.
Maimun Aqsha Lubis (1991) telah menyenaraikan tujuan-tujuan kaijan ini dijalankan. Antaranya ialah untuk membandingkan keberkesanan dua kaedah pengajaran BahasaArab iaitu di antara Kaedah al-Syam’iyyat al-Syafawiyyah dan kaedah Taqlidiyyah terhadapa empat kemahiran bahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis) di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa. Menurut pengkaji di akhir penyelidikan, ia telah melahirkan Kaedah Elektrik Sistematik yang merupakan gabungan daripada kedua-dua kaedah yang sedia ada di mana penggunaannya dapat memberikan kesan yang lebih baik dan bermakna terhadap pelajar jika dilaksanakan di tempat-tempat pengajian.

Rumusan

Kajian ini secara umumnya telah menunjukkan bahawa implikasi efikasi dan amalan guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran Pendidikan Islam. Dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa efikasi mempengaruhi amalan penggunaan multimedia guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan pengajaran Pendidikan Islam. Guru Pendidikan Islam seharusnya mengintergrasikan multimedia dalam pengajaran Pendidikan Islam supaya pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam menjadi lebih menarik dan berkesan. Guru-guru Pendidikan Islam perlu menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut perkembangan semasa agar mereka tidak menjadi guru yang terpinggir dan kaku. Guru Pendidikan Islam seharusnya mempunyai keyakinan untuk mengintergrasikan multimedia dalam pengajaran bagi meningkatkan “outcomes” dan keberkesanan pengajaran.

Bab 3 : Metodologi kajian

Rekabentuk kajian.
Kajian ini menggunakan metodologi eksperimen kuasi (quasi experimental design), di mana sekumpulan individu atau subjek yang terlibat dalam penyelidikan telah ditetapkan. Rekabentuk kuasi yang dipilih ialah rekabentuk kuasi kumpulan kawalan tidak sama (non-equivalent control-group design). Rasional penggunaan rekabentuk ini ialah kerana kesahihannya didapati tidak terancam oleh kesan faktor bukan rawatan seperti kematangan, penggujian dan pengalatan. Selain daripada itu, disebabkan kehadiran kumpulan kawalan, ianya dijangka dapat mengawal ancaman faktor bukan rawatan yang disebabkan minat, kematangan, dan keguguran peserta kajian.

Subjek kajian.
Subjek yang terlibat di dalam kajian ini telah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak. Ini bermakna pelajar yang telah dipilih dan dimasukkan ke dalam kumpulan eksperimen tertentu adalah tidak berdasarkan jantina, bangsa, susunan huruf abjad dan sebagainya. Sejumlah 60 orang pelajar tahun 4 dan tahun 5 dari Sekolah Kebangsaan Anak Ikan telah dipilih untuk terlibat dalam kajian ini. Seramai 20 orang pelajar yang telah dipilih adalah pelajar yang mencapai markah sederhana, iaitu dalam lingkungan 59 hingga 78 markah berdasarkan skala markah 100. Begitu juga dengan 20 orang pelajar yang telah dipilih untuk kumpulan pencapaian tinggi, pelajar yang dipilih adalah mencapai markah ujian pemilihan subjek dalam lingkungan 79 hingga 100 markah. Bagi subjek yang terlibat dengan temubual, mereka juga telah dipilih secara rambang yang merangkumi pelajar tahun 4 dan tahun 5. Temubual dijalankan secara rambang adalah agar ianya merangkumi semua tahun sasaran, tidak hanya melibatkan satu-satu tahun sahaja, menjimatkan masa, bersifat lebih bebas dan boleh dijalankan di mana-mana kawasan di sekolah terbabit. Seramai 60 orang pelajar telah berjaya ditemubual. Subjek lain yang terlibat dengan temubual untuk kajian ini juga terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam yang juga menggunaan multimedia sebagai salah satu daripada bahan pembelajaran. Seramai 4 orang guru berjaya ditemubual.

Instrumen
a) Bahan pembelajaran/topik Pendidikan Islam yang terlibat. Terdapat dua jenis bahan pembelajaran yang mempunyai isikandungan yang sama, iaitu perisian multimedia interaktif sekolah Bestari bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun 4 dan 5 dan bahan bercetak yang berbentuk buku skrap.
b) Dua set ujian topikal. Set ujian topikal yang pertama ialah set ujian topikal Pendidikan Islam (I) untuk pra-ujian (pre-test) dan kebolehpercayaannya ialah 0.97 berdasarkan nilai pekali Alpha (α). Set ujian topikal yang kedua ialah set ujian topikal Pendidikan Islam (II) yang digunakan untuk ujian pasca (post test) dan kebolehpercayaannya ialah 0.93 berdasarkan nilai pekali Alpha (α).
c) Set ujian pemilihan subjek (Kertas UPSR tahun 2001). Kebolehpercayaan untuk set ujian ini ialah 0.98 berdasarkan nilai pekali Alpha (α).
d) Soalan-soalan temubual terbuka
e) Peralatan komputer


Prosedur mengumpul data
i) Data kuantitatif
Bagi memulakan eksperimen, semua subjek (kumpulan multimedia, kumpulan bahan bercetak dan kumpulan kawalan) telah diarah menjawab 25 soalan ujian topikal Pendidikan Islam (I) (pretest) selama 40 minit (kertas dan pensel). Sebenarnya, ujian ini adalah bagi memastikan yang kesemua subjek tidak pernah mempelajari topik yang dipelajari dalam eksperimen yang bakal dijalankan.

Setelah menjalankan pra-ujian, kumpulan multimedia dan kumpulan bahan bercetak mengikuti pengajaran dan pembelajaran (rawatan) satu topik Pendidikan Islam yang telah dipilih. Bagi kumpulan multimedia (30 orang), mereka belajar tentang topik Pendidikan Islam itu menerusi perisian multimedia interaktif. Bagi kumpulan bahan bercetak pula (30 orang), mereka belajar tentang topik Pendidikan Islam yang sama menerusi buku skrap yang telah dibekalkan setiap satu kepada mereka. Masa rawatan bagi setiap kumpulan adalah sama, iaitu, 2 jam sahaja. Cara pembelajaran kedua-dua kumpulan adalah pembelajaran kendiri dan diselia oleh seorang guru. Bagi kumpulan multimedia, mereka boleh mengendalikan komputer dengan baik kerana telah tahu menggunakannya sejak awal tahun lagi.
Setelah setiap kumpulan belajar (menerima rawatan) dengan multimedia atau bahan bercetak, mereka kemudiannya menduduki 25 soalan ujian topikal Pendidikan Islam (II) (post test) berkaitan dengan topic yang telah dipelajari, iaitu selama 40 minit. Bagi kumpulan kawalan mereka tidak terlibat dengan rawatan dan hanya menduduki pra-ujian (pre-test) dan ujian pasca (post test) sahaja.

ii) Data Kualitatif
Data yang diperolehi adalah hasil daripada temubual secara rawak terhadap 60 orang pelajar dari setiap tahun (tahun 4 dan tahun 5) dan juga 4 orang guru yang terlibat dengan penggunaan multimedia di dalam mengajar mata pelajaran
Pendidikan Islam. Temubual dijalankan beberapa hari selepas menjalankan eksperimen. Kesemuanya temubual itu telah dijalankan selama lebih kurang empat minggu. Ini adalah disebabkan, pengkaji tidak mahu menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terbabit. Oleh itu, pengkaji terpaksa menunggu masa luang pelajar, misalannya, sewaktu rehat atau pun di waktu petang yang mana kelas biasa tidak dijalankan. Tempat temubual adalah kawasan kantin, padang permainan, dewan rehat pelajar, makmal komputer dan juga kawasan berdekatan dengan asrama pelajar. Bagi guru pula, mereka ditemubual di bilik guru dan juga di makmal komputer, iaitu sewaktu guru terbabit tidak mengajar. Secara keseluruhannya, kesemua responden memberi kerjasama yang amat menggalakkan.

PENUTUP

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti samada terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar yang belajar Pendidikan Islam dengan menggunakan bahan bercetak dan pelajar yang belajar Pendidikan Islam dengan menggunakan multimedia, dari segi pencapaian markah ujian topikal Pendidikan Islam. Dengan mengambil pelajar tahun 4 dan 5 di salah sebuah sekolah rendah di Besut Terengganu, sebagai subjek kajian, ianya juga melibatkan pelajar yang mempunyai pencapaian Pendidikan Islam sederhana dan pelajar yang mempunyai pencapaian Pendidikan Islam tinggi.
Oleh itu, adalah dicadangkan kepada Kementerian Pendidikan bersama dengan pereka atau pembangun perisian multimedia, untuk mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah Bestari, melakukan lebih banyak kajian-kajian lain yang seumpamanya bagi memperkemaskan dan mempertingkatkan lagi keberkesanan perisian multimedia berkaitan. Dicadangkan juga, isi kandungan dan gaya persembahan perisian multimedia untuk mata pelajaran Pendidikan Islam sekarang dikukuhkan lagi dengan ciri-ciri yang berupaya menimbulkan rasa ingin tahu atau perasaan untuk menjelajah dengan lebih mendalam lagi isi kandungan perisian Pendidikan Islam yang digunakan. Pihak Kementerian Pendidikan dan pihak yang membangunkan perisian juga dicadangkan agar membabitkan lebih ramai guru-guru Pendidikan Islam yang betul-betul berpengalaman di dalam mengajar mata pelajaran tersebut untuk dilibatkan sama sewaktu membangunkan perisian tersebut. Kalau boleh, pelajar-pelajar yang terdiri daripada tahap penguasaan Pendidikan Islam yang berbeza (lemah, sederhana dan tinggi) juga dilibatkan semasa membangunkan perisian Pendidikan Islam yang terbabit. Ini adalah penting, kerana pandangan dan pengalaman terus pelajar terbabit dengan pereka atau pembangun perisian berkemungkinan menghasilkan perisian multimedia yang betul-betul menepati kehendak atau citarasa pelajar. Selain daripada itu, pihak Kementerian Pendidikan haruslah selalu memantau dan mendapat maklum balas pihak sekolah tentang perjalanan atau perkembangan penggunaan perisian multimedia khususnya untuk mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah terbabit. Berdasarkan maklum balas daripada pihak sekolah, khususnya guru-guru yang terlibat dengan penggunaan multimedia di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, pihak Kementerian Pendidikan seterusnya akan pula dapat memberi maklum balas beserta dengan cadangan kepada pihak pereka atau penbangun perisian multimedia. Dengan ini, pembangunan versi-versi multimedia untuk mata pelajaran Pendidikan Islam yang seterusnya akan lebih menyakinkan serta mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
Berdasarkan temubual yang telah dijalankan terhadap beberapa orang pelajar dan juga guru di sekolah kajian, didapati rata-rata mereka memberi pandangan bahawa pembelajaran Pendidikan Islam dengan multimedia menjadikannya mata pelajaran itu sesuatu yang menyeronokkan dan bukannya menyukarkan. Oleh itu, dicadangkan pihak sekolah terbabit, khususnya guru-guru Pendidikan Islam agar menggalakkan pelajar mereka menggunakan multimedia untuk mempelajari Pendidikan Islam selain daripada menggunakan buku atau bahan bercetak. Ini boleh dijadikan sebagai salah satu alat untuk memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Guru-guru Pendidikan Islam juga seharusnya bijak mengintegrasikan penggunaan multimedia dan juga bahan bercetak di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah. Guru juga tidak seharusnya menggunakan perisian multimedia seratus peratus di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam walaupun perisian itu mempunyai suara, gambar, dan bersifat interaktif serta berkeupayaan mengambil alih tugas guru Pendidikan Islam ketika pembelajaran Pendidikan Islam sedang berlangsung. Oleh itu, guru perlulah bijak merancang dengan teliti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam apabila melibatkan penggunaan perisian multimedia. Sekiranya seseorang guru itu dapat mengintegrasikan dengan baik sekali di antara penggunaan bahan bercetak dan multimedia, nescaya, pembelajaran Pendidikan Islam akan menjadi suatu pembelajaran yang indah, menyeronokkan, efektif, dan penuh bermakna. Ini seterusnya akan menanamkan perasaan atau semangat minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam di dalam diri seseorang pelajar itu.

Rujukan

Mahathir Mohammad. (1998). Malaysia: The way forward. Petaling Jaya: Pelanduk Publications.

Baharuddin Aris, Manimegalai Subramaniam dan Rio Sumarni Sharifuddin (2001).

“Modul Pengajaran-Reka Bentuk Perisian Multimedia”. Skudai : Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Ahmad Mohd. Salleh, 1997 Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi, Shah Alam, Penerbit Fajar Bakti.

Ee, Ah Meng (1994). “Psikologi Dalam Bilik Darjah”. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2000). “Siri Modul Pembelajaran – Bahasa
Gubahan Dan Pengaturcaraan”. Skudai : Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Jamalludin Harun, Baharuddin Aris dan Zaidatun Tasir (2001). “Pembangunan Perisian Multimedia : Satu Pendekatan Sistematik”. Kuala Lumpur : Venton Publishing.

Manimegalai Subramaniam (1999). “Modul 8 : Alatan Dalam Reka Bentuk
Perisian.”Modul Pembelajaran Kendiri : Reka Bentuk Pengajaran dan
Pembangunan Perisian. Skudai : Panel Reka Bentuk & Teknologi Pengajaran Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Muhamad Hasan Abdul Rahman (2000). “Media Pengajaran : Penghasilan Bahan Pengajaran Berkesan”. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Muhammad al Ghazali, 1997 Aqidah Muslim. Kuala Lumpur. Thinkers Library.

Othman Md Johan. 2004. Model Pedagogi vs Model Andragogi. Kertas kerja
dibentangkan dalam Seminar Peningkatan Kemahiran Pengajaran SPACE

Rozinah Jamaludin (2000).”Asas-Asas Multimedia Dalam Pendidikan”. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Narimah Ismail (2004).’ Pengenalan Teori Komunikasi’ Kuala Lumpur : Modul Bacelor Komunikasi.

0 Komen:

Catat Ulasan

Testimoni Biodisc

BOIKOT YAHUDI

BOIKOT YAHUDI

E-Jariah Mudah dan hebat

contact me

My Social : http://matskai.ning.com

 

©2009  Financial Freedom | Template Blue by TNB